KDNK Per Kapita Tinggi dan Infrastruktur Bertaraf Dunia Pacu Nilai Tambah untuk Pelaburan Hartanah di Dubai Menurut Emaar

DUBAI, UAE, 26 Oktober 2018/PRNewswire –

Menerusi keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang tinggi dan pelaburan dalam membangunkan infrastruktur bertaraf dunia, melabur dalam hartanah kediaman premium di Dubai menjamin pulangan kukuh untuk pelabur-pelabur antarabangsa, menurut pakar-pakar pasaran.

Satu kajian terhadap kos hartanah kediaman berbanding KDNK per kapita di hab-hab bandar utama mendedahkan bahawa Dubai menawarkan salah satu proposisi nilai paling menarik untuk pihak pelabur. Hal ini disokong oleh status Dubai sebagai salah satu daripada hanya 20 kawasan metropolitan* di Timur Tengah dan Afrika berbanding 51 kawasan metro di AS, 43 di Eropah Barat, 25 di Asia Pasifik Termaju, 20 di Asia Pasifik Baru Muncul dan lebih 103 di China.

Dengan kos hartanah kediaman di lokasi-lokasi utama seperti Dubai Creek Harbour dan Downtown Dubai kira-kira bernilai US$550 (AED 2,020) bagi setiap kaki persegi dan KDNK per kapita di UAE pada nilai US$40,698**, para penganalisis menyebutkan bahawa potensi pertumbuhan untuk Dubai adalah lebih tinggi berbanding mana-mana hab bandar utama yang lain.

Satu pandangan komparatif  
Purata harga bagi setiap kaki persegi untuk hartanah*** dan KDNK per kapita di bandar-bandar global

Bandar

Harga purata hartanah premium (USD)

KDNK per kapita (USD)**

Dubai/UAE

550

40,698

Shanghai 

2,125

32,684

Bandar Raya New York

4,100

73,938

Paris 

4,400

65,354

London 

5,300

55,947

Tokyo

7,600

43,884

Hong Kong

11,000

56,571

Di manakah kebanyakan pertumbuhan akan berlaku?

Dubai Creek Harbour by Emaar

Dubai, meskipun dengan KDNK per kapitanya yang tinggi, menawarkan hartanah kediaman paling kompetitif di destinasi-destinasi premiumnya. Ini telah mendorong minat individu-individu dengan nilai bersih tinggi untuk melabur dalam pembangunan berprestij seperti Dubai Creek Harbour, Downtown Dubai, Dubai Hills Estate, Dubai Marina dan Emaar Beachfront.

Tarikan Dubai turut didorong oleh peningkatannya dalam kedudukan kos sara hidup. Menurut Mercer, Dubai tidak lagi berada dalam senarai 25 bandar paling mahal di dunia, setelah menurun kedudukannya daripada tempat ke-19 kepada ke-26. Sementara itu, Hong Kong, Tokyo, Zurich, Singapura, Seoul, Shanghai dan Beijing, yang mempunyai kadar hartanah kediaman yang tinggi, adalah antara 10 bandar paling mahal di dunia.

Pelabur-pelabur mempunyai proposisi yang menarik di Dubai Creek Harbour, iaitu destinasi rancangan induk yang terletak di sepanjang Dubai Creek, dan dikukuhkan oleh ikon global baharu, Dubai Creek Tower. Ia akan turut membawakan Dubai Square, metropolis runcit masa depan yang mempunyai Chinatown terbesar di rantau ini.

Sumber: Emaar.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.