Apa Itu Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan?

Di zaman yang sangat mencabar sekarang ini dengan kenaikan kos sara hidup, pengurusan kewangan adalah perkara yang penting dan patut dikuasai oleh semua orang dan ianya patut dididik sejak bangku sekolah lagi. Dalam elemen pengurusan wang, emosi sangat memainkan peranan yang penting.

Jika gagal mengawal emosi, maka segala peraturan tentang pengurusan wang akan lebur.

Dalam menguruskan kewangan, kita kena tahu perbezaan di antara simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dari sumber kewangan yang kita perolehi, ketiga-tiga elemen ini perlu dikenal pasti berapakah peruntukan masing-masing untuk setiap elemen.

Ada juga produk yang menggabungkan dua atau lebih elemen, oleh itu anda perlu tahu perbezaan di antara satu sama lain.

Apa itu Simpanan?

Simpanan ialah duit yang kita peruntukkan daripada sumber pendapatan kita, dan ianya disimpan untuk kegunaan semasa kecemasan. Biasanya kita simpan di dalam tabung, tetapi cara tersebut tidak begitu efektif.

Kita perlu menggunakan instrumen simpanan yang sesuai seperti simpan di Bank, ASB, AHSB, ASN, Tabung Haji atau mana-mana produk yang boleh menjana pulangan yang stabil tanpa mengganggu principal (wang asal) dan sangat mudah untuk kita keluarkan.

Apa Pula Pelaburan?

This image has an empty alt attribute; its file name is Apa-Itu-Risiko-Dalam-Pelaburan-Dan-3-Faktor-Penentu-Kadar-Risiko1-700x346.jpg

Pelaburan ialah duit dari sumber pendapatan kita yang diperuntukkan untuk menggandakan wang simpanan. Pelaburan pula ada yang berisiko rendah, sederhana dan berisiko tinggi.

Pernah dengar konsep ‘high risk high return’?

Contoh Pelabur A

Pelabur ini mula melabur mengggunakan wang tunai pada Januari 2009. Beliau meletakkan modal sekali sahaja dan dilaburkan di dalam satu fund. Waktu pelabur ini melabur sangat bagus sebab tahun 2009, tahun di mana pemulihan daripada krisis ‘sub-prime crisis’.

Lihat bahagian ‘cost averaging’ kos purata semakin rendah, ini disebabkan ada pemberian pengagihan yang diberi PERCUMA setiap tahun. Ini dapat merendahkan nilai kos belian.

Modal letak hanya sekali sahaja iaitu RM5,000 dan jumlah pulangan pada tahun 2015 dah naik ke RM9,080.65.

Nilai Unrealised Profit nya RM4,080.65, pertambahan sebanyak 82% selama 6 tahun, atau setahun beliau untung sebanyak 13.66%. OK tak?

Perlu diingatkan pulangan untuk unit trust adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Ianya bergantung kepada faktor-faktor yang dibincangkan di atas.

Peraturan terpenting pelaburan unit trust ialah ‘cost averaging’.

Ia mesti dibeli di pelbagai harga pada nilai duit yang sama. Bukan jumlah unit sama, kerana unit akan dibeli sedikit jika harga naik, dan dapat beli banyak unit semasa harganya rendah. Sesuai dilabur ke dalam dana yang beri pulangan dividen yang bagus (dividen yang diperolehi perlu dilaburkan semula dalam bentuk unit).

Contoh Beli Pada Harga Yang Sama & Jumlah Unit Yang Sama

Contoh, di atas adalah apabila kita beli pada 3 harga berbeza.

Untuk situasi 1, pelabur melabur dengan jumlah pelaburan yang sama iaitu RM5,000.

Manakali situasi 2 pula, pelabur membeli jumlah unit yang sama iaitu 5,000 unit.

Pelabur 1 lebih bijak kerana beliau memiliki lebih banyak unit dan nilai purata setiap unit lebih rendah.

Dan jika amanah saham tersebut beri dividen, katakanlah 5 sen seunit:

Pelabur 1 = 21,250 unit x RM0.05 = RM1,062.50

Pelabur 2 = 15,000 unit x RM0.05 = RM750.00

Kesimpulannya, pengumpulan unit yang banyak adalah penting dalam unit trust. Kita perlukan masa dan perlu diingat bahawa dividen yang diterima perlu dilabur semula bagi merendahkan lagi kos purata dana tersebut.

Tempoh masa terbaik untuk pelaburan unit trust adalah 3-5 tahun.

Pelaburan Berisiko Tinggi

Pelaburan saham merupakan pelaburan yang paling popular dalam kategori ini. Ia boleh menjadi risiko tinggi jika melabur dalam jangka masa pendek. Teknik ini dipanggil trading

Ada yang boleh untung 30% sehari, tetapi harus ingat bahawa anda juga boleh rugi 30% sehari.

Biasanya seorang trader memerlukan kemahiran menganalisis pasaran. Ada 2 analisa utama yang perlu diketahui iaitu Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.

Analisis Fundamental adalah analisa mengenai kedudukan kewangan syarikat yang tersenarai. Analisis Teknikal pula adalah analisa corak pergerakan harga sesuatu saham syarikat.

Jangan Lupa Bab Perlindungan

This image has an empty alt attribute; its file name is pxfuel.com-33-700x481.jpg

Dalam kita mencari rezeki yang halal, ada elemen penting yang selalu kita abaikan. Ia selalu diabaikan kerana kita tidak rasa yang perkara buruk akan menimpa diri kita. 

Di antara perkara yang kita selalu kita ambil mudah adalah kos jika kita sakit, kos kita jika kita sudah tidak mampu bekerja dan perbelanjaan untuk waris apabila kita sudah tiada lagi nanti.

Banyak kes dilaporkan dalam media tentang kesempitan wang yang terjadi jika perkara buruk berlaku pada diri kita. Bayangkan jika kita mengidap penyakit kronik, siapa yang akan menanggung kos rawatan kita, jika kita tidak lagi mampu bekerja?

Disebabkan itulah kita perlu peruntukkan 10% daripada pendapatan kita untuk mendapatkan perlindungan Takaful. Di antaranya kita ada Pampasan Kematian, Pampasan Penyakit Kritikal dan Pampasan Kemalangan dan Lumpuh.

Simpanan, Pelaburan & Perlindungan Adalah Sangat Penting

Sekarang anda dah tahu perbezaan ketiga-tiganya, pastikan anda ada matlamat kewangan yang jelas. Biasa kita dengar tentang rakan yang katanya telah membuat simpanan, tetapi apabila ditanya – mereka simpan di dalam produk takaful. Ternyata sekali beliau sudah salah tempat untuk menyimpan.

Apa yang penting adalah untuk anda duduk berbincang dengan mereka yang pakar di dalam bidang kewangan ini. Pastikan anda tahu apa yang anda nak, supaya senang untuk anda dapatkan perkhidmatan yang terbaik – daripada percaya bulat-bulat apa yang disampaikan kepada anda.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA