Kenapa Ramai CEO Syarikat Teknologi Terkenal Di Dunia Ada Ijazah Kejuruteraan?

Tidak dinafikan mempunyai ijazah di dalam bidang kejuruteraan merupakan salah satu kelebihan kepada pemiliknya. Hari ini, dunia teknologi yang bergerak  pantas memerlukan seorang CEO yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kejuruteraan bagi memastikan syarikat dapat berinovasi seiring dengan peredaran zaman.

Jika 50 tahun dulu, kebanyakan CEO syarikat besar memerlukan MBA (Master of Business Administration) untuk menjawat jawatan tersebut dan kini 500 syarikat terbesar di dunia terutamanya dalam bidang teknologi mempunyai kebanyakan CEO yang mempunyai latar belakang kejuruteraan.

CEO Terkenal Yang Mempunyai Latar Belakang Kejuruteraan

This image has an empty alt attribute; its file name is Kenapa-CEO-Syarikat-Teknologi-Terkenal-Di-Dunia-Ada-Ijazah-Dalam-Kejuruteraan3-700x389.jpg
Kredit Gambar: Blog Billey

Antara CEO yang terkenal dalam dunia yang mempunyai latar belakng kejuruteraan adalah Elon Musk. Beliau mempunyai ijazah dalam sains fizik dan kini Tesla yang dipimpinnya telah menjadi syarikat terbesar di dunia dalam industri automotif.

Selain Tesla, Space X merupakan syarikat teknologi penerokaan angkasa lepas yang paling berjaya pada ketika yang juga berada di bawah pengurusanya.

Elon Musk yang turut mengkritik syarikat teknologi yang kebanyakan CEO mempunyai MBA untuk menguruskan syarikat tersebut yang mana kebanyakan mereka menghabiskan masa di dalam bilik musyuarat bersama Power Point tanpa melakukan inovasi terhadap produk.

Selain Elon Musk, Satya Nadella juga merupakan seorang jurutera sebelum menjadi CEO Microsoft. Dia yang berjaya membawa inovasi kepada syarikat tersebut sehingga berjaya membawa perubahan kepada hala tuju syarikat tersebut dan berjaya bersaing dengan musuh tradisi mereka iaitu Apple.

Tim Cook yang membawa Apple pada tahap kedudukan sekarang juga turut mempunyai ijazah dalam kejuruteraan.

Jeff Bezos yang mempunyai latar belakang di dalam bidang kejuruteraan elektrik telah berjaya merevolusikan perniagaan e-commerce di Amerika Syarikat.

Lisa Su yang merupakan CEO untuk syarikat AMD mempunyai ijazah di dalam kejuruteraan eletrik dan elektronik. Beliau yang membawa syarikat AMD pada kedudukan yang terbaik sehingga dapat bersaing dengan Intel dalam teknologi pembuatan mikro cip.

CEO yang paling kontroversi sekarang yang mana merupakan seorang pelarian, Carlos Ghosn merupakan pemegang ijazah kejuteraan. Beliau berjaya membawa Nissan dan Renault berada di tahap hari ini kerana kreativitinya sebelum kontroversi melanda dirinya.

Kenapa CEO Yang Berlatar Belakang Kejuruteraan Sangat Berjaya?

This image has an empty alt attribute; its file name is Kenapa-CEO-Syarikat-Teknologi-Terkenal-Di-Dunia-Ada-Ijazah-Dalam-Kejuruteraan2-700x406.jpg
Kredit Gambar: Engineers Network

Kita mesti tertanya-tanya kenapa syarikat gergasi didunia pada masa kini mempunyai ramai CEO di dalam bidang kejuruteraan?

Faktor pertama adalah kebanyakan CEO yang mempunyai latar belakang kejuruteraan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan mereka faham dengan teknologi tersebut.

Tugas utama seorang jurutera adalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan produk.

Mereka juga tahu sepenuhnya berkenaan setiap masalah kecil yang ada pada produk mereka. Masalah kecil bakal memberi impak yang besar kepada imej syarikat jika tidak ditangani dengan segera.

Dengan ketelitian yang ada pada diri mereka, produk yang dihasilkan akan bertepatan dengan kehendak pelanggan mereka.

Elon Musk sangat terkenal dengan sifat ini. Beliau merupakan seorang CEO yang tahu hampir kesemua produknya secara teknikal. Beliau berupaya untuk menerangkan dengan lebih tepat jika ditanya oleh pihak media.

Selain daripada itu, komunikasi di antara CEO dan para jurutera syarikat akan menjadi lebih mudah kerana berada dalam dunia yang sama. Perkembangan inovasi syarikat akan menjadi lebih baik dengan komunikasi yang berkesan di antara kedua-dua belah pihak.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.