Pelaksanaan e-Invois HASiL Menuju Fasa Ketiga

Cyberjaya, 1 Julai 2025 – Sebagai manifestasi serta sokongan berterusan terhadap pemerkasaan sistem percukaian digital negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus giat memperkukuh pelaksanaan e-Invois yang kini beralih ke Fasa Ketiga mulai 1 Julai 2025 dengan melibatkan lebih daripada 50,000 pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di antara RM5 juta hingga RM25 juta. Terkini, HASiL tampil dengan penganjuran Majlis Pelancaran Pelaksanaan e-Invois Fasa Ketiga yang berlangsung di Menara HASiL, Cyberjaya. 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Shaharrudy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL serta pengurusan kanan HASiL. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) dalam ucapannya mengingatkan bahawa tempoh kelonggaran pembayar cukai Fasa Kedua telah tamat pada 30 Jun 2025 dan mereka perlu melaksanakan e-Invois sepenuhnya mengikut garis panduan e-Invois mulai 1 Julai 2025. 

Selain itu, beliau turut mengumumkan kelayakan penggunaan kemudahan Sistem MyInvois e-POS iaitu platform digital Point-of Sale (POS) secara percuma telah diperluaskan dari PMKS dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM250,000 kepada ambang baharu iaitu jualan atau perolehan tahunan di bawah RM750,000. Tambah beliau lagi, sistem MyInvois e-POS ini direka khas untuk PMKS bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois dengan mengintegrasi fungsi utama perniagaan seperti perekodan jualan, pengurusan inventori, pelaporan kewangan dan sokongan e-Invois. 

Suka diingatkan, walaupun pelaksanaan mandatori e-Invois bagi pembayar cukai Fasa 5 dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM1 juta hanya akan bermula pada 1 Julai 2026, HASiL menyeru pihak PMKS untuk mengambil peluang menggunakan Sistem MyInvois e-POS seawal mungkin bagi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan serta memudahkan pelaksanaan e-Invois sebelum pelaksanaan secara mandatori. 

HASiL turut mengalu-alukan penyertaan pembayar cukai untuk hadir ke Kaunter Perkhidmatan HASiL di seluruh Malaysia bagi mendapatkan penerangan ringkas berkenaan pelaksanaan e-Invois serta penggunaan Portal MyInvois yang kini menjadi teras dalam pemodenan sistem percukaian negara. Di samping itu, HASiL turut memberikan khidmat nasihat dan bantuan penggunaan Aplikasi MyInvois serta MyInvois e-POS bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif ini. 

Sebagai maklumat tambahan, HASiL telah menyediakan pelbagai saluran komunikasi bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan e-Invois. Pembayar cukai dinasihatkan untuk menghubungi saluran khas e-Invois yang disediakan oleh HASiL bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat berkenaan pelaksanaan e-Invois seperti yang berikut: 

  1. Berkunjung ke Pejabat HASiL
  2. Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam)
  3. MyInvois Live Chat
  4. E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan 
  5. Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my. 


Semoga dengan pelaksanaan Fasa Ketiga e-Invois ini mampu memberikan manfaat jangka panjang sepenuhnya kepada semua pihak khususnya dalam menguruskan perniagaan secara strategik dan sistematik demi merealisasikan agenda nasional negara. 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama