Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT Teratas, Universiti-Universiti AS Catat Kedudukan Rendah Bersejarah

LONDON, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ — Massachusetts Institute of Technology (MIT) ialah universiti terbaik dunia untuk tahun kelapan berturut-turut. Edisi keenam belas QS World University Rankings (Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS),dikeluarkan hari ini oleh penganalisis pengajian tinggi global QS Quacquarelli Symonds, melihat bahawa Amerika Syarikat mencatatkan prestasi terburuknya dalam rekod. Hanya 16% daripada universiti-universitinya memperbaiki kedudukannya.

QS menyenaraikan 1000 universiti dari 82 lokasi berbeza, menyoal selidik 94,000 ahli akademik dan 44,000 pengurus pengambilan serta menganalisis 11.8 juta kertas kajian dan 100 juta petikan. Universiti-universiti diukur mengikut kedudukan akademik, kebolehpekerjaan siswazah, nisbah pelajar/kakitangan, kesan kajian dan pengantarabangsaan.

Lebih 70 juta pemegang kepentingan akan melihat senarai kedudukan di www.TopUniversities.com tahun ini.

Fakta-fakta Utama:

  • University of Cambridge mencapai kedudukan terendah untuknya (ke-7). UK mencatatkan prestasi ketiga terburuk seumpamanya, namun University of Oxford mendaki ke kedudukan ke-4;
  • Nisbah pelajar antarabangsa di universiti-universiti UK dan AS jatuh secara berterusan;
  • ETH Zurich (ke-6), universiti terkemuka Continental European, mencapai kedudukan tertinggi untuknya mengatasi University of Cambridge;
  • Dua universiti terbaik Asia ialah National University of Singapore dan rakan senegaranya Nanyang Technological University (kedua-duanya di tempat ke-11);
  • 24 daripada 35 universiti Australia mendaki kedudukan;
  • China kini mempunyai 19 daripada 200 universiti penyelidikan utama dunia; dahulunya ia mempunyai 12 universiti pada tahun 2016;
  • Daripada 302 universiti dari AS, UK, Australia dan Kanada, 216 universiti mencatatkan prestasi Nisbah Fakulti/Pelajar lebih buruk, ukuran QS untuk kapasiti mengajar institusi;
  • Universiti terkemuka Amerika Latin ialah Universidad de Buenos Aires (ke-74) untuk tahun kelima berturut-turut. Universiti-universiti Brazil dan Argentina mengalami kehilangan keyakinan majikan dalam kalangan siswazah mereka;
  • Timur Tengah mempunyai dua universiti dalam senarai 200 universiti teratas buat julung kalinya. King Abdul Aziz University (ke-186) Arab Saudi ialah peneraju baharu bagi wilayah itu.

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Pautan Berkaitan:

Senarai Universiti-Universiti di Malaysia

Terbaik UM, UPM dan UKM kerana mengungguli top 3 universiti terbaik di Malaysia. Syabas!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI