5 Cara Untuk Mereka Yang Bergelar Bankrap Untuk Bangkit Semula

Bankrap telah menjejaskan ramai orang di Malaysia. Baca saja 100,000 Rakyat Malaysia Bankrap Dan Ini 3 Punca Utama kalau minat nak tahu dengan lebih mendalam.

Sebagai seorang usahawan, yang mempunyai isu-isu peribadi atau profesional – atau usaha yang gagal akan mewujudkan situasi di mana anda akan berhadapan dengan bankrap dan presatsi kerja anda merosot. Keadaan ini mewujudkan tekanan emosi dan dalam pada masa yang sama melemahkan dan merendahkan semangat keusahawanan anda.

Tetapi, kepada mereka yang bankrap, usah gentar anda tidak boleh “kembali” daripada menghadapi bankrap kerana masih ada cara untuk anda membuat “comeback” dan mula sekali lagi. 

Cara 1: Hadapinya Dengan Bermaruah

Apabila anda diistiharkan bankrap, jangan menangis atas kesalahan yang lalu. Mungkin ada kesilapan yang kita tidak sangkakan menyebabkan kita banrap. Oleh itu, kaji dimana silap yang lalu dan hadap dengan bermaruah.

Apabila anda terima salah anda di mana, anda harus elak daripada melakukan kesalahan yang sama.

Cara 2: Merancang Kewangan

Adalah sangat penting bahawa anda mula melihat situasi anda dalam keadaan yang lebih realistik. Bagaimanakah situasi kewangan anda? Berapa banyak wang yang telah hilang? Berapa banyak yang anda hutang?

Ini kerana, kesemua jawapan untuk soalan ini akan membantu anda menjelaskan di mana anda “berdiri” pada hari ini dan mulakan lembaran baru.

Cara 3: Menyediakan Belanjawan

Tiada perniagaan yang berkembang tanpa pelan. Oleh itu, semua bermula dengan pelan yang utama iaitu menyediakan belanjawan. Alex Charfen, seorang ahli perniagaan yang sudah mula melakukan perniagan seawal umur 16 tahun  berkata anda boleh menyediakan belanjawan dengan jumlah minimum wang yang digunakan.

Ini bermaksud, anda mula berniaga dengan aliran wang tunai dan modal yang sedikit, kemudian barulah berkembang secara perlahan. Hitung nilai bersih anda dan mula berjimat sedikit demi sedikit.

Cara 4: Cari Penyokong

Charfen menyatakan anda tidak perlu menyembunyikan masalah anda. Cari perlindungan dan sokongan melalui rakan dan keluarga anda atau mereka yang tidak akan menilai anda mengapa anda bankrap.

Ya, bankrap adalah fakta kehidupan. Tetapi itu bukan sesuatu yang anda harus malu atau cuba untuk menutupi dengan beribu alasan.

Minta bantuan apabila anda memerlukannya, dan berkomunikasi secara telus tentang keadaan anda kepada orang-orang di sekeliling anda

Cara 5: Mempunyai Objektif dan Mula Semula

Usahawan tetap fokus pada matlamat mereka. Lakukan perkara yang sama apabila anda bankrap. Mulakan dengan objektif baru dan hapuskan segala-galanya yang mengganggu fokus anda.

Charfen mengatakan apa yang paling kritikal ialah “Jika anda menghadapi bankrap, anda bukan kegagalan. Anda telah kehilangan hanya satu metrik – wang. Pemanduan, kreativiti, penentuan dan kejayaan masa lalu anda masih kukuh”. Walaupun secara umum disytiharkan muflis adalah salah satu situasi yang memalukan untuk usahawan, ia juga boleh menjadi peluang yang luar biasa untuk kembali semula.

Kadang kala untuk berjaya, kita akan menghadapi kegagalan kerana kita tahu bagaimana untuk berusaha dari satu titik momentum.

Kenal Siapa Gerangan AKPK?

Mesti pernah dengar nama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kan? Kalau nak tahu, AKPK merupakan sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan masyarakat Malaysia serta membantu individu mencapai kawalan kewangan peribadi melalui pengurusan kredit yang berhemat.

Sejak penubuhannya pada April 2006, AKPK telah berjaya membantu sejumlah 16,161 peminjam yang melibatkan jumlah hutang sebanyak RM643.2 juta sehingga Mac 2018. Malangnya, orang kita masih fobia apabila nak pergi berjumpa dengan AKPK, sedangkan perkhidmatan yang diberikan mereka adalah percuma.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.