Perniagaan Antarabangsa SANY Semakin Berkembang Pesat

SANY, pengeluar peralatan pembinaan Cina yang berkembang pesat, tidak pernah terhalang oleh pandemik dari segi kadar pengantarabangsaannya. Sebaliknya, liputan pasarannya dan bahagian produknya di luar pasaran Cina menikmati rangsangan dengan peningkatan pelaburan oleh syarikat ini dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), penjualan, perkhidmatan serta pengambilan kakitangan.

Data menunjukkan bahawa syarikat ini berada di landasan yang betul untuk menjadi syarikat gergasi bertaraf global. Pada tahun 2021, syarikat ini mencapai hasil luar negara sebanyak $314.5 juta USD, peningkatan 54% berbanding tahun sebelumnya dan kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 30.1% sepanjang tiga tahun yang lalu.

Lihat peralatan perlombongan dan peralatan logistik sebagai contoh.

Hasil jualan luar negara bagi peralatan perlombongan mencapai $133.6 juta USD pada tahun 2021 (peningkatan 101.1% berbanding tahun sebelumnya) manakala angka untuk peralatan logistik mencapai $180 juta USD (peningkatan 31.2% berbanding tahun sebelumnya). Eropah, Asia Tengara dan Amerika Syarikat merupakan pasaran-pasaran yang berkembang paling pantas, dengan kadar pertumbuhan masing-masing mencecah 95.7%, 48.1% dan 42.1%.

Produk

Generasi kedua kenderaan berkuasa bahan api, elektrik, badan luas 70+ t SANY dan kenderaan perlombongan roda-elektrik 100-300 t telahpun dilancarkan. Bagi peralatan logistik, spektrum produk yang lengkap diwujudkan untuk pasaran Eropah dan Amerika, menawarkan rangkaian penuh penindan capaian elektrik, penindan dan produk kren bagan kawalan jauh berskala besar.

Saluran

Walaupun peralatan perlombongan SANY memfokuskan kepada enam wilayah utama termasuk India, Asia Tengah dan Afrika, peralatan logistik memberi tumpuan pada pasaran Eropah, Amerika dan Asia-Pasifik. Di seluruh dunia, sistem wakil penjual yang mantap ditubuhkan yang telah menjana jumlah jualan yang stabil.

Perkhidmatan

Mengambil maklum bahawa perkhidmatan selepas-jualan penting untuk pengalaman pelanggan, SANY terus mengoptimumkan strategi perkhidmatan antarabangsanya untuk beradaptasi dengan persekitaran pasaran antarabangsa. Penyetempatan dan transformasi dalam talian untuk pengedaran alat ganti dan penyediaan perkhidmatan terus menjadi usaha yang sedang berjalan.

2022: Pencepatan hebat

Suku pertama tahun 2022 menyaksikan pertumbuhan yang jauh lebih besar iaitu 161% berbanding tahun sebelumnya, hasil yang boleh dikaitkan terutamanya kepada peningkatan syarikat yang berterusan dalam bidang pengurusan, pendigitan, pengelektrikan dan pengantarabangsaan. Hampir semua barisan produk kini berkembang pada kadar pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini dari segi jualan antarabangsa dengan jentera perlombongan mencecah 255% manakala peralatan logistik mencecah 98.8%. Sektor-sektor baharu yang disertai oleh syarikat ini baru-baru ini juga kelihatan memberi harapan, dengan 105% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya direkodkan dalam penjualan produk robotik seperti AGV logistik pintar, forklift litium bervoltan tinggi dan gudang pintar tiga dimensi antara lain.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.