UST Global Dianugerah ‘Majikan Terbaik Di APAC Bagi Tahun 2019’ Oleh Top Employers Institute

PULAU PINANG, Malaysia, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ —

UST Global, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital yang terkemuka, dianugerahkan dengan sijil ‘Majikan Terbaik di APAC bagi tahun 2019’ yang berprestij untuk lokasi India, Malaysia dan Filipina. Top Employers Institute mengumumkan keputusan daripada penyelidikan tahunannya terhadap sejumlah besar majikan dan keadaan kakitangan mereka di serata dunia.

UST Global meraih pensijilan sebagai Majikan Terbaik memandangkan tawaran kakitangannya melibatkan semua kriteria yang diukur melangkaui tahap yang diperlukan. Top Employers Institute menilai tawaran kakitangan UST Global berkisarkan Strategi Bakat, Pembangunan Kepimpinan, Perancangan Tenaga Kerja, Pengurusan Kerjaya & Penggantian, Kemasukan Kakitangan Baharu (On-Boarding), Pampasan & Faedah, Pembelajaran & Pembangunan, Budaya dan Pengurusan Prestasi.

Top Employers Institute ialah sebuah pertubuhan bebas yang mendedahkan tawaran kakitangan daripada majikan-majikan penting di seluruh dunia, mengukur tawaran tersebut mengikut piawaian antarabangsa. Pada dasarnya, hanya majikan utama dunia diperakui sebagai Majikan Terbaik. Sejak tahun 1991, pertubuhan ini telah memperakui lebih 1300 syarikat di 115 negara yang memberi impak kepada lebih 5 Juta kakitangan.

Untuk terus mengukuhkan lagi kesahan proses berkenaan, ia diaudit secara bebas oleh Grant Thornton, sebuah firma audit, cukai dan khidmat nasihat utama dunia, bermakna proses ini telah mengesahkan keadaan kakitangan cemerlang UST Global dan melayakkan mereka meraih tempat idaman dalam kalangan kumpulan terpilih daripada Majikan Terbaik yang diperakui.

Manu Gopinath, Ketua Pegawai Orang Awam, UST Global, menambah, “Pensijilan Majikan Terbaik merupakan bukti komitmen kami untuk mengoptimumkan, membangunkan dan berganding bahu dengan kakitangan kami demi menjadi majikan yang jauh lebih baik. Kakitangan kami merupakan duta jenama bawaan kami. Kami teruja untuk menerima sijil Majikan Terbaik bagi lokasi-lokasi India, Malaysia dan Filipina.”

Pensijilan ‘Majikan Terbaik di APAC bagi tahun 2019’ untuk lokasi-lokasi India, Malaysia dan Filipina UST Global diterima susulan pencapaian terkini melibatkan pensijilan ‘Majikan Terbaik di AS bagi tahun 2018.’

Latar Belakang UST Global

UST Global ialah syarikat penyelesaian teknologi digital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital termaju kepada perusahaan swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggannya termasuk syarikat-syarikat Fortune 500 dalam perbankan dan perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, insurans, runcit, teknologi, pembuatan, penghantaran dan telekomunikasi. UST Global percaya dalam membina hubungan perniagaan yang berkekalan dan strategik melalui model penglibatan global yang tangkas dan bertumpu pelanggan yang menggabungkan pakar & sumber tempatan dengan kos, skala, dan kelebihan kualiti operasi global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ust-global.com.

Sumber: UST Global

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.