5 Sebab Kereta Terpakai (Second-Hand) Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru

Kalau nak beli kereta, mesti semua nak kereta baru. Ada sampai sesetengah tu sanggup tak nak tanggalkan plastik supaya orang tahu yang mereka baru beli kereta.

Tapi, kenapa masih ada sesetengah orang lebih berminat untuk membeli kereta terpakai walaupun mereka itu berduit?

Jom kita tengok beberapa sebab kenapa kereta terpakai adalah lebih menarik berbanding kereta baru.

1. Kurang Susut Nilai

Semua pasti sedia maklum yang harga kereta anda akan susut sebaik sahaja anda mula memandu kereta baru anda itu di atas jalan raya. Susut nilainya juga bukan sedikit.

Harga untuk model yang sama juga akan menurun dengan mendadak selepas beberapa tahun. Jadi kalau rasa nak bergaya dengan model kereta yang anda minati, kereta terpakai mungkin lebih sesuai untuk memberi penjimatan terbaik.

2. Bayaran Balik Loan Yang Rendah

Satu lagi kelebihan membeli kereta secondhand ini adalah anda dapat menjimatkan lebih banyak duit. Siapa yang tak suka dapat beli barang dengan harga yang lebih murah?

Anda boleh menjimatkan duit dengan memendekkan tempoh bayaran balik pembiayaan bank.

Kalau anda beli kereta baru, tempoh bayaran balik pembiayaan mungkin 9 tahun, tetapi untuk kereta terpakai anda boleh memohon untuk membayar balik dalam tempoh 5 tahun.

Kalau anda rasa tak mampu untuk melangsaikan bayaran dalam tempoh tersebut, anda boleh memohon untuk membayar bayaran bulanan yang lebih rendah.

3. Penjimatan Masa dan Duit Untuk Penjagaan

Kebanyakan orang tak mahu membeli kereta terpakai kerana beranggapan kereta terpakai mempunyai banyak masalah dan pembeli terpaksa membelanjakan banyak duit untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Tetapi, tahukah anda?

Kereta baru juga ada yang menghadapi kecacatan pengilangan tertentu yang boleh membuatkan anda terpaksa berbelanja lebih. Masa anda juga mungkin akan banyak terbuang di pusat servis kereta.

Kalau anda beli kereta terpakai, anda boleh lihat kepada service history kereta tersebut untuk mendapatkan gambaran kereta tersebut. Adakah ia diselenggarakan dengan baik atau tidak, on-time atau tidak.

4. Kadar Takaful Yang Lebih Rendah

Photo by Pixabay from Pexels

Setahun sekali pasti ramai yang mengeluh untuk renew takaful kereta. Untuk pengetahuan anda premium untuk kereta terpakai adalah lebih murah berbanding kereta baru.

Ini kerana salah satu faktor yang menentukan premium bagi takaful kereta adalah harga pasaran untuk kereta tersebut.

5. Tak Terlalu Rugi Untuk Dijual

Nilai pasaran sesebuah kereta biasanya akan turun mendadak pada beberapa tahun pertama sahaja. Setelah itu jika berlaku penurunan pun, ia tak ketara sangat.

Jadi kalau anda pemilik kepada kenderaan terpakai, anda mungkin boleh menjual kembali kereta anda itu dengan harga yang hampir sama dengan harga sewaktu anda beli kenderaan tersebut.

Sebab itulah, kalau anda lihat tips-tips kewangan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Barat, anda digalakkan untuk membeli kereta terpakai berbanding dengan kereta baru.

Pedulikan apa orang nak kata, asalkan kenderaan itu mampu bergerak untuk sampai ke destinasi pun dah cukup.

Tapi ingat, perlu buat homework dulu sebelum membeli kereta tersebut.

Jangan nanti kononnnya nak jimat, akhirnya setiap bulan terpaksa ke bengkel untuk servis kereta.

Sumber Rujukan: Loan Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama