4 Mitos Buruk Tentang Pelaburan Saham

Pelaburan saham semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan anak muda. Hal ini kerana, pelaburan saham berpotensi memberikan pulangan yang tinggi untuk jangka masa yang panjang.

Namun, pelaburan saham juga memerlukan panduan dan teknik membeli dan menjual saham dengan betul dimana memerlukan ilmu pengetahuan yang khusus. Tanpa ilmu, pelaburan saham itu akan menjadi sia-sia dan tidak mendatangkan keuntungan kerana pelabur tidak tahu dimana silap mereka yang menyebabkan rugi atau untung. Masalah seperti ini yang menjadikan orang ramai takut untuk melakukan pelaburan saham.

Hal ini dinyatakan oleh arwah Tuan Nazarry Rosli, salah seorang mentor pelaburan saham melalui wawancara di Astro Awani. Beliau menyatakan pelabur di sekitar era 90-an melabur hanya mendengar tips tanpa sebarang ilmu pengetahuan berbanding pelabur muda pada masa kini yang melabur saham dengan cara yang betul melalui panduan yang betul.

Maka, tidak hairanlah berlakunya mitos-mitos yang buruk tentang pelaburan saham yang kadang kala berpunca daripada pelabur yang melakukan pelaburan secara melulu di mana asas ilmu terhadap pelaburan saham masih suam-suam kuku.

1. Pelaburan Saham Adalah Haram

Secara dasarnya pelaburan saham adalah harus tetapi pelaburan tersebut mestilah patuh Syariah di mana tidak mengandungi sebarang unsur riba, gharar dan sewaktu dengannya. Ianya akan menjadi haram jika kita membuat pelaburan dalam bank konvensional yang secara terang-terangan pelaburan tersebut tidak mengikut konsep pelaburan Islam dan melabur di dalam sektor yang tidak patuh Shariah.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 275, Allah SWT menyatakan larangan bagi orang Islam untuk beramal dengan perbuatan riba dan menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang melanggarinya. Oleh sebab itu, betapa pentingnya kita sebagai individu Muslim mempunyai ilmu dalam membuat pelaburan yang berlandaskan Shariah.

Contohnya, Bursa Malaysia terkenal dengan kepelbagaian produk pelaburan yang patuh Shariah. Pada 5 September 2016, Bursa Malaysia melancarkan platform pelaburan patuh Shariah sepenuhnya yang pertama di dunia bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelabur yang ingin berurus niaga dalam produk patuh Syariah menerusi perkhidmatan berlandaskan Syariah.

Setakat 22 November 2021, ada sebanyak 751 saham patuh syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu 79% daripada keseluruhan 948 buah syarikat.

2. Pelaburan Saham Adalah Skim Penipuan

Pelaburan saham juga sering dikaitkan dengan skim penipuan. Disebabkan kekurangan ilmu, kebanyakan pelabur-pelabur saham sering terpedaya dengan skim-skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tak masuk dek akal seperti pulangan tetap setiap bulan dalam kadar yang tinggi.

Pelaburan saham boleh mendatangkan kerugian yang besar jika pelabur tersilap langkah. Kerana itu pentingnya para pelabur belajar teknik, langkah dan juga rahsia-rahsia dari pelabur yang berpengalaman dalam melabur sama ada pelaburan emas, saham dan sebagainya.

3. Perlukan Modal Yang Banyak Untuk Melabur

Ramai di antara kita yang takut untuk melabur kerana beranggapan kita memerlukan sejumlah wang yang besar untuk memulakan sesuatu pelaburan. Sebenarnya kita hanya memerlukan sejumlah wang yang kecil untuk mulakan portfolio pelaburan yang boleh memberikan pulangan dari semasa ke semasa.

Dengan kemajuan internet dan teknologi pada zaman kini, terdapat pelbagai jenis pelaburan yang tidak memerlukan amaun minimum yang tinggi. malah ianya lebih senang untuk diakses dan sesuai untuk semua jenis pelabur.

4. Pelaburan Berisiko Tinggi

Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko yang berlainan. Tapi adakah ianya sangat berisiko? Risiko itu bergantung kepada jenis pelaburan yang dibuat oleh kita selari dengan matlamat dan kemampuan kewangan kita. Sekiranya kita tidak pasti dengan sesuatu jenis pelaburan dan pulangannya, kita boleh bertanya terus kepada penasihat kewangan atau seseorang yang lebih arif tentang pelaburan.

Dalam hal ini, kita perlu berfikir dan membuat pilihan yang bijak. Sekiranya sesebuah pelaburan itu menjanjikan hasil pulangan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal, kita sebagai seorang pelabur, jangan mudah tertipu. Perkara yang paling penting sebelum melabur adalah dengan membuat pemeriksaan adakah syarikat tersebut sudah berdaftar dan mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, cara terbaik untuk membendung mitos tentang pelaburan adalah dengan memberi pendedahan awal tentang pendidikan kewangan. Jangan sesekali membiarkan mitos seperti ini mengganggu perancangan kewangan kita pada masa depan.

Sekiranya kita ada kefahaman yang betul tentang pelaburan, kita akan menjadi pelabur yang berjaya. Sekiranya anda baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, adalah lebih baik jika anda berjumpa dan meminta nasihat kepada penasihat berlesen sebelum melakukan sesuatu pelaburan.

Penulis boleh dihubungi di:
Nurul Natasya Binti Mohd Saidon
Syaiedatul Mumtazah Binti Jamil
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.