Wahed Bekerjasama dengan Tripfez dan ACCESS Health International untuk Pelancaran Program Booster Simpanan

Wahed Technologies Sdn Bhd (Wahed), pengurus pelaburan digital Islamik yang pertama di Malaysia memperkasakan para rakyat Malaysia untuk lebih terlibat dalam pengurusan dana dan harta mereka demi kepentingan dan keselamatan kewangan melalui program baharu yang dinamakan Program Booster Simpanan.

Program Booster Simpanan ini dapat memberikan peluang kepada para pelabur untuk meletakkan wang mereka ke dalam portfolio pelaburan yang pelbagai dan patuh Syariah. Program ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para pelabur yang berjaya memenuhi sasaran kewangan mereka. Ganjaran boleh ditebus dalam bentuk faedah dan insentif yang disediakan oleh rakan kongsi program tersebut.

“Golongan remaja dan milenial saban hari beraspirasi untuk gaya kehidupan yang lebih selesa dengan kesihatan yang terjaga. Untuk membantu mereka memenuhi matlamat hidup seiring dengan kos sara hidup yang sering meningkat, perlu ada alternatif kepada simpanan dan kaedah untuk mengurus kewangan mereka. Sebagai pengurus pelaburan digital Islamik yang pertama di Malaysia, kami tekad untuk memberikan para pelabur di Malaysia produk yang andal, telus, cekap dan tercapai sambil mengutamakan nilai-nilai beretika. Walau sekecil maan pun akaun pelaburan anda, kami sentiasa memastikan pelaburan anda dipelbagaikan, halal dan bersesuaian untuk anda mencapai matlamat kewangan di dalam hidup anda,” kata Pengarah Eksekutif Wahed Malaysia, Mohd Izzat Fadhli Azman.

Program Booster Simpanan menyediakan pengalaman mesra pengguna yang komprehensif, bersesuaian untuk semua jenis pelabur sama ada yang baharu mahupun yang berpengalaman. Para pelabur bermula dengan membuka akaun pelaburan dengan Wahed dan memilih tawaran yang tersenarai di laman web Program Booster Simpanan. Pelabur boleh mendaftar untuk program ini dengan melengkapkan pendaftaran yang berkait dengan tawaran-tawaran daripada rakan kongsi Wahed dan meletakkan sasaran untuk mereka mematuhi keperluan program. Apabila sasaran kewangan berjaya dicapai melalui portfolio pelaburan Wahed, pelabur tersebut dapat membeli barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi program dengan tambahan ganjaran.

Di bawah Program Booster Simpanan ini, para pelabur dapat memilih beberapa ganjaran yang ditawarkan oleh perniagaan-perniagaan yang terlibat dalam program tersebut. Sebagai permulaan, antara jenama-jenama yang terlibat dalam program ini termasuklah agensi pelancongan atas talian, Tripfez Travel Sdn Bhd di mana peserta program dapat menikmati tawaran diskaun sebanyak RM400 ke atas semua pakej umrah yang disediakan. Selain itu, syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan pergigian dan orthodontik seperti Zenyum dan Artius turut menyertai program ini dalam memberikan diskaun sehingga RM 600 untuk ‘aligners’ dan produk tambahan dan sesi konsultasi percuma kepada peserta program ini.

Mohd Izzat juga menambah “Dengan pandemik dan keadaan penjagaan kesihatan di negara ini, adalah sangat penting untuk kami mencari kaedah baharu yang boleh dipercayai untuk golongan muda di Malaysia melabur secara selamat dan teratur demi kepentingan kewangan masa hadapan. Wahed menyedari cabaran ini dan ingin memberikan jalan pelaburan yang mudah untuk dimulakan dengan dana serendah RM 100 sambil memastikan proses pelaburan yang telus dan peluang yang saksama.”

Program Booster Simpanan ini juga berjaya dilancarkan dengan kolaborasi Wahed bersama ACCESS Health International, yang membantu membina landasan kepada kerjasama dengan rakan-rakan kongsi dari sektor kesihatan.

“Di ACCESS Health, kami percaya bahawa semua orang tanpa mengira usia, jantina,  bangsa atau latar belakang berhak menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta berpatutan. Kami juga percaya bahawa menyimpan dan melabur untuk kos kesihatan di masa hadapan perlu dimulakan pada usia yang muda. Kami bersama-sama rakan kongsi kami di MetLife Foundation, sangat teruja untuk memulakan projek ini bersama Wahed, dan yakin kami akan membantu dalam menyatukan sektor kesihatan dan fintech di Malaysia,” kata Sejal Mistry, pengarah rantau Asia Tenggara di ACCESS Health.

Sebagai pertubuhan pemikir bukan untung dan kumpulan penasihat, ACCESS Health bertujuan untuk membantu semua orang di mana-mana jua untuk mengakses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan berpatutan. Menggunakan hasil kajian untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan, ACCESS Health bekerja rapat dengan pembuat dasar, peneraju sektor swasta, para akademik dan pengusaha perniagaan.

Dilancarkan di Malaysia pada 2019, Wahed juga dipantau oleh lembaga penasihat Syariah yang memastikan pelaburan sentiasa patuh Syariah dan berpegang kepada prinsip Islam. Dikuasai oleh algoritma kewangan hak milik sendiri yang berasaskan Teori Portfolio Moden (MPT), portfolio yang disediakan oleh Wahed bersesuaian kepada tahap risiko dan keperluan seseorang pelabur.

Dengan Program Booster Simpanan menyediakan penduduk Malaysia platform yang sesuai untuk membina kekayaan dan mengecapi masa hadapan yang berkualiti. Melabur untuk tujuan pelbagai matlamat kehidupan lebih mudah dan bermakna dengan program ini. Dari pembelian kereta baharu, rumah pertama hingga ke tabung pendidikan anak-anak anda, pastikan anda miliki matlamat anda melalui Program Booster Simpanan! Untuk maklumat lanjut mengenai Program Booster Simpanan, sila layari laman web: halal.wahedinvest.com/savingsboost

Tentang Wahed

Wahed ialah sebuah platform pelaburan beretika dan halal yang berasal dari New York. Ianya ditubuhkan pada 2015 dan kemudiannya Wahed Technologies Sdn Bhd dilancarkan di Malaysia pada 2019 sebagai pengurus pelaburan digital Islamiks. Sebagai penasihat-robo halal yang pertama di dunia, Wahed memberi peluang kepada pelabur dari lebih 100 buah negara untuk melabur secara mudah dan beretika melalui platform atas talian mereka. Dipantau oleh Lembaga Penasihat Syariah, para pelabur Wahed boleh melabur dengan yakin ke dalam pelaburan halal dan beretika. Semua sekuriti yang dipilih oleh Wahed menjalani proses saringan yang kukuh di mana pengurus dana dan lembaga penasihat syariah bekerjasama untuk menggubah portfolio dengan pulangan pelaburan yang lebih menarik.

Tentang ACCESS Health International

ACCESS Health International bermula dengan satu pejabat di Hyderabad, India, pada 2007. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang menjadi organisasi yang berpejabatkan di kota-kota terbesar di dunia termasuklah New Delhi, Singapura, Beijing, Shanghai, Manila dan New York. ACCESS Health mereka dan melaksanakan inisiatif berteraskan kesihatan dengan tujuan menambah baiki hasil penjagaan kesihatan di serata dunia. Lebih 125 penerbitan, organisasi ini menjalankan kajian yang praktik untuk membaikkan sistem kesihatan dan penyampaian khidmat kesihatan, dan mengkongsikan amalan terbaik yang boleh digunapakai dan diadaptasi di mana-mana jua.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.