15 Julai 2025: Tarikh Akhir Kemuka Borang Nyata TT 2024 Bagi Pembayar Cukai Yang Menjalankan Perniagaan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin mengingatkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 secara e-Filing (termasuk bayaran cukai / baki cukai kena dibayar) bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah pada 15 Julai 2025.

Kategori pembayar cukai yang terlibat adalah seperti di jadual berikut:

Pengemukaan BN melalui e-Filing boleh dibuat menerusi portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Sebagai maklumat tambahan, rujukan kepada borang-borang yang berkaitan boleh diperoleh menerusi pautan di https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/.

HASiL menyeru agar pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka dengan sempurna dan mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti, kenaikan atau tindakan perundangan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Selain itu, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat peribadi dan butiran akaun bank dikemas kini serta lengkap semasa pengemukaan BN. Langkah ini penting bagi memastikan proses bayaran balik cukai (sekiranya berkenaan) dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

Previous ArticleNext Article

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) – — Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sistem itu merupakan langkah besar ke arah pendigitalan menyeluruh yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut memperkukuh ketelusan dan integriti sistem percukaian negara.

“Pelaksanaan e-Invois adalah satu langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh. Ia bukan sekadar memodenkan proses percukaian, tetapi juga membina keyakinan rakyat terhadap kecekapan serta ketelusan pentadbiran hasil negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2025 LHDN di Menara Hasil Cyberjaya, Selangor, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pada masa sama, Lim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga LHDN atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan sistem percukaian negara terus berfungsi dengan cekap serta berintegriti.

Selain itu, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem yang akan bermula 1 Januari 2026 sebagai satu lagi bukti inovasi progresif LHDN.

Melalui sistem itu, pembayar duti diberi kepercayaan menaksir sendiri kadar dan amaun duti, sekali gus mempercepat urusan serta menjimatkan masa pelanggan.

Beliau juga menekankan bahawa nilai inovasi dan integriti perlu sentiasa digerakkan seiring bagi membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan dipercayai oleh rakyat.

“Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan manakala integriti tanpa inovasi boleh menyebabkan kita ketinggalan. LHDN telah membuktikan kedua-duanya boleh bergerak seiring dan berani mencuba perkara baharu sambil kekal berpaksikan nilai amanah dan tanggungjawab,” katanya.
— BERNAMA