Premia Partners perkenal MSCI Vietnam ETF pertama dunia dan US Treasury Floating Rate ETF berkos rendah pertama direka untuk Asia

HONG KONG, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ — Premia Partners, sebuah firma pelaburan terkemuka yang berpangkalan di Hong Kong dan penerbit ETF 10 Terbaik di Hong Kong, mengumumkan penyenaraian dua ETF akses pasaran yang direka sebagai blok binaan yang cekap bagi mengakses peluang-peluang di Vietnam dan Perbendaharaan AS pada 18 Julai. 

Kedua-dua ETF yang disenaraikan dalam HKEx menawarkan kos pemilikan keseluruhan terendah dalam kategori-kategorinya di seluruh dunia dan direplikasikan secara fizikal.

  • Premia MSCI Vietnam ETF (Simbol Saham: 2804 HK / 9804 HK) menjejak MSCI Vietnam Index, yang bertujuan untuk menawan syarikat-syarikat modal besar dan sederhana terkemuka yang berpangkalan di Vietnam yang mewakili 85% permodalan pasaran di Vietnam. Dengan jumlah-nisbah-perbelanjaan (TER) mencecah 0.75% p.a., ETF Premia MSCI Vietnam ialah cara berkos terendah untuk pelabur HK mengakses pasaran saham Vietnam, pasaran yang menawarkan pertumbuhan yang paling pantas di Asia dan mendapat manfaat daripada kedudukan semula rantaian bekalan global serta perjanjian perdagangan bersama Kanada, Jepun dan EU.
  • Premia US Treasury Floating Rate ETF (Simbol Saham: 3077 HK / 9077 HK) menjejak Bloomberg Barclays US Treasury Floating Rate Bond Index, yang mewakili prestasi Perbendaharaan AS dengan tempoh kurang daripada 1 minggu. Dengan TER mencecah 0.15% p.a. dan saiz lot US$2,500, Premia US Treasury Floating Rate ETF ialah ETF Pendapatan Tetap berkos paling rendah dan berisiko paling rendah di Asia kecuali Jepun, direka khusus untuk pelabur-pelabur menjana hasil dalam nilai USD dengan cekap.

“Kami berasa gembira untuk melancarkan MSCI Vietnam ETF yang pertama di dunia dan US Floating Rate Treasury ETF pertama di Asia yang memudahkan pelabur dengan akses pasaran yang cekap dan instrumen pengurusan kecairan tatkala mereka bersiap sedia untuk menerima peluang meskipun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran, konfigurasi semula rantaian bekalan global dan perjanjian perdagangan baharu termasuk CPTPP dan FTA bersama Vietnam,” kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. “Sebagaimana China A ETF, Emerging ASEAN ETF dan Asia Innovative Technology ETF kami, ETF ini dibina dengan mengutamakan piawaian institusi antarabangsa, menggabungkan ciri-ciri yang khususnya dapat menyelesaikan masalah yang dinyatakan oleh pelanggan.”

Latar Belakang Premia Partners

Premia Partners ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Di Asia, dan untuk Asia — kerana di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premia-partners.com

Sumber: Premia Partners

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.