24 Idea Bisnes Yang Berpotensi Tinggi dan Lumayan!

Dengan kemajuan internet, semakin ramai orang pilih untuk berniaga. Kita sekarang boleh berniaga di mana saja (dengan syarat kena ada internet), yang mampu untuk menjana jutaan ringgit setiap tahun.

Memang benar teknologi telah membolehkan ramai untuk memulakan perniagaan, namun masih banyak masalah yang tunggu untuk diselesaikan. Tak tahu nak mula dekat mana, jom kita tengok 24 idea perniagaan berikut

1. Cipta Extension Gmail

Photo by Krsto Jevtic on Unsplash

Kebanyakan orang zaman moden ni wajib menggunakan emel. Banyak peluang untuk bangunkan macam-macam extension Gmail untuk mengautomasikan kerja bagi menjimatkan masa dan duit. Mula-mula boleh buat versi percuma, lepas tu kenakanlah bayaran.

2. Juru Gambar/Video Dron

Photo by Dose Media on Unsplash

Kemajuan dalam teknologi penerbangan telah menjadikan penerbangan dron di atas bangunan dan landskap yang cantik. Industri hartanah komersial dan kediaman sangat memerlukan juru gambar atau video yang mahir menggunakan dron. Ejen dan pemaju hartanah mesti suka!

3. Pembangun Chatbot FAQ

Syarikat biasanya menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari untuk menjawab soalan daripada orang ramai. Bantu mereka dengan automasikan proses ini dengan bangunkan chatbot yang boleh menjawab soalan yang sering ditanya pelanggan.

4. Pemilik Perniagaan Dropship

Zaman sekarang kita boleh mula berniaga tanpa modal dan tanpa memegang stok. Amalan ini yang juga dikenali sebagai dropship, menawarkan peluang yang besar jika kita berjaya mendominasi niche yang betul.

5. Pembangunan Kursus Online

Photo by Victor Freitas on Unsplash

Jika kita pakar dalam sesebuah industri, kita boleh hasilkan kandungan kursus dan jual kursus tersebut secara online. Lagi rare lagi bagus. Sebagai contoh kita pandai buat app, sekarang kita boleh jual kursus membuat app dalam bentuk video.

6. Pengurus Media Sosial

Kita boleh mengurus akaun media sosial bagi beberapa buah syarikat, jika kita pandai untuk memasarkan diri dan kebolehan kita. Iklankan kemampuan kita untuk meningkatkan jualan dengan kepakaran kita untuk mengurus pelbagai medium media sosial yang ada.

7. Social Influencer

Di zaman internet ini, sesiapa saja boleh jadi terkenal atau seorang selebriti internet. Dengan adanya pengaruh dan pengikut yang ramai, kita boleh jana pendapatan dengan mengiklankan produk atau perkhidmatan diri sendiri atau orang lain.

8. Rakan Pemasaran Affiliate

Pemasaran affiliate adalah sejenis perkongsian yang membolehkan seorang blogger atau pemasar digital dengan sesebuah organisasi atau peruncit. Biasanya organisasi atau peruncit atau tersebut akan membayar komisyen bagi setiap jualan yang direkemen oleh blogger atau pemasar digital tersebut.

9. Perancang Dan Promoter Acara

Restoran, kelab atau acara yang diadakan secara fizikal berdepan dengan masalah untuk menarik pelanggan datang ke tempat mereka. Gunakan kepakaran kita sebagai orang pemasar digital untuk tarik minat pelanggan untuk pergi ke lokasi, dan kita akan dibayar untuk perkhidmatan tersebut.

10. Pelabur Hartanah

Dalam apa jua pasaran, akan ada peluang untuk membeli dan menjual hartanah bagi menghasilkan keuntungan. Dengan sedikit modal, kita boleh mengambil risiko dan menjadikan hartanah komersial dan kediaman sebagai pelaburan jangka masa panjang. Pastikan kita membuat kajian sebelum bermula.

11. Ghostwriter

Photo by Bram Naus on Unsplash

Juga dikenali sebagai penulis hantu, kita boleh gunakan kelebihan kita untuk menulis dengan baik dan cepat. Boleh guna platform seperti Upwork dan Freelancer.com untuk mencari pelanggan. Selagi kita menghasilkan kerja yang konsisten dan berkualiti, pastinya perniagaan kita akan berkembang maju.

12. Perterjemah Kandungan

Mereka yang mahir dalam pelbagai bahasa memang dicari-cari. Boleh kenakan bayaran untuk perkhidmatan menterjemah content laman web, dokumen dan sebagainya.

