Huawei, Vimigo Bekerjasama Pacu Pendigitalan Dalam Kalangan PKS

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Dua firma teknologi terkemuka, Huawei Malaysia dan Vimigo Performance Reward System bekerjasama untuk memacu pendigitalan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Dalam kenyataan, Huawei Malaysia berkata kerjasama dengan Vimigo tertumpu terutamanya kepada penggunaan sumber transformasi digital PKS di Malaysia, memastikan mereka boleh beralih kepada 5G dengan lancar untuk sama-sama mewujudkan platform rangkaian perniagaan digital.

Kedua-duanya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama rentas sempadan yang strategik, dengan harapan untuk mempercepatkan transformasi PKS dan memacu mereka untuk pencapaian yang lebih besar.

Ketua Pembangunan Perniagaan, Unit Perniagaan Awan Huawei Malaysia Roy Hu Haihua berkata dengan peningkatan penggunaan data dan kemasukan trafik yang besar berikutan pertumbuhan pelanggan, Huawei Cloud menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk sistem Vimigo yang membolehkan pertumbuhan, daya tahan dan fleksibiliti. 

“Huawei Cloud sentiasa berhasrat untuk bekerjasama dengan firma terkemuka dalam pelbagai industri di Malaysia berikutan bekerjasama dengan perusahaan sedemikian merupakan satu-satunya cara untuk mencapai impak yang besar dari segi memacu teknologi digital,” katanya.

Vimigo Performance Reward System ialah peneraju dalam model perniagaan dan transformasi teknologi digital dalam kalangan PKS di Malaysia, dengan lebih 700 pengguna perusahaan.

“Menggabungkan pelaburan tinggi Huawei dalam sumber teknikal dengan instrumen ganjaran prestasi kelas pertama Vimigo, kerjasama ini sudah tentu akan menjadikan PKS kita cemerlang di persada dunia,” kata Pengasas Vimigo Shane Mun.

— BERNAMA

Berita asal:

https://thekapital.my/huawei-vimigo-bekerjasama-pacu-pendigitalan-dalam-kalangan-pks/

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.