4 Tips Kahwin Jimat

Ramai di antara kita yang terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk digunakan sebagai perbelanjaan perkahwinan. Maklumlah, perkahwinan adalah acara yang besar dan biasanya sekali saja berlaku sepanjang kehidupan.

Namun tahukah anda dengan pinjaman peribadi ini, ianya akan menyusahkan anda selepas berkahwin disebabkan terpaksa membayar semula ansuran bulanan pinjaman untuk satu tempoh masa yang panjang.

Berikut merupakan 4 tips yang boleh digunakan oleh bakal-bakal pengantin untuk menjimatkan segala kos dalam majlis perkahwinan anda nanti.

1. Buat Majlis Simple Tapi Meriah

Tidak dinafikan, menjadi impian setiap orang untuk memiliki sebuah majlis yang meriah dan kelihatan gah di mata tetamu.

Namun, anda masih boleh mendapatkan sebuah majlis perkahwinan yang meriah tanpa membelanjakan kos yang tinggi.

Caranya adalah dengan menggunakan barang-barang yang menarik. Jika anda seorang yang kreatif, mungkin anda boleh DIY sendiri. Jika anda tidak kreatif, anda boleh sahaja meminta bantuan kawan-kawan terdekat untuk menghias.

Untuk menampakkan majlis anda adalah istimewa dan meriah, apa yang memainkan peranan utama adalah dengan memilih warna yang menonjol. Pemilihan warna sangat memainkan peranan penting dalam sesebuah majlis.

Benda yang boleh anda buat dan gubah sendiri seperti pelamin adalah perkara yang dapat menjimatkan belanja. Fokus anda hanyalah kepada kegunaan tetamu seperti khemah, kerusi dan meja.

2. Gotong-Royong

Dahulu, aktiviti gotong-royong memang tidak pernah lekang di kampung. Setiap kali ada majlis perkahwinan, jiran tetangga akan turun berkampung membantu tuan rumah.

Gotong-royong lebih jimat jika hendak dibandingkan dengan menempah catering. Segalanya dilakukan secara bersama-sama tanpa perlu anda mengeluarkan duit upah.

3. Jemput Kenalan Rapat Sahaja

Anda kena faham dengan sebenar-benarnya tujuan melakukan majlis walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa anda dan pasangan telah selamat bernikah. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada timbul sebarang fitnah.

Cukup sekadar anda menjemput saudara-mara, kenalan rapat dan ahli keluarga terdekat sahaja. Ternyata, ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan dari segi penyediaan makanan kepada tetamu jemputan.

Tetapkan bilangan tetamu jemputan yang perlu anda undang pada hari tersebut. Ini bagi mengelakkan anda mengalami pembaziran daripada segi perbelanjaan makanan. 

4. Baju Pengantin Murah

Sewa sahaja baju pengantin anda. Ia lebih jimat dan menguntungkan. Lagipun anda hanya menggunakan baju pengantin tersebut sekali sahaja. Tidak perlu untuk anda menghabiskan duit anda untuk membeli baju kahwin yag mahal harganya.

Untuk kepuasan, anda boleh beli sendiri kain untuk dibuat baju dan jahit sendiri. Bagi menampakkan baju tersebut lebih menarik, anda boleh tanbahkan manik mengikut kreativiti anda.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA