Analisis Fundamental VS Analisis Teknikal

Dalam pelaburan saham, ada dua ilmu utama yang perlu kita kuasai, iaitu Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. Ianya adalah dua kaedah penilaian saham yang berbeza.

Kedua-duanya memainkan peranan yang penting bagi seorang pelabur mahupun pedagang saham. Kali ini saya akan berkongsi secara ringkas tentang kedua-dua jenis analisis ini.

Analisis Fundamental

Pengamal analisis fundamental mencari nilai sebenar syarikat dengan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan dan peluang syarikat itu di masa akan datang. Faktor-faktor yang mempengaruhi fundamental sesebuah syarikat ada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif.

Faktor kuantitatif berkait rapat dengan penyata kewangan syarikat. Kita akan mengukur prestasi syarikat dengan nombor yang terdapat dalam penyata kewangan. Soalan-soalan yang biasa kita akan dengar ketika mengkaji faktor kuantitatif antaranya ialah:

  • Adakah keuntungan syarikat meningkat dalam masa 5 tahun ini?
  • Berapakah ratio Debt-to-Equity bagi syarikat ini?
  • Berapakah jumlah aset syarikat ini?

Faktor yang kedua adalah faktor kualitatif. Faktor ini dikaji dengan perkara yang tidak dapat dikira dengan nombor seperti jenama, key management team & lain-lain. Soalan-soalan yang biasa kita akan dengar ketika mengkaji faktor kualitatif antaranya ialah:

  • Siapakah CEO syarikat?
  • Adakah produk syarikat ini terkenal?

Dengan mengkaji kedua-dua faktor ini, para pengamal analisis fundamental dapat mengenal pasti nilai syarikat & membuat keputusan samada syarikat ini bagus untuk dibeli atau tidak.

Analisis Teknikal

Pengamal analisis teknikal mengkaji market action untuk meramal pergerakan harga saham di masa akan datang. Pengamal analisis ini menggunakan harga, volume & open interest sebagai alat untuk meramal pergerakan harga saham pada masa akan datang.

Sebagai pengamal analisis teknikal, mereka berpegang teguh kepada falsafah analisis teknikal iaitu:

  • Market discounts everything
  • Price move in trends
  • History repeats itself

Dengan memahami falsafah ini, pengamal analisa teknikal dapat mengenal pasti trend saham, meramal pergerakannya seterusnya memberi keputusan bila waktu yang sesuai untuk membeli dan menjual saham tersebut.

Boleh Ke Nak Gabung Kedua-Duanya Sekali?

Biasanya seorang pelabur jangka masa panjang akan lebih berpandukan kepada Analisis Fundamental. Manakala seorang pedagang jangka masa pendek pula akan menggunakan Analisis Teknikal untuk membuat keputusan sama ada untuk beli atau jual sesuatu saham.

Tetapi kami lebih suka menggabungkan kedua-duanya sekali.

1. Gunakan Analisis Fundamental untuk menentukan saham apa yang bagus untuk dibeli.

2. Gunakan Analisis Teknikal untuk menentukan bila masa terbaik untuk beli saham tersebut.

Oleh itu, tak perlu nak gaduh-gaduh siapa yang lebih baik. Asalkan boleh buat duit secara konsisten, itu dah kira terbaik sangat dah.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.