Baru- baru ini hangat diperkatakan di media sosial dan akhbar berkenaan dengan masih banyak rumah yang tidak terjual.
Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah ekoran daripada harga rumah yang semakin meningkat naik hingga menyebabkan masih ramai yang tidak mampu membeli. Jumlah gaji yang diterima oleh rakyat masih belum mampu untuk bersaing dengan kenaikan harga rumah.
Berikut adalah 3 faktor yang menjadi penyumbang ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk membeli sebuah rumah.
1. Harga Rumah Yang Terlampau Tinggi
Memang tidak dinafikan, harga hartanah kini semakin pesat dan laju kenaikannya. Jika lambat untuk membeli, maka memang akan ketinggalan jauh di belakang. Namun, kenaikan gaji sedia ada dengan kenaikan pantas harga rumah mengakibatkan masih ramai yang berfikir dua tiga kali hanya untuk membeli sebuah rumah.
Walaupun, pada ketika ini hartanah kediaman memilki banyak jenis, namun ianya masih di bawah kemampuan pengguna.
Rumah baru biasanya mencecah harga melebihi setengah juta di kawasan-kawasan bandar. Hal ini memang tidak dapat dinafikan.
Namun, pembeli masih lagi diberikan pilihan untuk membeli jenis kediaman apartment atau rumah, baru ataupun subsale.
2. Terdapat Banyak Pembekal
Jika anda lihat, terdapat banyak pemaju yang sedang giat membangunkan kawasan-kawasan baru dengan pembinaan pelbagai jenis kediaman.
Akibat daripada persaingan hebat di kalangan pemaju-pemaju ini, harga rumah meningkat naik dengan hebatnya.
Pembekal ramai, sedangkan pembeli kurang. Masalah ini juga dipandang berat oleh pihak pemaju bagi mengelakkan mereka menghadapi kerugian yang sangat besar.
3. Syarat Kelulusan Pinjaman Ketat
Ya, masih ramai yang gagal dalam membuat pinjaman rumah daripada pihak bank. Pihak bank kini, lebih berhati-hati dalam meluluskan sesebuah pinjaman rumah. Ini adalah disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak begitu stabil.
Banyak perkara yang diambil kira oleh pihak bank sebelum meluluskan pinjaman kepada peminjam bagi mengelakkan masalah ketidakmampuan pembayaran semula jumlah pinjaman.
Oleh yang demikian, rungutan demi rungutan diterima oleh pembeli akibat daripada penolakan pinjaman daripada pihak bank.
Pembeli perlu mengambil inisiatif lain bagi melayakkan mereka mendapat kelulusan pinjaman perumahan daripada pihak bank.
Itulah antara faktor yang menyumbang kepada banyak unit rumah yang belum terjual. Harga rumah yang semakin meningkat, rakyat semakin tertekan, pihak kerajaan perlu hadir dengan solusi dasar yang lebih inklusif dan memberikan keuntungan dan keutamaan kepada rakyat.
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.
Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan ✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan ✅ Kes undang-undang, muflis
IOI Properties Group Bhd (IOIPG) secara rasmi memulakan langkah besar dalam pasaran modal dengan mencadangkan penyenaraian IOI REIT di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dengan penilaian aset mencecah RM7.58 bilion, entiti ini bakal menjadi salah satu REIT terbesar di Malaysia, sekali gus mengubah landskap pelaburan hartanah tempatan.
Senang cakap, IOI Properties nak kumpulkan aset-aset “lubuk duit” mereka (seperti mall, hotel dan pejabat) ke dalam satu bakul besar yang dipanggil REIT.
Nilai Aset: RM7.58 bilion
Status: Bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Peluang: Bila disenaraikan nanti, pelabur (termasuk kita) boleh beli unit dalam REIT ini untuk dapatkan dividen hasil daripada kutipan sewa mall dan pejabat mereka
1. Pecahan Portfolio Aset (Retail, Hotel dan Pejabat)
Kekuatan IOI REIT terletak pada kualiti asetnya yang mempunyai kadar penghunian (occupancy rate) yang tinggi dan lokasi strategik. Contohnya bila pergi IOI City Mall Putrajaya pada hujung minggu, nak cari parking pun boleh pening kepala. Itu sebenarnya petanda yang sangat bagus untuk pelabur.
Segmen Retail (Pusat Beli-Belah)
Ini adalah pemacu utama pendapatan bagi IOI REIT:
Nama Aset
Lokasi
Bilangan Kedai (Anggaran)
IOI City Mall
Putrajaya
700+ Unit
IOI Mall Puchong
Puchong
450+ Unit
IOI Mall Kulai
Johor
140+ Unit
Segmen Hospitaliti & Pejabat
Hotel: Termasuk aset berprestasi tinggi seperti Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya dan Palm Garden Hotel.
Pejabat: Menara IOI City (Fasa 1 & 2) yang menempatkan pelbagai penyewa korporat gergasi dan agensi kerajaan.
2. Rasional Strategik: Mengapa IOI REIT Penting?
Langkah IOIPG memisahkan aset-aset ini ke dalam REIT mempunyai objektif kewangan yang jelas:
Pencairan nilai: Memberi nilai pasaran yang jelas kepada aset hartanah pelaburan IOIPG yang selama ini “tersembunyi” dalam kunci kira-kira syarikat induk.
Struktur modal yang lebih ‘ringan’: Hasil daripada penyenaraian ini boleh digunakan untuk mengurangkan hutang korporat atau membiayai projek pembangunan baharu (seperti IOI Central Boulevard di Singapura).
