Laporan Warna HONOR 20: ‘Positivity’ dalam Vogue di Ibukota Fesyen London dan Milan

  • 65% orang di Milan dan London bersetuju bahawa warna pakaian dan aksesori mereka mencerminkan perasaan mereka
  • Lebih separuh (53%) orang percaya bahawa orang lain membentuk pendapat mereka berdasarkan warna yang mereka pakai
  • Pakar Warna Jules Standish berkata warna ialah peluang yang tidak diterokai untuk pengalaman manusia, dan beliau bekerja dengan HONOR untuk menggalakkan orang ramai untuk menerima kesan positif warna yang boleh diperoleh dalam kehidupan mereka
  • HONOR 20 Series baharu menjemput pengguna untuk ‘Capture Wonder’ (Merakam Keajaiban) dengan kamera gred profesional dan reka bentuk Dynamic Holographic pertama di dunia dalam Phantom Black dan Phantom Blue – yang dibuat menggunakan teknologi Triple 3D Mesh.

MILAN dan LONDON, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ — Lebih tiga perempat (81%) orang di ibu kota fesyen dunia, Milan dan London, percaya warna yang mereka lihat dan pakai setiap hari memberi impak kepada mood mereka dan, untuk memanfaatkan hal ini, mereka berkemungkinan besar memilih pakaian dan aksesori biru ketika ingin merasa positif.

Bagaimanapun, walaupun terdapat kekuatan warna yang positif, kami tidak mengambil perhatian tentang warna di sekeliling kami, kerana kami terlalu sibuk, terburu-buru atau terganggu. Kurang dari 1 dalam 3 (30%) orang di Milan dan London sentiasa memberi perhatian kepada nuansa yang meningkatkan mood yang ada di dalam dunia di sekeliling kita.

Laporan Warna HONOR 20 telah ditugaskan untuk mencabar kealpaan ini dan menggalakkan orang ramai untuk merakam keajaiban warna di sekitar mereka dan menggunakan teknologi canggih kamera profesional HONOR 20 Series – memanfaatkan kuasa untuk memberi impak positif kepada kehidupan mereka.

Laporan Warna HONOR 20 mendapati dua pertiga (66%) orang percaya bahawa warna yang mereka pakai dapat menghasilkan tanggapan pertama, dan lebih daripada separuh (53%) percaya orang lain membentuk pendapat mereka berdasarkan warna yang mereka pakai.

Pakar Warna Jules Standish – individu berwibawa utama mengenai trend warna – menerangkan bahawa warna berkuasa kerana ia menimbulkan emosi dan bukannya tindak balas rasional daripada otak kita:

“Tanggapan pertama adalah penting, dan tiada cara yang lebih baik untuk menyerlahkan diri anda kepada dunia melainkan melalui fesyen. Pakaian dan aksesori biru membantu anda mempamerkan imej kepercayaan, diplomasi dan kebolehpercayaan – yang sesuai untuk temuduga kerja. Memakai warna hitam untuk temujanji pertama menampilkan misteri, dan memastikan anda mengawasi emosi anda dengan niat untuk mendedahkan lebih banyak sifat sebenar anda pada peringkat lanjutan hubungan itu. Sebagai perbandingan, memakai merah pada temujanji pertama menampilkan keghairahan dan keterujaan, dan pada masa yang sama menuntut perhatian.”

Untuk menggalakkan orang ramai untuk menyaksikan dan merakam keajaiban di sekeliling mereka, HONOR malam tadi melancarkan siri HONOR 20. Dibina dengan telefon pintar kamera AI quad terbaik dalam kelasnya, teknologi baharu ini berfungsi seperti DSLR tetapi dengan keselesaan dan gaya telefon pintar. Dengan empat kanta kamera yang berlainan, ia membolehkan pengguna mengubah detik ajaib ke dalam gambar pegun atau video pada siang hari dan pada waktu malam.

Presiden HONOR George Zhao berkata, “Di HONOR, kita tahu betapa pentingnya warna. HONOR 20 series telah menggunakan teknologi kamera paling canggih untuk membantu para pengguna mengalami keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya. HONOR memahami bahawa warna bukan hanya satu perkara yang anda lihat, tetapi sesuatu yang anda rasa – dan wawasan ini amat penting dalam reka bentuk dan prestasi telefon pintar baharu ini. “

HONOR, etos reka bentuk ‘Sentiasa Lebih Baik’ dipamerkan dalam reka bentuk inovatif dan warna unik telefon pintar HONOR 20 baharu – Phantom Black and Phantom Blue. Warna-warna megah ini telah diperindahkan oleh keajaiban reka bentuk hologram dinamik yang canggih. Kaca belakang Holographic dinamik ini dibuat dalam proses dua peringkat yang dilakukan oleh teknologi Triple 3D Mesh HONOR yang pertama dalam industri. Lapisan kedalaman dicipta menggunakan teknik persis. Ia disematkan dengan berjuta-juta prisma kecil yang menyerupai keping berlian. Hasilnya ialah kesan optik mendalam yang membuat HONOR 20 Series menonjol daripada pendahulunya.

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan natif digital melalui produk yang optimum internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dalam melakukan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya sendiri untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawa teknologi dan inovasi terkini untuk pelanggannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Latar Belakang Jules Standish

Jules Standish, Kaunselor Warna ialah seorang pakar perunding gaya & pakar peribadi, pensyarah di The London College of Style, penceramah awam, pengulas media dan penulis buku terlaris Amazon “How NOT to Wear Black” dan “The Essential Guide to Mindful Dressing”. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.colourconsultancy.co.uk/about.html

Sumber: Honor

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.