4 Jenis Tabung Untuk Anda Yang Bekerja Sendiri

Bila bekerja sendiri ni, banyak perkara yang perlu di ambil kira terutama bab kewangan. Jika ikut nafsu serakah yang nak memboros aje kerjanya, memang lingkuplah tahap kewangan kita. Bukit yang tinggi tu pun kalau ditoreh setiap hari boleh habis, inikan pula duit.

Justeru itu, penting untuk kita sediakan beberapa jenis tabung supaya kewangan lebih teratur dan sihat bagi kegunaan masa hadapan yang lebih cerah.

Apakah jenis tabung yang perlu disediakan?

1. Tabung Simpanan Kecemasan

Ibarat peribahasa Melayu, ‘malang itu tidak berbau’. Sekurang-kurangnya dana kecemasan ini perlu ada dalam 3-6 bulan pendapatan yang diperolehi pada setiap bulan. Andaikata, pendapatan sebulan sebanyak RM1500 maka simpanan yang perlu ada adalah sebanyak RM4500.

Misal kata, tayar kereta pancit, tabung simpanan kecemasan ini dapat membantu menyelesaikan kesulitan yang sedang dialami. Dengan ini, ia dapat mengelakkan individu daripada berhutang dan meminjam.

2. Tabung Perlindungan

Tabung ini merupakan tabung penting yang perlu disediakan. Walaupun pada masa ini, masih diberikan kudrat yang sihat, namun tidak salah sekiranya punya kesedaran untuk memiliki tabung perlindungan untuk diri sendiri juga ahli keluarga.

Sakit dan mati tidak menunggu tua baru datang, waktu muda pun, 2 benda ini boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, ambil langkah sebaiknya dengan menyediakan tabung perlindungan ini awal-awal. Meskipun, kegunaannya bukan untuk diri sendiri, tapi boleh digunakan untuk ahli keluarga kelak.

3. Tabung Persaraan

Tabung persaraan ini adalah satu tabung untuk suatu tempoh jangka masa panjang. Tabung inilah yang akan digunakan untuk hari tua kelak. Sekarang ini, walaupun bekerja sendiri tetapi masih boleh membuat potongan KWSP sendiri. Ia bergantung kepada berapa banyak yang ingin dimasukkan sendiri. Lebih mudah lagi apabila apabila boleh membuat pemindahan secara online melalui bank yang menyediakan perhidmatan ini.

Selain dari itu, boleh juga gunakan akaun PRS (private retirement scheme). Jumlah minimum yang boleh dimasukkan adalah RM100 sebulan.

4. Tabung Pelaburan

Capital Appreciation – Arrow Trending Up Over Coins

Ramai yang kurang pandang kepada tabung pelaburan. Ramai yang takut menghadapi kerugian tanpa mendapatkan ilmu pelaburan terlebih dahulu. Pelaburan ini skopnya terlalu luas. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan memulakan langkah pelaburan yang berisiko rendah terlebih dahulu sebelum melangkah ke dunia pelaburan yang lebih besar.

Kesimpulannya, semua orang mampu untuk memiliki kesemua tabung di atas namun apa yang penting adalah usaha yang berterusan dan juga mengamalkan sikap berjimat cermat.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.