7 Tips Perniagaan Untuk Usahawan Baru Daripada Mark Zuckerberg

Siapa tak kenal jejaka terkenal yang pernah menggemparkan dunia dengan sistem media sosial ciptaannya ini? Mark Elliot Zuckerberg yang pernah mencipta ‘Zucknet’, game versi awal software muzik Pandora, perisian CourseMatch, Facemash dan Facebook ini telah berjaya meluaskan rangkaian pengguna aplikasinya ke seluruh dunia. Kini, sudah lebih dari 5.5 juta pengguna Facebook tersedia dan terus meningkat dari masa ke semasa.

Pernahkan kita terfikir bagaimanakah cara untuk kita mengembangkan perniagaan kita di seluruh dunia atau meluaskan komuniti perniagaan kita seperti Mark Zuckerberg? Ikuti nasihat dan tips perniagaan untuk usahawan baru bermula dalam dunia perniagaan oleh Mark Zuckerberg.

#1 Layan Semua Orang Dengan Baik Walaupun Pelik

Layanlah sesiapa sahaja dengan baik walaupun orang tersebut kelihatan pelik. Mana tahu, di sebalik perwatakan tersebut, orang itu adalah sangat penting dan berjaya. Kx Jin pernah melayan dan menegur Mark ketika berada di kelas pertama di Harvard walaupun Mark terpakai baju secara terbalik dan tiada orang mahu bercakap dengannya ketika itu.  Kini, Kx Jin adalah orang penting dalam Facebook.

#2 Sesuatu Berlaku Ada Hikmahnya

Setiap perkara yang baik dan buruk sekalipun tetap mempunyai hikmah.  Mark pernah melancarkan Facemash, pihak universiti mengatakan ia suatu program yang tidak beretika dan kemungkinan Mark akan dibuang universiti. Namun, ketika parti perpisahan, Mark bertemu isterinya Priscilla yang menjadi inspirasinya sebagai seorang jutawan usahawan berjaya.

#3 Cipta Tujuan Hidup Paling Besar

Tips perniagaan untuk usahawan baru adalah dengan mencipta tujuan hidup yang paling besar walaupun belum pasti dapat mencapainya. Jika tidak bermimpi dan berimpian besar, sudah pasti Mark telah menjual syarikat Facebooknya awal-awal lagi kepada syarikat gergasi yang lain. Dengan prinsip cipta tujuan hidup lebih besar, kini Facebook adalah gergasi teknologi di dunia.

#4 Idea Datang Sikit Demi Sikit, Dan Akhirnya Sempurna

Jangan tunggu lama untuk mendapatkan idea sepenuhnya. Idea datang sedikit demi sedikit dan ia akan sempurna dari masa ke semasa. Mark sendiri tidak tahu apa akan berlaku kepada Facebook dimana ia mengambil sedikit masa untuk dilancarkan dan ditambah baik dari masa ke semasa.

#5 Fahami Diri Sendiri Dan Plan Sendiri

Ramai orang tak mungkin akan faham apa yang kita rancangkan tetapi kita sendiri harus tahu dan fahami.  Walaupun orang mungkin akan panggil kita gila, yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Teruskan sahaja dan bertindak! Itulah salah satu tips perniagaan untuk usahawan baru bermula.

#6 Wajib Bertemu Kegagalan

Kegagalan penting sebelum anda berjaya. Kegagalan adalah proses akan datangnya kejayaan pada masa hadapan.  Mark sendiri pernah gagal dengan produk yang diciptanya seperti sistem chat, muzik, game dan lain-lain lagi, begitu juga dengan JK Rowling yang banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan akan ciptaan movie dan novel Harry Potternya. Lihat sekarang kejayaan mereka!

#7 Bantu Dan Manfaatkan Orang Lain

Kejayaan yang sebenar adalah berjaya memanfaatkan orang lain. Bantulah orang lain selama mana yang anda mampu. Dengan mengajar mereka juga, anda dapat membina karier dan diri anda dengan baik. Mark juga pernah membantu mengajarkan asas perniagaan kepada beberapa orang pelajar yang memerlukannya walaupun dia sibuk. Namun, kejayaan mereka kemudian hari adalah kepuasan Mark sendiri. Tidak salah untuk usahawan bermula membantu dan memanfaatkan orang lain.

7 tips perniagaan untuk usahawan bermula ini perlu kita lakukan untuk melihat perubahan pada diri dan kerjaya kita. Di samping menjadi seorang yang lebih baik, perniagaan juga akan lebih maju dan berkembang. Itulah nasihat dari Pengasas Facebook kepada usahawan yang baru nak up!

Sumber RujukanMajalahNiaga

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.