
Ketika sektor pelancongan mula pulih, Shopee kini menawarkan tempahan hotel melalui kerjasama dengan platform pelancongan digital antarabangsa Agoda dan Booking.com. Menerusi kerjasama eksklusif ini, pengguna Shopee kini boleh mengakses salah satu inventori atas talian terbesar bagi hotel, resort, rumah dan pangsapuri yang ditawarkan oleh Agoda dan Booking.com.
Perkhidmatan baharu ini diperkenalkan tepat pada masanya demi memenuhi keperluan pengguna, memandangkan perjalanan merentas negeri dibenarkan semula di Malaysia, dan lebih ramai rakyat sedang merancang percutian pada musim hujung tahun ini.
Data carian di Agoda[1] pada bulan September mendedahkan bahawa carian untuk tempat penginapan dalam negeri telah meningkat sebanyak lebih 57% berbanding bulan Mei tahun ini. Terdapat juga peningkatan sebanyak 37% bagi pengguna di rantau Asia Tenggara yang sedang mencari destinasi luar negara. Para pengguna boleh menikmati penjimatan yang lebih menarik serta tawaran pelancongan eksklusif melalui tempahan terus menerusi Shopee. Kerjasama ini juga akan membantu meningkatkan capaian dan keterlihatan rakan-rakan hotel untuk merancakkan pelancongan domestik dan antarabangsa.
Selain Malaysia, kerjasama ini merangkumi pasaran-pasaran lain: Singapura, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Para pengguna di seluruh rantau dapat mencari dan menempah hotel dengan lancar, serta mendapat pengesahan dengan segera untuk lebih sejuta hotel dan tempat penginapan di seluruh dunia, semuanya melalui aplikasi Shopee.
Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee, berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama bersama platform pelancongan terkemuka, Agoda dan Booking.com untuk melancarkan perkhidmatan tempahan hotel baharu ini, dengan matlamat menyediakan akses mudah kepada pelbagai produk dan pengalaman pelancongan yang lebih luas untuk pengguna kami. Kami juga berharap dapat menyokong pemulihan sektor pelancongan tempatan dan industri pelancongan yang berkaitan dengan mempromosikan idea staycation yang menyeronokkan bersama dengan pihak hotel. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk melancong dengan selamat dan menikmati penjimatan yang lebih besar dengan menempah percutian melalui Shopee.”

Sambil para pengguna mencari tempat penginapan, mereka juga dapat meneroka tempat-tempat menarik di sekeliling hotel pilihan mereka, dengan ini membantu dalam perancangan jadual pelancongan yang merangkumi kunjungan ke lokasi-lokasi menarik, kawasan kejiranan dan tarikan tempatan.
Damien Pfirsch, Ketua Pegawai Komersial, di Agoda, berkata, “Para pelancong kenal dan percaya pada Agoda dan Booking.com untuk membantu memudahkan perjalanan mereka. Ini kerana kami sentiasa bersemangat dalam menggunakan teknologi kami bagi menghubungkan orang ramai dengan pilihan terluas dan tawaran nilai terhebat, sama ada mereka berada di Asia atau di seluruh dunia. Kerjasama bersama Shopee ini, yang merupakan kolaborasi pertama dengan sebuah syarikat e-dagang serantau, akan membawa tawaran-tawaran hebat ini dengan mudah kepada pelanggan Shopee, di sebuah platform yang mereka sudah pun kenal. Pada masa yang sama, kami dapat menyokong rakan-rakan hotel dan pengendali pelancongan kami secara lebih baik, dengan menghubungkan mereka kepada komuniti pembeli atas talian terbesar di Asia Tenggara. Kerjasama seperti ini akan membantu mempercepatkan pemulihan industri pelancongan domestik dan global dalam jangka panjang.”

Sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat, platform e-dagang tersebut membawakan penjimatan terbesar melalui kempen Book Hotels & Flights on Shopee selama 11 hari dengan kerjasama Agoda, Booking.com dan Airpaz. Berlangsung dari 11 hingga 21 November, pengguna Shopee dapat menikmati tawaran eksklusif dan baucar diskaun 10% (terhad pada RM20) untuk tempahan hotel dan penerbangan di platform e-dagang tersebut.
Tambahan lagi, pengguna yang telah membuat pembelian semasa tempoh kempen ini secara automatik akan menyertai cabutan bertuah harian di mana mereka berpeluang memenangi 11 hadiah termasuk lima Hadiah Utama dan enam Hadiah Kedua. Hadiah Utama berupa penginapan 3 Hari 2 Malam untuk dua orang dewasa di salah satu hotel berikut – Sabah Oriental Hotel di Kota Kinabalu, Hotel Grandis di Kota Kinabalu, Sunway Hotel Georgetown di Pulau Pinang, Sunway Hotel Seberang Jaya di Pulau Pinang dan Hallmark Crown Hotel di Melaka bersama baucar bernilai RM777 untuk tempahan penerbangan menerusi Shopee. Enam lagi pemenang bertuah akan memenangi Hadiah Kedua berupa baucar bernilai RM777 untuk tempahan penerbangan melalui Shopee.
Sementara itu, para pengguna dapat menikmati lebih banyak diskaun dan tawaran menarik untuk aktiviti dan pusat tarikan di seluruh Malaysia, menerusi tiket-tiket yang ditawarkan di bawah ciri “Event Tickets” Shopee. Ini termasuk Awana Skyway di Genting Highlands, Bayou Lagoon Water Park di Melaka dan Legoland Malaysia di Johor.
Pembayaran untuk tempahan hotel dan penerbangan boleh dibuat menggunakan ShopeePay, kad kredit dan debit, perbankan atas talian, dan juga pembayaran di cawangan 7-Eleven serta KK Super Mart. Tempah percutian anda yang seterusnya di https://shopee.com.my/m/shopee-hotels.
About Shopee
Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia & Taiwan. Shopee connects shoppers, brands and sellers across Asia and other fast-growing markets, empowering anyone to buy and sell anywhere and at any time.
Shopee offers an easy, secure, and engaging experience that is enjoyed by millions of people daily. It offers a wide product assortment, supported by integrated payments and logistics, as well as popular entertainment features tailored for each market. Shopee is also a key contributor to the region’s digital economy with a firm commitment to helping brands and entrepreneurs succeed in e-commerce.
Shopee is a part of Sea Limited (NYSE:SE), a leading global consumer internet company. In addition to Shopee, Sea’s other core businesses include its digital entertainment arm, Garena, and digital financial services arm, SeaMoney. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology.
About Agoda
Agoda helps anyone travel anywhere with its great value deals on a global network of 2.9M hotels and holiday properties worldwide, plus flights, airport transfers and more. Agoda.com and the Agoda mobile app are available in 39 languages, and supported by 24/7 customer support.
Headquartered in Singapore, Agoda is part of Booking Holdings (Nasdaq: BKNG) and employs more than 4,000 staff in 25 markets, dedicated to leveraging best-in-class technology to make travel even easier.
[1] Data adalah berdasarkan data carian Agoda, iaitu purata 30 hari dari 1-30 September 2021 dan 1-30 Mei 2021, untuk pasaran Asia Tenggara: Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam