Ciri-Ciri Saham Yang Sesuai Untuk Orang Bekerja Makan Gaji (Strategi Swing)

Teknik swing sesuai bagi pelabur yang tiada masa untuk hadap platform hari-hari. Pelabur yang biasanya menggunakan teknik swing adalah golongan yang mempunyai kerja tetap dan perlu pergi ke pejabat setiap hari.

Jika dah ke pejabat maka tiada masa untuk fokus terhadap saham pada setiap masa. Pelabur jenis ini biasanya akan berdagang secara santai.

Baca : Tips Untuk Trader Saham Yang Bekerja Dari Pagi Sampai Petang

Sekarang ini timbul persoalan bagaimana hendak berdagang saham secara santai. Dapat untung seminggu sekali atau sebulan sekali pun jadilah.

1. Saham Yang Selamat

Swing trader akan mencari saham yang membuat kenaikan yang selamat. Saham-saham yang selamat adalah bukan dari saham spekulasi dan saham syarikat yang rugi.

Cara mencari saham yang selamat adalah anda boleh perhatikan indeks terlebih dahulu.

Hal ini kerana indeks merupakan penunjuk arah prestasi keseluruhan saham dalam indeks tersebut. Maka, anda boleh perhatikan ke manakah arah tuju indeks.

Sekiranya indeks sudah mula membuat pergerakan uptrend maka anda boleh perhatikan saham dalam sektor itu.

Jika indeks belum menunjukkan sebarang tanda, maka kenaikan saham tadi mungkin hanya bersifat sementara.

Ia tidak bermakna sektor dalam fasa downtrend tidak boleh dibeli, tetapi sebagai seorang swing trader saham ini tidak sesuai untuk anda. 

Baca : Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya

2. Saham Yang Baru Membuat Permulaan Mark Up

Dalam saham terdapat 4 fasa. Fasa yang pertama adalah accumulation. Fasa yang kedua adalah fasa mark up. Fasa yang ketiga adalah distribution dan fasa yang terakhir adalah mark down.

Apa itu fasa mark up? Mark up merupakan fasa di mana sesebuah saham sedang membuat uptrend dan saham dalam fasa mark up akan sentiasa di atas garisan uptrend.

Ramai pelabur dan pedagang yang akan membuat entry mereka ketika fasa ini kerana potensi membuat keuntungan yang lebih tinggi.

Kenapa saham yang baru membuat permulaan mark up sesuai untuk kita swing? Apabila satu-satu saham telah lama tidur atau membuat accumulation, saham ini berpotensi untuk naik dengan lebih jauh setelah ia breakout.

Oleh itu, satu tindakan bijak sekiranya anda memilih saham yang baru membuat permulaan mark up. Jangan pula anda cari saham yang dah lama membuat fasa mark up. Risikonya sudah menjadi tinggi.

Saham yang membuat breakout pada garisan resistance fasa accumulation, maka itu adalah permulaan fasa mark up. Semoga anda dapat mengkaji dan mencari saham-saham yang baru membuat permulaan mark up.

Amacam, faham tak tu?

Baca juga Teknik Swing Trading Yang Popular, ‘Stuck In A Box’

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.