6 Tips Pengurusan Kewangan Bagi ‘Fresh Grad’

Pengurusan kewangan yang berhemah perlu dimulakan di peringkat awal iaitu ketika mulai melangkah ke alam pekerjaan. Pada waktu itu, kita tidak mempunyai komitmen kewangan yang tinggi dan mempunyai lebih banyak ruang untuk merancang dengan bijak.

Pada usia 20 ke 30 tahun adalah tempoh waktu yang paling penting bagi memastikan kita bijak menguruskan wang dan tidak terperangkap dengan bebanan hutang tambahan apabila usia dan komitmen meningkat.

Di bawah adalah 6 tips yang disyorkan bagi golongan yang baru menjejakkan kaki ke dalam alam pekerjaan:

1. Bajet

Bajet adalah perkara paling asas dalam merancang kewangan. Pastikan kita tahu ke mana duit kita dihabiskan supaya ianya lebih sistematik.

Sekarang ada bermacam-macam aplikasi bajet yang boleh dimuatturun secara percuma, tinggal usaha diri sendiri saja.

Baca: 7 Aplikasi Android dan iOS Percuma Untuk Bantu Anak Muda Mengurus Kewangan

2. Tabung Kecemasan

Pastikan ada tabung kecemasan iaitu 3 ke 6 bulan daripada perbelanjaan bulanan kita. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan, adalah paling baik kita mempunyai RM 6,000 dalam tabung kecemasan.

Malang tidak berbau, mana la tau tiba-tiba kita diberhentikan kerja, sekurang-kurangnya ada tabung kecemasan yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan sementara mencari pekerjaan baru.

Andaikan tiada tabung kecemasan, kemungkinan besar kita akan membuat pinjaman sekaligus menambah beban untuk membayar semula hutang tersebut.

3. Tangguhkan Pembelian Kereta

Jangan tidak tahu, kereta yang dibeli setahun lepas akan mengalami susut nilai. Sebagai contoh, sebuah kereta yang dibeli pada Januari 2020 pada harga RM40,000, mungkin bernilai RM30,000 pada Januari 2021.

Jika tiada keperluan untuk membeli kereta, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk menggunakan motosikal atau pengangkutan awam sebagai alternatif.

Bayaran bulanan kereta RM500 jika disimpan selama 12 bulan akan menjadi RM6,000. 3 tahun akan menjadi RM 18,000. Mungkin boleh digunakan sebagai modal pelaburan atau sebagai bajet perkahwinan.

Itu belum ditambah dengan kos-kos lain seperti penyelenggaraan kereta, cukai jalan, dan takaful. Banyak jugak tu boleh jimat.

4. Bayar Hutang Pembiayaan Pendidikan

Mengikut statistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pembiayaan mencecah RM6.3 bilion. Jangan lupa dengan generasi baru yang perlukan pembiayaan untuk menyambung pengajian.

Bayar hutang pendidikan secara konsisten seperti mana kita memberikan komitmen membayar pembiayaan bank. Jangan ambil mudah perkara ini.

5. Takaful

Image by leo2014 from Pixabay

Takaful adalah satu jenis perlindungan yang kebanyakan dari kita tidak nampak kepentingannya. Ia bukan seperti kereta yang mana kita boleh pandu dan pegang tetapi hanya satu polisi yang perlu saat ditimpa musibah.

Carumlah takaful apabila kita mula bekerja. Sesuaikan dengan bajet masing-masing kerana semakin lambat kita mencarum takaful, semakin tinggi caruman yang perlu dibayar bagi manfaat yang sama.

Pastikan diri kita dilindungi supaya tidak susah di kemudian hari.

6. Pelaburan

Pelaburan bukan setakat menyimpan tetapi dilaburkan supaya duit kita tidak dimakan inflasi. Nilai RM500 pada tahun 2001 adalah tidak sama dengan nilai RM500 pada tahun 2021. Jika ada duit lebihan dari gaji, bolehlah pertimbangkan untuk pelaburan.

Terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang ditawarkan dari yang berisiko rendah, sederhana, dan tinggi. Pergi ke seminar yang ditawarkan kerana sebelum melabur kita perlu mempunyai ilmu.

Yang paling penting pastikan pelaburan tersebut adalah sah dari segi undang-undang dan bukannya ‘scammer’. Semakan boleh dibuat melalui Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia.

Mengikut rekod Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun paling ramai merujuk kepada agensi berkenaan berkaitan pengurusan kredit.

Ini menunjukkan pengurusan kewangan perlu dipupuk seawal mungkin iaitu semasa zaman universiti supaya golongan ini tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Perunding Hartanah, Takaful, dan Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia
Boleh dihubungi Melalui Emel [email protected]

Sumber Rujukan:

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.