Proton Meterai MoA Baharu Dengan smart Di China

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Proton Holdings Bhd, pengeluar kereta nasional hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) baharu dengan smart Automobile Co Ltd (smart), usaha sama di antara Mercedes-Benz dan Geely Group untuk mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan kenderaan smart secara tempatan di kilang Proton Tanjung Malim pada Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2023 di Nanning, China.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata pemeteraian itu dibuat tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen serupa pada 2022 yang membawa kepada pelantikan Proton sebagai pengedar rasmi kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

“MoA baharu antara Proton dan smart Automobile membawa kerjasama kami ke tahap baharu kerana kini kami bercakap tentang memasang model smart di Malaysia.

“Sebagai pengeluar automotif, Proton sentiasa berhasrat untuk meningkatkan penglibatan kami dengan smart melangkaui pengedaran untuk rantau ASEAN kerana terdapat banyak kecekapan untuk dimanfaatkan memandangkan kedua-dua syarikat adalah ahli Geely Group,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Li Chunrong.

Pengeluar kereta nasional itu menyatakan bahawa berikutan pemeteraian MoA pada 2022, Proton telah mencapai kemajuan besar dalam usahanya untuk mewakili smart di rantau ini.

“Proton komited untuk memperkenalkan lebih banyak kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa hadapan. Selepas pelancaran Proton X90 iaitu NEV pertama kami, kami teruja apabila berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang EV daripada kerjasama kami dengan smart.

“Pada masa hadapan, semua aktiviti pengeluaran kami akan tertumpu di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, yang mana ia juga akan membantu dalam matlamat kami untuk menjadikan Malaysia hab EV serantau,” kata Li.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Boeing Rancang Tambah 20% Tenaga Kerja Malaysia, Perluas Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Aviation Group (MAG) bukan sahaja memperkukuh kedudukannya dalam industri penerbangan global dengan pembelian pesawat baharu Boeing, tetapi juga menyokong lebih 1,000 tenaga kerja tempatan di Boeing Composites Malaysia (BCM). Boeing turut merancang peningkatan tenaga kerja sebanyak 20% dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembelian ini membantu operasi BCM yang menghasilkan struktur pesawat Boeing di Malaysia dan kini menggaji lebih 1,000 rakyat tempatan.

“Ia selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab aeroangkasa serantau menjelang 2030,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Presiden Global Boeing, Brendan Nelson, turut mengumumkan bahawa Boeing akan meningkatkan tenaga kerja mereka di Malaysia sebanyak 20% dalam tempoh dua tahun. Beliau menegaskan komitmen syarikat terhadap industri aeroangkasa negara ini dan menyatakan bahawa Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global Boeing. Kilang pembuatan kompositnya di Kedah menghasilkan komponen untuk semua pesawat Boeing di dunia.

Pada Jumaat, MAG telah mengumumkan pemerolehan 30 pesawat Boeing baharu sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya. Pesanan itu merangkumi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM LEAP-1B, dengan pilihan tambahan untuk 30 lagi pesawat.

Pengarah Urusan MAG Group, Datuk Kapten Izham Ismail, berkata pemilihan pesawat ini dibuat berdasarkan penilaian teliti terhadap strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat. Langkah ini memastikan keperluan pasaran dipenuhi dengan pesawat yang sesuai.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman ini bukan sekadar memodenkan pesawat MAG, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri penerbangan global. Ia turut mencipta peluang pekerjaan baharu serta merangsang ekonomi dan pelancongan negara.

Nelson menekankan bahawa sektor penerbangan Asia Tenggara berpotensi berkembang pesat, dengan permintaan dijangka mencapai 4,700 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang. Beliau menambah bahawa 80% populasi dunia masih belum pernah menaiki pesawat, menunjukkan peluang besar dalam industri penerbangan.

“Kami berbangga dengan kerjasama kami dengan Malaysia Airlines dan akan terus mengembangkan rantaian bekalan serta kehadiran pembuatan kami di Malaysia,” katanya.

— Sumber: BERNAMA & TheEdge Malaysia

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee