Wakil-Wakil National Geographic Society, Campaign For Nature Sertai Negara-Negara Di Kanada Desak Agenda Global Bercita-Cita Tinggi Untuk Alam Semula Jadi

MONTREAL, 26 April 2019 /PRNewswire/ — Dengan hanya berbaki 18 bulan sebelum pemimpin-pemimpin dunia bertemu di China untuk memuktamadkan satu perjanjian bagi menangani kehilangan biodiversiti, mengurangkan kadar bersejarah kepupusan hidupan liar, mengurangkan impak perubahan iklim serta melindungi kawasan-kawasan liar terakhir di bumi, entiti-entiti kerajaan dan bukan kerajaan daripada lebih dua belas negara bersatu hari ini dan esok di Montreal bagi tujuan mendesak perjanjian global yang bercita-cita tinggi untuk alam semula jadi.

Dianjurkan oleh Kerajaan Kanada, Sidang Kemuncak Pejuang-pejuang Alam Semula Jadi (Nature Champions Summit) akan menyediakan pentas pada Oktober 2020 apabila penggubal-penggubal dasar bertemu di Kunming, China iaitu di Konvensyen mengenai Persidangan Kepelbagaian Biologi Pihak-pihak untuk menetapkan dasar biodiversiti global buat dekad seterusnya. Pertemuan ini berlangsung sehari selepas Agence France-Presse (AFP) melaporkan bahawa kajian definitif tentang keadaan biodiversiti, yang dijangka akan dikeluarkan oleh Platform Dasar-Sains Antara Kerajaan mengenai Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem (IPBES), akan mendapati bahawa kehilangan alam semula jadi dan krisis kepupusan hidupan liar yang berterusan adalah semakin teruk berbanding apa yang diketahui sebelum ini.

“Komuniti saintifik jelas tentang hal berkenaan: negara-negara perlu mempercepatkan langkah dan skala yang digunakan untuk melindungi bumi kita sebelum terlewat,” kata Brian O’Donnell, Pengarah Campaign for Nature yang akan menjadi peserta dalam sidang kemuncak minggu ini. “Hanya dengan melindungi lebih banyak kawasan darat dan perairan, kita dapat melindungi alam semula jadi untuk berbilion-bilion penduduk yang bergantung pada kawasan semula jadi yang sihat dan berfungsi.”

Wakil-wakil kerajaan dari Chile, China, Costa Rica, Jerman, Norway dan United Kingdom, antara lain, akan menyertai kerajaan Kanada minggu ini di Montreal. Sidang kemuncak bertaraf tinggi itu memperlihatkan keterdesakan yang diteruskan semula untuk mewujudkan matlamat-matlamat baharu, berani dan boleh dicapai bagi melindungi lebih banyak kawasan darat dan lautan di seluruh dunia. Sebagaimana yang dibincangkan oleh dermawan Hansjörg Wyss – yang menyatakan komitmen sebanyak $1 bilion terhadap pemuliharaan alam semula jadi – dalam op-ed yang diterbitkan pada hari Isnin dalam Toronto Star, sidang kemuncak ini merupakan peluang penting untuk negara-negara mula mengutarakan strategi-strategi khusus bagi melindungi hidupan di Bumi.

Acara ini akan menumpu khususnya pada dua aspek yang penting untuk kejayaan mana-mana agenda global bercita-cita tinggi untuk alam semula jadi: membiayai usaha perlindungan dan pemuliharaan yang diterajui oleh penduduk pribumi.

Memulihara dengan berkesan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kawasan darat dan lautan di bumi akan memerlukan komuniti global untuk mendedikasikan sumber-sumber yang diperlukan bagi mengurus taman, kawasan perlindungan marin, kawasan perlindungan hidupan liar dan kawasan terpelihara yang lain. Sumber-sumber diperlukan bagi tujuan perancangan, pemantauan, penafsiran dan rondaan kawasan-kawasan yang dilindungi dan dipelihara.

Aspek tumpuan kedua minggu ini ialah kepentingan mengutamakan usaha pemuliharaan yang diterajui oleh orang asli. Meskipun masyarakat orang asli mewakili kurang 5 peratus daripada penduduk dunia, mereka mengurus atau memperoleh penguasaan tanah sebanyak lebih 25 peratus daripada kawasan darat bumi yang meliputi 80 peratus daripada kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liarnya. Hanya dengan menghargai kedaulatan dan memperkasakan masyarakat pribumi untuk melindungi tanah dan perairan tradisional mereka, negara-negara akan berhasil melindungi alam semula jadi pada skala yang diperlukan untuk melindungi hidupan liar dan kawasan liar.

Bagi membendung arus kehilangan alam semula jadi, gabungan yang semakin berkembang antara saintis, kumpulan pribumi, pemimpin kerajaan, kumpulan alam sekitar, pemimpin perniagaan dan dermawan, bersatu ke arah matlamat untuk melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada bumi menjelang tahun 2030. Baru minggu lalu, lebih 75 kumpulan di serata dunia menyokong matlamat tersebut dan 19 saintis yang terkemuka di dunia menerbitkan kajian dalam Science Advances untuk membawakan kes yang dipacu data dan disokong oleh sains bagi melindungi lebih banyak kawasan di bumi.

“Sains memberi petunjuk jelas: kita perlu melindungi 30 peratus daripada bumi dalam dekad seterusnya,” kata Dr. Enric Sala, penjelajah-bersama-organisasi National Geographic dan salah seorang penulis kajian yang juga akan mengambil bahagian dalam pertemuan minggu ini. “Apa yang kita perlukan sekarang ialah kepimpinan politik untuk menyelamatkan dunia semula jadi yang memberikan kita oksigen untuk bernafas, makanan untuk kita makan dan air bersih yang menjadi minuman kita.”

Para saintis menunjukkan bahawa keadaan alam semula jadi masa kini menakutkan. Bumi kita kehilangan hidupan liar 1,000 kali lebih pantas berbanding pada ketika lain dalam sejarah manusia – dan masalah ini menjadi semakin teruk, bukan semakin baik. Sebilangan besar spesies telahpun menuju kepupusan, termasuk 14 peratus burung, 25 peratus mamalia dan 40 peratus amfibia.

Komuniti-komuniti dapat melihat akibat-akibat jelas lantaran kehilangan alam semula jadi yang pantas berlaku. Pencemaran, penangkapan ikan secara berlebihan dan spesies-spesies invasif mengancam mata pencarian orang ramai; pemusnahan hutan dan hutan bakau memburukkan kualiti udara setempat dan mengakibatkan orang ramai lebih terdedah kepada ribut taufan, banjir dan bencana alam yang lain; kehilangan pendebunga memaksa segelintir komuniti untuk membayar bagi mendebungakan tumbuh-tumbuhan mereka secara manual. Sebaliknya, kanak-kanak yang menetap berdekatan dengan kawasan-kawasan yang dilindungi memperoleh tahap kesihatan dan hasil ekonomi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak berada berdekatan dengan kawasan berkenaan.

Seperti mana yang disebutkan oleh Hansjörg Wyss dalam op-ed minggu ini:

“Kita semua diperlukan — merentas sempadan, merentas generasi dan merentas budaya — untuk berganding bahu bagi melindungi alam semula jadi kita… Sidang Kemuncak Pejuang-pejuang Alam Semula Jadi minggu [ini] menawarkan peluang luar biasa untuk merangka laluan bercita-cita tinggi yang dikongsi bersama bagi melindungi alam semula jadi buat semua hidupan.”

Sumber: National Geographic Society

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.