4 Sebab Kenapa Anda Memerlukan Lebih Daripada Satu Kad Kredit

Bagi kebanyakan orang, penggunaan kad kredit boleh menjeratkan diri ke dalam kancah hutang yang membebankan. Tetapi ini hanya akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak pandai menguruskan kewangan dengan baik.

Kalau anda merupakan seorang yang bijak mengawal diri ketika berbelanja, penggunaan lebih daripada satu kredit kad ada banyak manfaat sebenarnya.

1. Lebih Banyak Kad, Lebih Banyak Manfaat

Setiap jenis kad kredit mempunyai manfaat yang berbeza-beza seperti daripada segi mata ganjaran. Sebagai contoh kad kredit A mungkin memberi lebih mata ganjaran jika mengisi minyak, kad kredit B pula memberi mata ganjaran yang tinggi setiap kali berbelanja di pasar raya.

Jadi jika kita seorang yang kerap berbelanja untuk mengisi minyak dan sering berbelanja pasar raya, 2 kad kredit ini akan memberi lebih keuntungan.

2. Membantu Skor Kredit

Image by Republica from Pixabay

Bagaimana pula penggunaan lebih daripada satu kad kredit dapat membantu skor kedit kita? Ianya dapat membantu skor kredit jika kita mampu memastikan nisbah hutang adalah rendah.

Macam mana tu?

Setiap kali berbelanja, jangan hadkan untuk menggunakan satu kad kredit sahaja. Untuk mengisi petrol kita boleh gunakan kad kredit A, Untuk membeli barangan runcit pula, gunakan kad kredit B.

Maka had penggunaan kita pun tak pernah cecah limit, ini menunjukkan bahawa kita berjaya mengawal nafsu dan berbelanja ikut kemampuan.

3. Kegunaan Kecemasan

Di dalam waktu kecemasan di mana kita kekurangan tunai, mempunyai lebih daripada satu kad kredit mungkin dapat membantu kita untuk keluar daripada situasi yang tidak terjangka itu. Sebagai contoh, kita terpaksa membayar bil hospital kerana tidak mempunyai perlindungan takaful yang secukupnya.

Jadi kita boleh menggabungkan dua atau lebih kad kredit yang kita ada untuk membayar bil hospital tersebut.

4. Bayar Hutang

Kita juga boleh gunakan kelebihan pemindahan baki kredit untuk membayar hutang bank. Kadar faedah yang dikenakan juga adalah lebih rendah.

Berbanding dengan pinjaman peribadi, pemindahan baki melalui kad kredit mengambil masa yang lebih singkat sekaligus membantu kita untuk membayar hutang dengan lebih cepat.

Dengan memiliki lebih daripada satu kad kredit dapat membantu kita, namun ianya bergantung kepada cara kita berbelanja dan menguruskan kewangan. Kalau dengan hanya satu kad kredit pun kita boros, takut nanti bila ada dua kad kredit lagi teruk keadaannya.

Sumber Rujukan: Compare Hero

Previous ArticleNext Article

BNM Denda AEON Credit RM520,000 Susulan Pelanggaran Sekatan Kewangan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM520,000 ke atas AEON Credit Service (M) Bhd atas pelanggaran keperluan sekatan kewangan bersasar.

Bank pusat itu memaklumkan, AEON Credit yang juga unit Malaysia milik syarikat Jepun, Aeon Co, telah mengambil langkah pembetulan susulan pelanggaran berkenaan, selain mengadakan latihan penyegaran kepada kakitangan berkaitan bagi memastikan pematuhan diperkukuh.

BNM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan pelanggaran terhadap keperluan sekatan kewangan bersasar yang ditetapkan.

AEON Credit bagaimanapun telah melaksanakan langkah penambahbaikan dalaman sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas pematuhan terhadap keperluan kawal selia. – Reuters