Günther Quandt, Kisah Di Sebalik Pemegang Saham Terbesar Syarikat BMW

Sebut sahaja kereta BMW, pasti ramai di kalangan kita yang berimpian untuk memiliki kenderaan mewah buatan Jerman tersebut. Ianya merupakan sebuah syarikat kenderaan yang disasarkan kepada golongan muda dan mendominasi pasaran mewah kenderaan dunia.

Namun ada sisi gelap yang tak ramai orang tahu mengenai pemegang saham terbesar syarikat BMW ini.

Berkenalan Dengan Keluarga Quandt

Kisah perjalanan syarikat ini sungguh luar biasa dan orang yang berjaya membawa kedudukan BMW pada kedudukan sekarang adalah keluarga Quandt yang merupakan pemegang saham terbesar syarikat ini.

Keluarga ini merupakan industrialist yang bermula dengan generasi Günther Quandt. Beliau merupakan seorang usahawan di dalam bidang tekstil.

Ketika Perang Dunia Pertama tercetus, Günther Quandt merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan uniform tentera Jerman pada ketika itu. Beliau berjaya mengumpul kekayaan dari penjualan uniform kepada tentera Jerman dan telah mengembangkan lagi empayar perniagaanya dengan membeli sebuah kilang bateri di Hagen.

Pada era 1930-an di mana Hitler menjadi pemerintah Jerman dan bermulalah era baru di dalam kehidupannya. Sama seperti industrialist yang lain, Günther Quandt telah membantu tentera Nazi Jerman dalam penyediaan senjata perang melalui kilangnya ketika berlakunya perang dunia kedua.

Selepas kekalahan Jerman di dalam Perang dunia kedua, Günther Quandt telah ditangkap oleh Tentera Bersekutu. Setelah disoal siasat beliau didapati tidak bersalah dan mendapat kembali harta benda beliau dan kilangnya dibenarkan beroperasi semula.

Tentera Bersekutu membenarkan Günther Quandt beroperasi dengan tujuan untuk membangunkan kembali semula ekonomi Jerman yang hancur akibat perang. Orang seperti Günther Quandt adalah sangat diperlukan di dalam pembangunan ekonomi Jerman yang baru.

Anak Penyambung Legasi

Pada tahun 1954, Günther Quandt meninggal dunia dan legasinya diteruskan oleh anak-anaknya iatu Herbert dan Harald yang juga merupakan industrialist. Herbert Quandt pada ketika itu telah membeli beberapa buah syarikat yang mengalami masalah kewangan dan di antaranya adalah syarikat BMW.

Syarikat BMW mempunyai masalah yang besar daripada segi kewangan dan hampir dibeli oleh pesaing terdekatnya Daimler AG, yang terkenal dengan jenama Mercedes. Namun ianya telah menghadapi tentangan yang hebat oleh pemegang saham syarikat tersebut.

Dengan suntikan kewangan oleh keluarga Quandt, BMW telah berjaya diselamatkan. Mereka juga mempunyai mempunyai visi yang jelas yang telah membawa kenderaan BMW ke arah yang lebih cemerlang dengan pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan.

Herbert Quandt

Pada era 1970-an, Herbert Quandt telah berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan BMW. Selain itu juga, Herbert Quandt turut mempunyai perniagaan farmaseutikal yang terkenal iaitu Altana. Herbert meninggal dunia pada tahun 1982 dan meninggalkan legasi perniagaan kepada ahli keluarganya.

Pada  tahun 2007, keluarga ini berdepan dengan kontroversi yang menjejaskan nama baik keluarga tersebut. Sebuah dokumentari bertajuk “The Silence of the Quandts” telah mendedahkan kepada dunia mengenai penglibatan keluarga Quandt dalam buruh paksa ketika berlakunya Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan kilang milik keluarga Quandt dipercayai telah menggunakan buruh paksa dari tawanan perang atau kaum Yahudi dan telah menyeksa mereka.

Selepas dokumentari tersebut disiarkan, keluarga ini secara rasmi memohon maaf kepada dunia mengenai kekejaman yang dilakukan oleh keturunan mereka terutamanya yang melibatkan buruh paksaan.

Kini keluarga Quandt merupakan di antara keluarga yang terkaya di Jerman dengan kekayaan dipercayai berjumlah $42.7 bilion.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.