7 Petanda Kita Kena Cepat-Cepat Serahkan Diri Kepada AKPK

“Maaf, saya ada AKPK, saya tak boleh buat loan sekarang”.

Tidak dinafikan sekiranya seseorang berada di dalam program AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit), mereka tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman untuk sementara waktu. Ia bukanlah kesan yang menakutkan seperti yang sering digambarkan oleh orang ramai, malah ada hikmahnya.

AKPK mempunyai objektif yang tertentu dalam membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan yang tidak terurus dan tiada jalan lain lagi bagi membiayai hutang yang tertunggak.  Fungsi AKPK termasuklah dalam memberi bimbingan kewangan, mengatur jadual pembiayaan semula, mengurangkan kos kadar bunga untuk sesuatu hutang dan lain-lain lagi. 

AKPK Telah Banyak Membantu Individu Berhutang

Menurut rekod AKPK, seramai 732,234 individu telah menyertai program perkhidmatan kaunseling dan nasihat, tetapi hanya 221,599 individu sahaja yang menyertai AKPK.  Berikutan penubuhan mereka sejak tahun 2006 lagi, mereka telah membantu seramai 16,161 individu dengan melangsaikan hutang terkumpul sebanyak RM 643.2 Juta.

Berdasarkan statistik AKPK, individu yang terlibat dengan hutang atau pinjaman rata-rata adalah mereka yang berumur antara 30 hingga 49 tahun.  Jenis kemudahan pinjaman yang paling banyak menyebabkan rekod kewangan menjadi teruk adalah kredit kad (58.3%) dan pinjaman peribadi (30.1%).

Petanda Menyebabkan Anda Perlu Serah Diri Kepada AKPK

Terdapat banyak ciri seseorang itu perlu mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling daripada AKPK. Selalunya mereka yang banyak hutang lapuk, berada di ambang muflis, tidak tahu bagaimana lagi nak bayar hutang sebab terlalu banyak dan sudah tidak ada jalan lain lagi bagi menguruskan kewangan adalah golongan yang tidak terkecuali memerlukan khidmat AKPK.  Jika anda tertanya-tanya adakah anda patut serahkan diri kepada AKPK, semaklah sama ada anda mempunyai ciri-ciri di bawah atau tidak.

#1 Hutang Terlalu Banyak

Anda mempunyai hutang yang banyak melimpah-limpah sehingga tidak mampu dan tidak sanggup bayar lagi.

#2 Sesak Bernafas Sebab Duit Tak Cukup Bayar Hutang

Hutang Dan Komitmen setiap bulan anda melebihi gaji bulanan dan ia berterusan setiap bulan sehingga anda sudah sesak untuk ‘bernafas’.

#3 Muflis, Bankrap, No Choice

Anda sudah bankrupt, diisytiharkan muflis dan tiada jalan keluar lagi melainkan perlu membayar semua hutang yang telah terkumpul.

#4 Tak Tahu Urus Kewangan

Tak tahu urus hutang dan pembayaran dengan betul, disebabkan itu banyak hutang tertunggak, tak sempat bayar dan duit kadang-kadang tak cukup nak membayarnya.

#5 Ingin Kurangkan Kadar Bayaran

Anda juga mungkin ingin menyelesaikan masalah hutang anda secepatnya dengan kadar jumlah yang lebih kurang daripada biasa. AKPK juga membantu menjadualkan semula kadar bayaran anda dengan mengurangkan jumlah kadar bunga. Hutang bernilai RM4000 tidak mustahil jadi RM2,500.

#6 Memerlukan Pendidikan Kewangan

Sekiranya anda hampir-hampir muflis, berusahalah untuk mengelaknya dengan membiayai segala hutang piutung. Tetapi jika gagal menguruskan hutang, dapatkan bimbingan kewangan daripada pihak AKPK.

#7 Memerlukan Khidmat Kaunseling

Jangan takut untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling daripada AKPK kerana mereka adalah pakar dalam menguruskan kewangan, mempunyai hubungan kerjasama dengan bank yang anda terlibat dan bakal membantu meringankan beban anda.

Berikut adalah 7 ciri-ciri yang memerlukan anda menyerahkan diri terus kepada AKPK. Tak salah pun jika nak usaha sendiri selagi mampu, tetapi jika anda berada di tahap stress sehingga rasa ini penamatan hidup anda, cepat-cepatlah pergi serah diri ke AKPK.

Takut lain pula jadinya!

Sumber Rujukan:  AKPK

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.