3 Tips Jimat Menghias Rumah

Inginkan suasana kediaman rumah yang dihias cantik dan selesa untuk didiami? Pastiya golongan wanita lebih cenderung ke arah ini berbanding golongan lelaki.

Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan kos yang mencecah ribuan ringgit hanya untuk mengupah pereka hiasan dalaman untuk menjadikan rumah mereka cantik.

Ianya bukan menjadi satu masalahan bagi mereka yang berkemampuan. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk mendapatkan hiasan kediaman seperti yang mereka inginkan?

Berikut adalah 3 tips jimat dekorasi hiaman dalaman rumah anda menjadi seperti yang anda indamkan

1. Cari Idea Dari Sumber Yang Percuma

Anda boleh membuat rujukan berkenaan idea dekorasi mengikut kepada kesesuaian minat dan juga citarasa anda sendiri. Cara begini, dapat mengelakkan anda untuk mendapatkan khidmat perunding hiasan dalaman. Faham sahaja, bila kita mendapatkan sesebuah khidmat pastinya kita perlu mengeluarkan belanja.

Jika anda mendapatkan idea dekorasi dari sumber yang percuma, anda lebih bebas untuk mencari idea daripada majalah dekorasi hiasan dalaman, google ataupun daripada pemerhatian anda sendiri. Mungkin, ada hiasan dalaman di antara rakan-rakan anda yang bersamaan dengan citarasa anda juga.

2. Tetapkan Bajet Mengikut Kemampuan

Setelah selesai mendapatkan konsep dan juga tema hiasan bagi kediaman anda, tetapkan pula bajet mengikut kepada tahap kemampuan anda. Contohnya, ruang tamu nak kena belanja RM3000, dapur dalam RM2,000 dan seterusnya pada bahagian lain pula.

Anda tidak perlu membuang masa apabila terpandang perabot yang melebihi bajet anda. Teruskan misi anda mencari perabot dan barang-barang mengikut tahap kemampuan anda.

3. Berperanan Sebagai Tetamu

Semasa menghias rumah anda, bayangkan mata anda adalah sebagai mata seorang tetamu. Pastinya anda lebih teruja apabila berkunjung ke rumah orang lain apabila melihat dekorasi hiasan dalaman rumah mereka.

Tiba masanya untuk anda menjadikan diri anda sebagai tetamu bagi rumah anda sendiri agar anda dapat melihat, bahagian manakah yang memerlukan dekorasi yang lebih manarik dan selesa. Apakah warna dinding yang bersesuaian untuk konsep dan tema anda? Guna wallpaper pun dah nampak cantik sangat, tak perlu keluar duit untuk cat.

Jadikan ruang rumah kediaman anda kelihatan begitu eksklusif dengan sentuhan anda sendiri.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Labuan Shipyard Bina Bot Tunda Berkeupayaan Berputar 360 Darjah Yang Pertama Di Malaysia

LABUAN, 23 Mei (Bernama) — Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd (LSE) telah mencipta satu lagi kejayaan yang boleh dibanggakan apabila berjaya membina AR Diamond, bot tunda dengan gelang tundaan yang berkebolehan untuk berputar 360 darjah.

Ketua Pegawai Operasi LSE Khamdi Khalid berkata AR Diamond ialah bot tunda yang pertama di Malaysia yang boleh berputar 360 darjah.

Beliau berkata pembinaan AR Diamond bermula pada 25 Nov, 2021 dan siap pada 16 Jan tahun ini.

“Bot tunda ini sepanjang 25.08 meter dan mempunyai keupayaan untuk menarik kapal sehingga 50 tan.

“Tidak seperti kebanyakan bot tunda konvensional yang dibina dengan sistem ‘winch’ tunda tetap yang hanya membolehkannya berpusing setakat satu hingga 180 darjah, bot tunda baharu ini dilengkapi ‘winch’ kendalian jauh yang dipasang di atas gelang tunda yang membolehkan penundaan dilakukan ke mana-mana arah dalam radius 360 darjah semasa operasi menggerakkan kapal ke pelabuhan.

“Ciri utama ini membolehkan kestabilan yang mencukupi dicapai melalui pergerakan pantas dan tepat, serta kawalan yang lebih baik apabila memusing badan kapal walaupun pada kelajuan menunda yang agak tinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Khamdi berkata penghantaran rasmi kapal ini berlangsung pada 3 Mei lalu di Kuala Lumpur melalui majlis menandatangani dan menyerahkan sijil penyiapan antara pemilik projek, Harbour 360 Sdn Bhd dan LSE, sebagai pembina yang diadakan secara hibrid.

Sijil tersebut ditandatangani oleh Lee Kong Siong, wakil Harbour 360, manakala Khamdi pula mewakili LSE.

Majlis itu disaksikan oleh Kapten Ng Ber Toon dan Ooi Kean Meng dari Nautica Ship Management Sdn Bhd, Pengarah Urusan Naval Arch Marine Sdn Bhd Ir Peter Tay dan Pengarah NVS Maritime Consultancy Sdn Bhd Robert Versteeg.

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan LSE Shamsir Aiza Zainal dan Pengurus Besar, Mohd Zamri Sampol.

Khamdi berkata projek untuk membina bot tunda itu telah dianugerahkan pada Jun 2021 dan dijangka dihantar tahun lepas pada 2022, tetapi gangguan dalam rantaian bekalan global yang disebabkan pandemik Covid-19 telah menjejaskan pembinaannya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan LSE dan Harbour 360 menyatakan minat untuk meneruskan kerjasama sedia ada kerana mereka bersedia untuk menjadi perintis pembinaan kapal tunda seperti itu dalam industri pembinaan dan pembaikan kapal di Malaysia.

Antara kapal terbaharu yang berjaya dibina dan dihantar oleh LSE termasuk dua kapal kerja/penginapan luar pesisir (OWAV) sepanjang 82 meter dan kapal bekalan platform elektrik (PSV) berkuasa diesel DP2 sepanjang 77 meter, selain tiga bot tunda untuk Pelabuhan Bintulu.

— BERNAMA