QNB Umum Neymar Jr Sebagai Duta Jenama Global

DOHA, Qatar, 11 Disember 2018 /PRNewswire/ —

QNB Group, institusi kewangan terbesar di Timur Tengah dan Afika, mengumumkan pelantikan bintang bola sepak Brazil dan pemain Paris Saint Germain, Neymar Jr, sebagai Duta Jenama Global Kumpulan berkenaan.

Perkongsian eksklusif ini ditandatangani oleh En. Yousef Darwish, Pengurus Besar QNB Group Communications dan En. Neymar Silva Santos, Pemilik NR Sport & Marketing, semasa majlis penandatanganan yang diadakan baru-baru ini di cawangan QNB di Paris.

Perjanjian ini memberikan QNB dengan semua hak pemasaran eksklusif Neymar Jr sebagai Duta Jenama bagi kesemua kempen pemasaran dan platform pengiklanan Kumpulan berkenaan yang mana beliau akan muncul dalam seluruh perniagaan utamanya.

Perkongsian dengan Neymar Jr memperkukuh nilai-nilai utama bank yang menonjolkan komitmen dan semangatnya untuk menyediakan komuniti pelanggan global seluruh dunia dengan produk perbankan terbaik dan meningkatkan keterlihatan jenama yang bernilai US $4.2 bilion bagi menyokong visinya untuk menjadi bank utama di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara menjelang tahun 2020.

Pemilihan Neymar Jr sebagai Duta Jenama Global terkini QNB memperlihatkan komitmen pihak Bank tersebut dalam memperkayakan kehidupan pelanggannya melalui jaringan cawangan antarabangsanya yang terus berkembang di seluruh dunia dan mendorong mereka untuk terus tabah dan mengejar impian mereka melalui imej pemain luar biasa yang menginspirasikan.

Neymar Jr mempunyai kehadiran di media sosial yang luar biasa; yang mana beliau mempunyai jumlah pengikut Facebook, Twitter dan Instagram sekitar 209 juta.

En. Yousef Darwish, Pengurus Besar QNB Group Communications, berkata: “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Neymar ke dalam keluarga QNB; seorang yang berkongsi banyak nilai yang sama dengan jenama kami dan seorang yang sentiasa mencari peluang untuk mencapai kehebatan. Dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia, Neymar Jr ialah ikon sukan sebenar yang menginspirasikan peminat-peminat seluruh dunia untuk berusaha mencapai standard kecemerlangan tertinggi.

Neymar Jr sememangnya merupakan Duta jenama terbaik yang berkongsi nilai yang sama yang akan membawa semangat yang tinggi dalam menyediakan pengalaman luar biasa kepada pelanggan kami. Perkongsian bersama Neymar Jr ini dapat meningkatkan kesedaran jenama kami dalam pasaran antarabangsa, yang mana QNB menumpahkan bakti yang cukup besar selari dengan strategi perniagaan global kami dan terus mengukuhkan usaha-usaha utama kami bagi membangunkan komuniti yang menerima operasi kami merentas seluruh jaringan antarabangsa kami yang terus berkembang.”

Bapa Neymar, Neymar Santos Sr, berkata: “Kami berasa amat sukacita kerana dapat bekerjasama dengan QNB. Neymar Jr berkongsi nilai yang sama dengan QNB dan sentiasa mengejar kecemerlangan dan mencapai keputusan hebat dalam setiap permainan.

Kami berasa gembira untuk menyokong usaha-usaha QNB bagi menyatukan komuniti bola sepak melalui sukan bola sepak dan menginspirasikan orang ramai bukan sahaja untuk mengejar kejayaan bahkan cabaran untuk menjadi lebih baik.”

QNB Group menaja pelbagai inisiatif dan program sukan di beberapa buah negara sebagai sebahagian daripada program CSRnya merentas cawangan antarabangsanya, sebagai bahagian penting dalam strategi keseluruhannya untuk menjadi salah satu jenama utama di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Tenggara.

Kehadiran Kumpulan ini melalui subsidiari-subsidiarinya dan syarikat-syarikat gabungannya kini dilanjutkan ke lebih 31 negara merentas tiga benua bagi menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan termaju yang komprehensif. Jumlah kakitangannya adalah sekitar 29,000 orang yang beroperasi melalui lebih 1,200 lokasi dengan jaringan ATM di lebih 4,300 mesin.

Sumber: QNB Group

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.