Naza Selesai Beli 100 Peratus Saham Berjaya Enviro

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza Group) telah menyempurnakan pengambilalihan 100 peratus pegangan dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro), pemain utama dalam industri pengurusan sisa pada harga RM700 juta.

Dalam satu kenyataan, Naza Group berkata pengambilalihan itu memberikan peluang unik untuk Naza Group meneroka ekonomi hijau, memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam sektor sisa pepejal perbandaran (MSW), sisa terjadual (SW) dan sisa-ke-tenaga (WTE).

Pengambilalihan itu turut melibatkan Naza mengambil alih tujuh entiti di bawah BEnviro, iaitu BPJ-Berjaya Sdn Bhd, Berjaya Eco Services Sdn Bhd, Save the Sea Sdn Bhd, Berjaya Enviro Parks Sdn Bhd, Amita Berjaya Sdn Bhd, J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd, dan Berjaya Energies Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Group SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata kumpulan itu telah meneroka sektor baharu yang sejajar dengan visi pembangunan mampan, kecekapan sumber dan menegakkan standard tertinggi penjagaan alam sekitar.

“Pengurusan sisa, satu aspek penting dalam ekonomi hijau, yang dijangka menyaksikan pertumbuhan yang besar, sejajar dengan visi kami. Selain itu, perniagaan pengurusan sisa mempunyai aliran pendapatan yang boleh dijangka, stabil dan industri ini bersifat bukan kitaran, kedua-duanya merupakan pertimbangan utama untuk pengambilalihan ini,” katanya.

Di bawah perniagaan pengurusan sisa baharunya, Naza akan terus mengendalikan taman eko pengurusan sisa bersepadu seluas 266.24 hektar, Taman Enviro Bukit Tagar, ia merupakan salah satu tapak pelupusan sanitari terbaik di negara ini.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.