Projek Hartanah Terbaik Berhampiran Institusi Pengajian Swasta di Lembah Klang

iProperty.com.my telah mengenal pasti hartanah terpilih di kawasan utama berhampiran sekolah antarabangsa dan swasta terkenal di Lembah Klang yang telah merekodkan jumlah transaksi yang besar pada 2021. Projek-projek ini berada dalam radius 2KM dari institusi pendidikan popular dan berada di lokasi utama seperti Subang Jaya, Puchong, Kuala Lumpur, Mont Kiara, Kepong, Petaling Jaya, Setapak, Ampang Jaya, Cheras, Seri Kembangan, Shah Alam, Klang, dan Cyberjaya.

Shylendra Nathan, Pengurus Negara –  PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my and iProperty.com.my), berkata, “Salah satu aspek pembelian yang dipertimbangkan di kalangan pembeli hartanah yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan sedang mencari rumah baharu, adalah lokasi yang berhampiran dengan sekolah. Oleh itu, mereka cenderung untuk mengutamakan akses ke sekolah yang bereputasi tanpa menjejaskan persekitaran kehidupan yang kondusif. Walaupun berdepan dengan kesukaran disebabkan oleh pandemik, hartanah yang terletak berhampiran sekolah swasta dan antarabangsa terus menarik perhatian dan menyaksikan aktiviti transaksi yang menggalakkan pada 2021.”

“Kami berpendapat bahawa walaupun dalam masa yang sukar, pembeli merasakan membeli rumah berdekatan dengan sekolah yang bereputasi kekal menjadi salah satu keutamaan mereka. Pertumbuhan transaksi turut juga disumbang oleh pelabur yang menyedari bahawa lokasi yang berhampiran dengan sekolah boleh menjadi pemacu permintaan hartanah sewa — terutamanya di kalangan komuniti ekspatriat yang populasinya dijangka meningkat berikutan peralihan Malaysia ke fasa endemik.”

“Apabila pasaran pulih, trend membeli hartanah berdekatan institusi pendidikan swasta  mungkin akan meningkat. Ini memberi petanda baik bukan sahaja dari segi gaya hidup pembeli hartanah dan kemudahan anak-anak mereka, tetapi juga dari segi pertumbuhan nilai jangka panjang pelaburan hartanah mereka. Apatah lagi, trend berpindah ke kawasan pinggir bandar untuk mencari kualiti hidup yang lebih baik akan terus meningkat apabila model kerja hibrid menjadi lebih popular.”

Secara statistik, kehadiran pelajar tempatan di sekolah swasta dan antarabangsa semakin meningkat sepanjang sedekad lalu. Menurut Data Penyelidikan ISC, rakyat Malaysia merangkumi 45% populasi daripada pelajar sekolah antarabangsa premium dan 65% daripada sekolah antarabangsa pasaran pertengahan (dinilai mengikut yuran). Sememangnya, permintaan untuk kawasan kejiranan yang terletak di sekitar sekolah yang bereputasi telah meningkat, kerana hartanah dalam lokasi tersebut telah menjadi sasaran utama pembeli yang ingin menaiktaraf dan juga pasangan yang baru berumahtangga.

Selain itu, pandemik COVID-19 telah mengetengahkan keperluan untuk persekitaran pendidikan jarak jauh yang cemerlang. Dalam hal ini, institusi pembelajaran swasta terbukti lebih unggul dalam memudahkan pendidikan dalam talian menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif.

Terdapat beberapa sekolah antarabangsa dan swasta ternama di Lembah Klang yang memenuhi keperluan pelajar tempatan dan antarabangsa. Sila dapatkan senarai kawasan kejiranan dan hartanah terpilih, beserta dengan infografik dan dokumen lampiran, yang boleh dipertimbangkan oleh pemburu hartanah dalam nota di bawah.

