Salaxium Mampu Hasilkan Sehingga 7 Juta Kit Ujian Kendiri COVID-19 Sebulan

SALIXIUM mengumumkan bahawa ia mampu menghasilkan sehingga 7 juta unit kit kit ujian kendiri rapid antigen COVID-19, SALIXIUM COVID-19 Rapid Antigen Test (Sampel calitan Air Liur/Hidung) (SALIXIUM) sebulan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi di Malaysia dan pasaran antarabangsa.

Dengan itu, SALIXIUM telah meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan pengambilan lebih 500 pekerja tempatan baru sebagai tambahan kepada 700 pekerja sedia ada (membawa kepada jumlah seramai 1200 pekerja), kebanyakannya dari golongan B40. Syarikat tersebut juga telah melabur lebih dari RM10 juta untuk tujuan ini.

Dilancarkan ke pasaran pada bulan Julai tahun ini dan boleh didapati dengan mudah di farmasi dan fasiliti kesihatan yang berdaftar seluruh negara, SALIXIUM adalah produk buatan Malaysia pertama dari jenisnya dan telahpun diluluskan untuk penjualan di Malaysia oleh KKM. SALIXIUM menggunakan teknologi immunoassay aliran lateral untuk mengesanantigen SARS-CoV-2 dalam spesimen swab air liur dan dinding bahagian dalam hidung.

Ia boleh digunakan oleh makmal perubatan atau pekerja kesihatan bagi ujian tempat rawatan (point-of-care) dan ujian kendiri oleh umum di rumah. Berlainan daripada kit ujian kendiri yang juga telah berada di pasaran, SALIXIUM memerlukan pengguna mendapatkan dua sampel spesimen swab air liur dan bahagian dalam hidung yang meningkatkan kadar pengesanan jumlah virus atau viral load pengguna.

Hasil ujian menunjukkan bahawa ukuran sensitiviti SALIXIUM adalah 91.23% dan ukuran spesifikasi adalah 100% menjadikan ianya antara yang paling tepat di pasaran. Ia juga telah melepasi penilaian berdasarkan hasil ujian makmal yang dikeluarkan oleh Institute of Medical Research (IMR).

Ezuan Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama MeDKAD

Ujian yang kerap adalah respon yang begitu kritikal selagi kita berada di dalam situasi pandemik COVID-19 dan produk kami, SALIXIUM, dapat membantu mengesan kehadiran virus di tempat rawatan. Dengan pelaburan dan perancangan pembangunan ini, SALIXIUM optimis ia mampu menghasilkan sehingga 7 juta unit kit ujian kendiri sebulan untuk memastikan agar rakyat, tanpa mengira pendapatan, mempunyai akses kepada produk kami. Dengan jumlah volum yang tinggi serta kepantasan dalam penghasilan produk, ia mendemonstrasikan impak yang positif bagi inisiatif ini. Harapan kami agar ia dapat bergerak selari dengan kejayaan-kejayaan lain yang bakal dicapai dari segi vaksin COVID-19 dan lain-lain infrastruktur berkaitan.

Ezuan juga menambah, “Dengan harga yang kompetitif dan kualiti produk yang setanding dengan produk antarabangsa, kami juga berharap agar usaha ini dapat membantu lebih ramai penduduk dari negara berpendapatan rendah dan pertengahan untuk turut mendapat akses kepada produk ini justeru dapat menjalankan ujian sebagaimana penduduk lain yang berkemampuan. Ini juga berpotensi untuk membantu negara memberi respon yang pantas serta efektif kepada pandemik yang berlarutan. Di MeDKAD, kami akan meneruskan usaha untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan sentiasa berinovasi untuk memerangi virus COVID-19, dan menyumbang kepada situasi sosioekonomi negara”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.medkad.com /www.salixium.com .

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.