13. Flipper Laman Web

Mesti kita ingan istilah flipping cuma terkenal dalam industri hartanah, laman web pun ada ramai flipper juga. Dengan menggunakan platform Flippa atau mana-mana pasaran perniagaan atas talian, kita boleh jual beli projek, domain dan juga laman web. Jika kita mahir, kita boleh jana keuntungan hanya dengan pelaburan yang kecil.

14. Penulis Surat Berita (Newsletter)

Dengan membangunkan surat berita dengan ramai pengikut yang aktif, pihak pengiklan sanggup bayar mahal untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di khalayak ramai yang betul. Mula dengan niche yang kecil yang kita boleh menambah nilai pelanggan, ianya pasti akan berkembang dalam jangka masa panjang.

15. Pereka Bentuk Freelance

Belajar untuk menggunakan Photoshop atau lain-lain perisian untuk membuat reka bentuk yang menarik, dan kita boleh mengenakan bayaran kepada pelanggan. Sebagai seorang freelancer, kita boleh kerja ikut masa sendiri dan tentukan perkembangan perniagaan sendiri. Nak lagi banyak duit, ambil lagi ramai pelanggan selagi kita termampu.

16. Jurulatih Peribadi

Photo by Victor Freitas on Unsplash

Mereka yang mempunyai badan sado dan gemar menjalani kehidupan yang sihat, maka boleh pertimbangkan untuk menjadi seorang jurulatih peribadi. Akan sentiasa ada orang yang ingin mendapatkan badan yang diidamkan, dan seseorang yang boleh membimbing mereka ke jalan yang betul.

17. Craigslist Flipper

Kalau di Malaysia mungkin Craigslist tak berapa popular, namun kita boleh gunakan platform seperti Mudah atau Carousell untuk membeli sesuatu yang mungkin dianggap barang lusuh atau tidak bernilai oleh sesetengah pihak, namun boleh dijadikan barangan vintage dan boleh dijual pada harga yang tinggi kepada pihak yang lain pula.

18. Penjual Produk Pertanian

Niche ni rasanya masih belum wujud di Malaysia. Kalau kita kenal sesiapa petani di kawasan kita, boleh hubungi mereka untuk bantu jual produk segar mereka secara online/apps dan terus kepada pengguna. Daripada keluar modal, boleh juga bekerjasama dengan mereka tanpa modal dan memperolehi komisyen bagi setiap jualan.

19. Perunding Iklan Yang Berbayar

Kebanyakan perniagaan sekarang bergantung kepada iklan yang berbayar untuk mendapatkan pelanggan. Rebut peluang untuk menjadi pakar dalam Google AdWords atau Facebook Ads, dan beri mereka nasihat bagi mengurus perbelanjaan iklan mereka dengan efektif.

20. Pengajar / Tutor Peribadi

Photo by Annie Spratt on Unsplash

Samada untuk peperiksaan penting di peringkat sekolah atau universiti, ramai pelajar yang perlukan bantuan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam pelbagai subjek yang berbeza. Sangat sesuai bagi mereka yang memang pandai dalam bidang yang diceburi, dan pasti ramai ibubapa dekat Malaysia yang sanggup bayar mahal untuk bantu anak mereka berjaya.

21. Pembantu Peribadi

Ramai pemilik syarikat yang tidak mempunyai masa atau tenaga untuk membuat benda-benda berkaitan admin. Dengan ‘membebaskan’ masa mereka dengan menjadi seorang pembantu peribadi, ramai yang mampu beri bayaran yang tinggi untuk tugas ini.

22. Pengulas / Reviewer

Photo by Eaters Collective on Unsplash

Percaya atau tidak, kita boleh menjana pendapatan dengan menjadi seorang pengulas profesional. Seseorang yang menilai berkenaan sesuatu produk dan memberikan penilaian yang jujur dan tidak bias. Mungkin mengambil masa sedikit untuk dipercayai ramai, tapi lama-kelamaan orang akan percaya kepada kita dan tertunggu-tunggu komen kita tentang sesuatu produk.

23. Jurulatih Kehidupan

Fuh, dahsyat nama bisnes ni. Untuk menjadi seorang jurulatih kehidupan, adalah semudah kita gunakan pengalaman lalu dan menambah nilai kepada seseorang. Samada kita bekalkan mereka dengan strategi atau sekadar khidmat nasihat, kita boleh cari niche yang betul dan jadi seorang jurulatih atau mentor kepada ramai orang.

24. Pereka Laman Web

Banyak syarikat dan golongan profesional di luar sana yang memerlukan sebuah laman web untuk mewakili mereka, namun mereka tidak mampu untuk membuatnya sendiri. Dan ramai yang mampu untuk bayar untuk sebuah laman web yang berkualiti, yang boleh menonjolkan imej mereka.

Sumber Rujukan: Entrepreneur.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.