Subang Jaya / Puchong

Sekolah Antarabangsa:  

  • Sekolah Antarabangsa Sri Sempurna
  • Sekolah Antarabangsa UCSI 
  • Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur 
  • Sekolah Antarabangsa Fairview
  • Sekolah Antarabangsa Kingsley 

Sekolah Swasta

  • Sekolah Sri UCSI 
  • Sekolah Swasta Rafflesia Puchong
  • Sekolah Asia Pacific 

Kawasan Subang Jaya/Puchong mempunyai beberapa sekolah antarabangsa dan swasta yang terkenal dan inilah sebab mengapa kawasan tersebut telah menarik permintaan yang kukuh daripada pemburu hartanah.  Khususnya, kawasan kejiranan di Subang Jaya adalah serba lengkap, dengan taman yang terletak di setiap seksyen dan akses pantas ke pusat membeli-belah seperti Empire Mall dan Subang Parade. Terdapat banyak akses ke kawasan ini dengan adanya beberapa hentian LRT dan KTM dan telah menambah baik kesalinghubungan dalam kawasan Subang-Puchong, serta menawarkan alternatif mudah untuk mereka yang bergerak ke Petaling Jaya dan KL untuk bekerja.

Mont Kiara / Kepong

Sekolah Antarabangsa:  

  • Sekolah Antarabangsa Mont’Kiara 
  • Sekolah Antarabangsa Hibiscus (Dulu dikenali sebagai Sekolah Antarabangsa Time International)
  • Sekolah Antarabangsa @ ParkCity

Mempunyai beberapa sekolah antarabangsa terbaik dan salah satu kawasan pinggir bandar yang bertenaga dan bersambung dengan mudah di Kuala Lumpur, Mont Kiara telah menjadi kawasan tumpuan kediaman ekspatriat dan salah satu kawasan kediaman yang paling mahal untuk didiami. Tambahan pula, pemburu hartanah yang menggemari gaya hidup bandar sambil membesarkan keluarga tertarik dengan banyaknya kedai runcit mewah, restoran dan hiburan yang ditawarkan oleh Mont Kiara. Perkembangan baharu di kawasan itu bukan sahaja membawa kepada pengembangan bandarnya ke kawasan kejiranan Kepong, tetapi juga menyediakan lebih banyak kepelbagaian dari segi pilihan hartanah.

Petaling Jaya

Sekolah Antarabangsa

  • The British International School
  • Sunway International School
  • Beaconhouse Sri Inai International School
  • MAZ International School

Sekolah Swasta

  • Sekolah Sri KDU

Petaling Jaya ialah kawasan matang yang popular di kalangan keluarga kerana gaya hidup bandarnya, dengan taman untuk seisi famili, kedai makan, kafe hipster, dan pusat beli-belah. Tambahan pula, bandar ini menjadi tuan rumah kepada beberapa institusi pembelajaran swasta yang terkenal. Bandar ini terletak secara strategik di antara Kuala Lumpur dan banyak tempat tumpuan bandar yang lain di Lembah Klang. Ramai penduduk juga berpendapat bahawa Petaling Jaya adalah kawasan yang baik untuk kanak-kanak membesar. 

Setapak / Ampang Jaya

Sekolah Antarabangsa

  • Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur          
  • Sekolah Antarabangsa Taylor’s        
  • Sekolah Antarabangsa Sayfol           
  • Sekolah Antarabangsa dan Swasta REAL, Kampus Cheras 
  • Sekolah Antarabangsa Utama

Sekolah Swasta  

  • Sekolah Stella Maris

Setapak menawarkan kehidupan Kuala Lumpur terbaik di lokasi yang lebih berpatutan. Penduduknya menikmati kehidupan tradisional gaya Malaysia dengan kedai makan yang hebat dan kedai runcit tempatan. Pada masa yang sama, Setapak terletak berdekatan dengan tempat tumpuan utama seperti Ampang dan KLCC yang menawarkan pelbagai pilihan membeli-belah, menjamu selera dan hiburan malam yang mudah diakses melalui pengangkutan awam atau pemanduan singkat.  

