6 Cara Mendapatkan Keyakinan Diri Ketika Menghadapi Masalah Kewangan

Sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai yang terkesan daripada segi pendapatan. Maka ramai jugalah yang dilanga masalah kewangan.

Tiada jalan singkat untuk kita keluar daripada sebarang kemelut yang melanda. Tetapi kita kena percaya bahawa di sebalik musibah, pasti ada ‘sinar di hujung teworong’.

Jom kita tengok 6 tips berikut untuk mereka yang sedang berdepan dengan masalah kewangan.

1. Belajar Daripada Pengalaman Orang Lain

Mungkin ada di dalam keluarga kita yang menghidapi penyakit kronik, atau ada yang mengalami perceraian, atau saudara terdekat atau sahabat yang pergi untuk selamanya, dan sebagainya.

Cuba kita korek rahsia mereka bagaimana untuk berdepan dengan situasi sukar tersebut. Melalui perkongsian tersebut, kita boleh gunakannya bagi menghadapi masalah kewangan yang kita sedang alami.

Sekaligus keyakinan diri akan muncul dengan sendirinya. Maklumlah, dugaan kita tak seteruk apa yang mereka alami. Pastinya kita pun boleh berdepan dengannya.

2. Jangan Salahkan Diri Sendiri

Image by Tumisu from Pixabay

Apabila pemikiran negatif hadir dalam kepala, ianya akan menguasai emosi kita yang akan mengganggu psikologi serta emosi diri kita. Jika dibiarkan ianya merebak, pastinya kita akan jadi murung pula nanti.

Sebaliknya kita ambil sikap positif. Ini kerana kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku. Terimalah takdir ini dengan berlapang dada.

Jika kita mempunyai anak-anak, jangan lupa bahawa mereka memerhatikan bagaimana kita berdepan dengan masalah ini. Oleh itu, tunjukkanlah contoh yang terbaik dan jadikan mereka sebagai kekuatan untuk kita mengharungi masalah kewangan tersebut.

3. Kita Tidak Keseorangan

Berjuta-juta orang kini sedang mengalami masalah kewangan. Jika mereka boleh berdepan dengan situasi tersebut kenapa bukan kita?

Sentiasa cari jalan dan idea untuk keluar daripada belenggu ini.

4. Baca Buku Motivasi Dan Inspirasi

Image by lil_foot_ from Pixabay

Terlalu banyak buku atau filem yang mampu meningkatkan motivasi dan memberi inspirasi kepada kita.

Kebanyakan orang yang kaya dan berjaya pada hari ini, mereka bermula dari bawah. Ada yang beberapa kali gagal, barulah mereka ini berjaya dalah kehidupan.

“Buang yang keruh dan ambil yang jernih.”

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita cuba sesuatu yang baru.

5. Gambarkan Masa Depan

Tutup mata dan bayangkan bagaimana kehidupan kiya di masa akan datang, apabila kita tidak mempunyai hutang dan masalah kewangan.

Kerana masalah hari ini pasti akan berakhir jua. Kita cuma bersabar dalam menghadapinya.

6. Banyakkan Berdoa

Image by Pexels from Pixabay

Daripada kita mengadu masalah kewangan kita di media sosial, ada baiknya kita mengadu ketapa Tuhan Yang Maha Esa. Semoga dengan berkat doa dan kesabaran, kita dapat kekuatan untuk mengatasinya.

Kalau nak bercerita juga dengan orang lain, ada baiknya kita berkongsi dengan teman dan keluarga rapat saja. Masalah apabila dikongsi, mampu untuk mengurangkan bebanan.

Bukan untuk meraih simpati, tetapi kebiasaannya orang di sekeliling kita lebih memahami dan mengenali kita, serta mampu untuk memberikan idea yang bernas.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mahasiswa Perlu Kuasai Literasi Kewangan Dan Agenda Kelestarian Global

TANJONG MALIM – Mahasiswa perlu menguasai literasi kewangan dan memahami agenda kelestarian global bagi melengkapkan diri sebagai generasi yang berdaya saing, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali berkata kedua-dua aspek itu menjadi fokus utama penganjuran program RHB Ocean Harmony dan RHB MySiswa Brand Challenge 2026 yang menghimpunkan mahasiswa daripada sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata program yang berlangsung selama tiga hari itu bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya platform pembelajaran yang memberi pengalaman sebenar kepada mahasiswa dalam aspek pemasaran, perbankan digital, literasi kewangan serta kesedaran terhadap isu kelestarian.

“Jika anda melihat program ini sebagai satu acara, ia hanya akan menjadi sebuah acara. Namun jika anda melihatnya sebagai pengalaman pembelajaran, anda akan memperoleh nilai yang jauh lebih besar daripada apa yang telah disediakan sepanjang program ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan RHB Ocean Harmony dan RHB MySiswa Brand Challenge 2026 di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Menurut beliau, MySiswa Brand Challenge diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang bertanggungjawab, selain memberi pendedahan mengenai keselamatan transaksi digital dan ancaman penipuan kewangan yang semakin kompleks.

“Literasi kewangan bermula dengan kesedaran. Mahasiswa perlu memahami produk kewangan yang digunakan, mengurus kewangan secara berhemah serta melindungi maklumat peribadi daripada disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin berkata program berkenaan merupakan platform pembangunan bakat mahasiswa yang memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar industri.

Beliau berkata penganjuran RHB Ocean Harmony dan MySiswa Brand Challenge 2026 berjaya menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai latar belakang untuk menguji kebolehan menghasilkan idea, strategi dan penyelesaian yang inovatif melalui dua kategori utama pertandingan yang dipertandingkan.

“Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan pemikiran kritikal, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah memberi pengalaman pembelajaran yang amat bernilai kepada mahasiswa dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Pada majlis sama, sesi penyampaian hadiah turut diadakan bagi menghargai pencapaian peserta dalam dua kategori utama pertandingan. Bagi kategori MySiswa Brand Challenge, gelaran juara dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penghargaan, plak dan Geran Pelaksanaan bernilai RM2,000.

Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul juara kategori Ocean Harmony sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penghargaan, plak dan Geran Pelaksanaan bernilai RM2,000.

Majlis turut menyaksikan penyerahan cek cura bernilai RM111,595 daripada RHB Islamic Bank Berhad kepada UPSI menerusi Inisiatif Kad Prihatin Siswa bagi menyokong kebajikan pelajar universiti tersebut.