Ini 4 Jenis Pelanggan Yang Wujud di Malaysia

Biasa kita dengar pepatah yang berbunyi, “Customer is King”. Maknanya, bila kita membeli sesuatu barang atau melanggan sesuatu perkhidmatan, kita sebagai pelanggan pastinya nakkan yang terbaik.

Samada kita di pihak penjual, mahu pun kita sebagai pembeli – mesti nak tahu kan jenis-jenis pelanggan yang ada?

1. Beli Harga Paling Murah

Biasanya pelanggan jenis pertama ini hanya mementingkan harga sahaja. Survey punya survey, cuba cari harga yang termurah di pasaran. Tapi biasanya barang yang murah ni, kualitinya so-so je. Tak boleh nak expect produk yang hebat dengan servis yang terbaik dengan harga yang termurah. Betul tak?

Sekarang dengan adanya platform online, memang mudah pun nak buat perbandingan. Dah habis survey, dah jumpa yang paling murah, dah dapat diskaun yang paling terbaik, barulah mereka akan beli.

2. Banyak Bertanya

Golongan pelanggan kedua ini pula, suka bertanya.

Suka dimaklumkan bahawa mereka ini suka tanya perkara yang dah dinyatakan dalam keterangan produk, mahu pun di luar skop produk.

Dah sebut berapa harga produk tersebut, tanya lagi berapa harga. Dah sebut apa manfaat produk, tanya lagi apa kesan produk. Itu OK lagi, ini tanya pula asal daripada mana produk tersebut, siapa pembuatnya, siapa yang dah guna dan lain-lain.

Tapi biasanya golongan ini memang akan beli, apabila semua pertanyaan mereka telah dijawab dengan jelas dan setelah mereka berpuas hati.

Bawa bersabar ya peniaga–peniaga sekalian…

3. Dah Tahu Dan Memang Nak Beli, Tapi Saja Nak ‘Test’

Seterusnya, golongan ini boleh juga digelar sebagai golongan yang dah buat ‘homework’.

Mereka dah tahu dengan jelas apa yang mereka mahukan. Dah tahu dah pasal produk, kalau tanya pun tanya soalan yang relevan. Juga dah tahu dah pasal harga pasaran, takkan minta diskaun sebab dah memang tu pun harga dia.

Yang ni memang dah nak beli, jadi kena layan mesra sikit, mesti jadi pelanggan kita punyalah.

4. Tertarik Dengan Promosi Atau Tawaran Hebat

Dalam erti kata lain, pelanggan ini membeli kerana emosi. Tengok harga murah daripada harga pasaran, terus beli. Tengok ada offer menarik, takde offer lain semenariknya, terus beli. Orang lain beli, mereka pun nak beli. Padahal takde keperluan pun.

Biasanya berlaku bila baru masuk gaji atau baru dapat bonus. Rambang mata tak tahu nak beli apa, yang tahu kena beli sesuatu.


Pernah Dengar KARA Kebaya Batik?

Tak kisahlah anda kategori pelanggan yang mana, KARA Kebaya Batik merupakan baju yang anda tunggu-tunggu.

Di antara kelebihannya:

1. Kapas Boleh Bernafas (Breathable Cotton)

Sangat selesa bagi mereka yang aktif dan boleh digunakan untuk semua tujuan. Boleh dipakai ke pejabat, untuk majlis makan malam dan juga untuk berjalan-jalan. Boleh dipakai sebagai kebaya penuh, atau digayakan dengan seluar jeans untuk pakaian santai.

2. Anti-Kecut (Anti-Shrink)

Diperbuat daripada material yang terbaik, KARA Kebaya Batik dijamin tidak akan kecut. Takde lah buang duit untuk beli baru, terutamanya baju yang berkualiti rendah. Sekali beli, boleh tahan bertahun-tahun lamanya.

3. Warna Tak Pudar

Batik yang berkualiti rendah akan pudar, sebaik cucian pertama dibuat. Dengan KARA Kebaya Batik ni, ianya akan sentiasa kelihatan baru, mesti orang tertanya-tanya beli dekat mana.

4. Jahitan Premium

Tukang jahit dan jahitan yang terbaik, menyumbang kepada ketahanan KARA Kebaya Batik ni. Biasanya kalau jahitan tak berapa elok, benang dah mula terkeluar selepas dibasuh beberapa kali.

5. Mesra Wudhu Dan Menyusu Badan

Yang terakhir sekali, ianya mesra wudhu dan juga bagi mereka yang ingin menyusu baby. Ini bermakna daripada anda single, sampai dah berkahwin, sampai dah beranak pun masih boleh digayakan.

Tak ke berjimat dan bijak Namanya?

Dapatkan Diskaun 5%

Dan khas untuk pembaca Majalah Labur, dapatkan diskaun 5% untuk pembelian anda sepanjang bulan Oktober dan November 2018 ini. Boleh tengok katalog KARA Kebaya Batik, buat pilihan, dan masukkan kod Labur5.

Dahlah baju tahan lama, sesuai digunakan untuk semua keadaan, muda dan tua pun nampak bergaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.