Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Dengan Modal Yang Kecil?

Saya yakin, ramai suri rumah di luar sana yang ingin memulakan bisnes kecil-kecilan namun mereka takut untuk mengeluarkan modal awal dalam bisnes mereka itu.

Mereka bimbang jika modal yang telah dikeluarkan, tidak mampu memberikan pulangan semula. Untuk memulakan sebuah bisnes tidak kira kecil ataupun besar, cara terbaik adalah elakkan daripada mengambil sebarang bentuk pinjaman.

Agak mustahil untuk memulakan sebuah perniagaan tanpa mengeluarakan sebarang modal. Terdapat beberapa kos yang perlu diselesaikan untuk membina sebuah perniagaan. Antaranya termasuklah kos pendaftaran syarikat di SSM dan sebagainya.

Namun, ianya bergantung kepada anda untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan modal anda sendiri. Apakah perkara yang boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai modal yang rendah?

Ini merupakan antara perkara yang boleh anda lakukan.

1. Perkhidmatan & Servis

Kebiasaannya, perniagaan yang berbentuk perkhidmatan ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Ini disebabkan anda tidak lagi perlu untuk menyediakan produk malah anda yang menyediakan perkhidmatan anda kepada pelanggan.

Kini, terdapat platform perniagaan secara online yang membantu suri rumah ataupun anda yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan. Adanya platform ini, anda dapat membuat pengiklanan perkhidmatan anda secara percuma.

Contohnya seperti perkhidmatan spa dan berurut. Anda boleh mulakan dengan cara datang ke rumah-rumah pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda.

Tanpa pening kepala, anda tidak perlu menyediakan pejabat, tidak perlu menyediakan produk dan masa anda juga lebih fleksibel.

2. Networking

Apabila perkhidmatan anda telah mula dikenali, secara tidak langsung anda boleh mengembangkan lagi sayap perkhidmatan anda dengan lebih jauh.

Cara ini secara tidak langsung membantu anda untuk tidak bersusah payah mengeluarkan kos yang tinggi untuk mempromosikan perniagaan.

Apa yang penting adalah usaha untuk menjadikan perkhidmatan anda semakin dikenali ramai dengan cara memberikan perkhidmatan yang terbaik hingga mengikat pelanggan untuk sentiasa mendapatkan khidmat anda sahaja.

Seterusnya, anda perlu fokus terhadap satu-satu perniagaan anda dalam mengembangkan lagi ruang lingkup perniagaan. Jangan terburu-buru untuk terus membuka perniagaan lain.

Jadikan perniagaan anda pada ketika itu berada pada tahap yang betul-betuk stabil. Pada masa yang sama, mantapkan lagi sistem perkhidmatan anda kepada para pelanggan.

Masih berfikir-fikir lagi? Mulakan sekarang!

Buat Bisnes & Payment Hanya Melalui Whatsapp!

Pasti ramai yang buat bisnes di luar sana yang menggunakan Whatsapp. Ramai juga yang buat bisnes tapi…

  • Tak ada sistem untuk urus order.
  • Perlu COD dan beratur panjang di kaunter Poslaju.
  • Data jualan bersepah
  • Kena forward secara manual maklumat produk & akaun bank pada pelanggan
  • Perlu semak akaun bank setiap kali ada payment masuk

Mujurlah ada Yezza.
Web e-commerce dalam WhatsApp Business anda.

Dengan Yezza, anda boleh :-

  • Urus stok secara online. (Inventory Management)
  • Terima pembayaran online dari customer (Yezza Pay)
  • Semak prestasi jualan, ejen & produk. (Report & Analytics)
  • Leads diagihkan sama rata ke semua staf jualan (Smart Link)
  • Urus data pelanggan untuk follow up. (Customer Management)
  • Integrasi dengan rider & kurier (Easyparcel, Lalamove & Zepto)
  • Web e-commerce ringkas & mudah dalam WhatsApp (Yezza Store)

BONUS : Integrasi FB Pixel & Google Analytics untuk marketing.

Anda hanya perlu 9 minit untuk dapat sebuah web e-commerce. Ringkas & mudah guna smartphone sahaja.

Tak perlu bayar web developer dan kosnya yang murah.

Sudah lah murah, dapat banyak kelebihan Yezza seperti:-

  • Tiada had untuk upload produk.
  • Hanya perlu guna smartphone sahaja.
  • Boleh semak prestasi jualan & ejen.
  • Fungsi payment gateway menerusi Yezza Pay.
  • Mudah digunakan pelanggan baru bisnes anda.
  • Sesuai untuk penjual yang ada banyak produk kategori.

Cubalah Yezza SEKARANG! Confirm manthop!

Previous ArticleNext Article

Platform MoreRewardz Bantu Perkasakan PKS Untuk Capai Matlamat Jualan

Kuala Lumpur, 16 Februari 2023 – Aplikasi MoreRewardz menawarkan penyelesaian baharunya untuk mencapai matlamat jualan, yang mana boleh dilakukan dalam kurang  daripada 7 minit secara percuma.  

Melalui platform tersebut, pemilik perniagaan boleh menyemak, menganalisis dan membuat pelarasan dengan segera untuk menyelesaikan masalah dalam kempen mereka.  

Pengasas Platform Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Program Kesetiaan  MoreRewardz, Welson Ang berkata, berbanding dengan kempen jualan tradisional, ia menawarkan pengalaman yang memperkasakan pemilik perniagaan dan proses persediaan yang mudah diikuti dalam bentuk soal jawab.  

Katanya, selain daripada penjimatan kos dan masa yang jelas, pemilik perniagaan juga  dapat mengakses maklumat masa nyata mengenai kempen mereka terus dari telefon  mudah alih mereka.  

“Sebagai usahawan, saya tidak asing dengan titik perit menjalankan kempen jualan, justeru, saya menubuhkan MoreRewardz untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan membolehkan mereka berhubung dengan pangkalan pelanggan dengan mudah. 

“Platform ini boleh digunakan hampir semua sektor, daripada premis cuci kereta ke restoran, daripada kelas tuisyen ke salon dan juga perkhidmatan pembersihan.  

“Kami berharap ini akan memberikan penyedia perkhidmatan dorongan tambahan untuk  berinteraksi lebih banyak dengan pangkalan pelanggan mereka tanpa sebarang kos tersembunyi atau tambahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menurut Welson, peniaga boleh mula mengumpul urus niaga daripada pelanggan sebelum kempen jualan dimulakan, sekali gus meningkatkan aliran tunai serta-merta dan memberikan jaminan dan keselamatan yang amat diperlukan.  

MoreRewardz menawarkan 4 peringkat dalam struktur harga mereka, semuanya  memberikan pelbagai ciri dan faedah bergantung pada saiz syarikat dan kes penggunaan, dengan peningkatan tertakluk kepada keperluan.  

Peringkat pertama, dibuat percuma untuk semua orang dan akan memberi perkhidmatan  terbaik kepada usahawan dan perniagaan yang baru berkembang, manakala peringkat  tertinggi membenarkan sehingga 5,000 pangkalan data pelanggan dan 15,000 transaksi  sebulan.  

Tanpa sebarang kos, MoreRewardz ialah salah satu pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan pengembangan perniagaan dengan sedikit atau tanpa kos.