Cheras / Seri Kembangan  

Sekolah Antarabangsa

  • Sekolah Antarabangsa Australian Malaysia
  • Sekolah Antarabangsa Tanarata   

Sekolah Swasta

  • Sekolah Sri Cempaka
  • Sekolah Islamik RIZQ

Koridor Cheras-Seri Kembangan ialah salah satu kawasan yang paling pesat berkembang di Lembah Klang. Terletak di selatan pusat bandar, ia merupakan pintu masuk komuniti bandar yang hanya 15 KM dari Cyberjaya dan Putrajaya, dan kawasan bandar yang luas, meletakkannya di tengah-tengah hubungan yang lancar antara ibu kota dan hab perniagaan serta pentadbiran yang penting ini.

Gombak

Sekolah Antarabangsa

  • Sekolah Antarabangsa Baseerah     
  • Sekolah Antarabangsa Islamik

Sekolah Swasta

  • Sekolah Taman Ilmu dan Budi (SETIABUDI)  

Walaupun terletak di Selangor, Gombak adalah satu lagi daerah yang bersempadan dengan Kuala Lumpur, membolehkan akses mudah ke pusat bandar sambil menikmati gaya hidup yang lebih mampu milik di persekitarannya. Kawasan ini juga dikelilingi oleh kehijauan yang meluas, yang menjadikannya tempat yang aman bagi mereka yang menjalankan perniagaan di bandar tetapi lebih suka gaya hidup yang lebih tenang dan sihat untuk keluarga mereka. Kelebihan utama penduduk Gombak ialah akses strategik ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) dan Jalan Lingkaran Tengah 2. Penambahbaikan terkini seperti laluan LRT dan kemudahan pengangkutan lain juga telah meningkatkan kualiti hidup di kawasan ini dan meningkatkan daya tarikannya.

Klang / Shah Alam

Sekolah Antarabangsa

  • Sekolah Antarabangsa Regent         

Sekolah Swasta

  • Beaconhouse Sri Lethia
  • Sekolah Tenby Setia Eco Park

Shah Alam menawarkan rentak kehidupan yang lebih tenang dan perlahan berbanding bandar lain. Keluarga yang mempunyai anak tertarik dengan bandar ini kerana jalan rayanya yang terancang, banyak kawasan hijau dan sekolah yang bagus untuk anak-anak. Penambahan sekolah swasta dan antarabangsa di Shah Alam dan kawasan Klang yang berdekatan juga telah menyegarkan daya tarikan hartanah di sini.

Cyberjaya

Sekolah Antarabangsa

  • Sekolah Antarabangsa elc 

Cyberjaya direka bentuk untuk menjadi hab teknologi tinggi utama Malaysia dan ia terus menjadi titik tumpuan utama untuk pelaburan langsung asing. Berdekatan dengan pusat pentadbiran Putrajaya bermakna ia akan terus mencuri tumpuan pasaran hartanah antarabangsa pada masa hadapan. Ini memberi petanda baik terutamanya untuk hartanah yang terletak berhampiran dengan sekolah antarabangsa tunggalnya, yang bukan sahaja menikmati permintaan sekarang, tetapi pastinya akan mendapat premium yang lebih kukuh apabila bandar siber itu terus berkembang pada masa hadapan. 

Kuala Lumpur

Sekolah Antarabangsa

  • Sekolah Antarabangsa St John’s 

Pusat ibu negara merupakan tempat yang ideal untuk mengimbangi kerjaya dan keluarga pada masa yang sama. Walaupun menetap di tengah-tengah Kuala Lumpur boleh memakan kos yang tinggi, rumah berhampiran KLCC boleh membantu menjimatkan kos pengangkutan. Tinggal di pusat bandar masuk akal bagi keluarga yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke satu-satunya sekolah antarabangsa Kuala Lumpur, Sekolah Antarabangsa St John, terutamanya jika mereka menggemari kemeriahan, kepantasan dan denyutan nadi ibu kota.

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.