Dividen konsisten: Sebagai REIT, entiti ini diwajibkan mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan boleh agih sebagai dividen kepada pemegang unit, menjadikannya pilihan utama pelabur yang mencaripendapatan pasif.
3. Peluang Pelaburan
Nak buka kedai sendiri dalam mall? Fuh, modal bukan sikit. Deposit saja dah boleh beli sebiji kereta, belum kira stok barang dan gaji pekerja lagi. Memang nampak mustahil untuk orang biasa macam kita.
IOI Properties akan membuka ruang buat kita semua untuk ‘tumpang sekaki’ dalam kejayaan aset mereka. Melalui IOI REIT, anda tidak perlu menunggu jadi jutawan untuk memiliki hartanah sendiri; anda boleh mula membina portfolio ‘tuan tanah’ anda sendiri dengan unit-unit REIT yang sah dan dikawal selia. Juga tak perlu pusing kepala fikir nak jual barang apa, tak perlu upah pekerja dan tak perlu risau kedai laku ke tidak.
1. Bila anda melabur dalam IOI REIT, secara tak langsung penyewa anda adalah jenama-jenama besar dunia yang ada dalam mall tersebut. Mereka ni jarang culas bayar sewa.
2. Bayangkan anda tengah tidur atau tengah bercuti, tapi 700+ kedai di IOI City Mall dan 450+ kedai di IOI Mall Puchong tetap “bekerja” untuk anda. Pada tahun 2025 sahaja, hasil tempat letak kereta daripada aset-aset IOI menyumbang sebanyak RM64.7 juta. Setiap sen sewa yang mereka bayar kepada IOI, sebahagiannya akan diagihkan kepada anda sebagai dividen.
3. Tak perlu RM1 juta dalam bank. Dengan modal serendah beberapa ratus ringgit (harga beberapa unit saham REIT), anda sudah boleh mula membina portfolio hartanah pelaburan sendiri. Anda tambah unit sikit demi sikit setiap bulan, lama-lama jumlah sewa yang anda terima pun makin tebal.
Status Syariah
Untuk melayakkan sesebuah REIT itu mendapat status patuh Syariah, pendapatan daripada penyewa yang menjalankan aktiviti tidak patuh Syariah (seperti bank konvensional, penjualan minuman keras atau insurans konvensional) mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah pendapatan kasar REIT tersebut.
Mereka memiliki banyak hotel (Marriott, Le Méridien) yang biasanya mempunyai jualan alkohol atau pusat hiburan. Jika pendapatan dari bahagian ini terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan status syariah.
Kita perlu menunggu prospektus rasmi dikeluarkan nanti. Dalam dokumen itu nanti, akan ada ruangan khas yang menyatakan sama ada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti meluluskan penyenaraian ini sebagai Islamic REIT atau tidak.
Setakat ini, pasaran kita sudah ada beberapa REIT gergasi yang berstatus tidak patuh Syariah disebabkan komposisi penyewa mereka seperti:
IGB REIT (Mid Valley/The Gardens)
Pavilion REIT
Sunway REIT (Walaupun mereka ada banyak instrumen Islam, status induk masih konvensional atas faktor hotel/pub).
Kalau IOI berjaya jadikan REIT ini patuh Syariah, ia akan jadi “game changer” sebab dana-dana Islam yang besar akan masuk melabur secara agresif.
Sabar dulu, IOI REIT ni masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Suruhanjaya Sekuriti. Anggaplah fasa menunggu ini sebagai waktu terbaik untuk anda mengkaji prestasi mall-mall mereka. Boleh rujuk laporan tahunan IOI Properties.
Risiko Yang Perlu Diperhatikan
Pelabur yang bijak tidak hanya melihat pada potensi keuntungan, tetapi juga perlu realistik dengan cabaran semasa. Ada dua faktor besar yang bakal menguji daya tahan IOI REIT:
Kuasa beli menurun: Kalau ekonomi gawat atau orang mula berjimat, jualan kedai mungkin akan terkesan.
Krisis tenaga: Menguruskan mall berkeluasan berjuta kaki persegi memerlukan penggunaan tenaga yang sangat besar. Isu tenaga global dan kenaikan tarif elektrik merupakan risiko yang boleh menipiskan margin keuntungan bersih.
Saingan E-Commerce: Walaupun “budaya mall” sangat kuat di Malaysia, saingan daripada platform atas talian tetap ada. Strategi IOI untuk menggabungkan elemen pengalaman (seperti taman tema indoor dan gelanggang ais) adalah kunci untuk memastikan mall mereka kekal relevan dan tidak hanya bergantung kepada jualan barangan fizikal semata-mata.
Syarat untuk membeli REIT adalah sama seperti anda membeli saham syarikat di Bursa Malaysia.
Berikut adalah syarat-syarat asas yang anda perlukan:
1. Mempunyai Akaun CDS & Akaun Trading
Mestilah berumur 18 tahun ke atas
Akaun CDS (Central Depository System): Tempat untuk simpan “geran” digital unit REIT anda.
Akaun Trading: Akaun dengan syarikat broker (seperti CGSI, M+ Online, Webull) untuk urusan jual-beli.
2. Mempunyai Modal Pelaburan
Minimum belian: 1 lot bersamaan 100 unit.
Contoh modal: Jika harga 1 unit REIT ialah RM1.00, maka modal minimum anda adalah RM100 (tak termasuk caj broker/stamping).
Penafian : Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.
Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!