Cukai Korporat Diturunkan Kepada 17% Bagi SME Untuk Tahun 2019

Berita baik buat perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia, berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa cukai korporat dikurangkan kepada 17%; daripada cukai sebanyak 18% pada tahun 2018.

Ianya khusus untuk golongan SME yang memenuhi dua kriteria berikut:

  • Paid-up capital di bawah RM2.5 juta
  • Pendapatan yang boleh dikenakan cukai di bawah RM500,000

Dr Mahathir turut memberitahu bahawa Malaysia sekarang ini menawarkan lebih daripada 130 insentif yang dikendalikan oleh 32 agensi dengan peranan dan tanggungjawab yang berbeza-beza.

“Untuk syarikat besar, biarpun kadar cukai sedikit lebih tinggi, tetapi kadar cukai yang sebenar yang dikenakan kurang daripada 10 peratus kesan beberapa insentif yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Beliau juga berkata tiada cukai baru yang akan dikenakan tahun ini, kecuali cukai gula yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Sumber: The Edge Markets

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

 Trump Umum Tarif Asas Kepada Semua Negara  Termasuk Malaysia Sebanyak 24 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

Langkah ini boleh menyebabkan ekuiti Asia berada dalam tekanan apabila pasaran kewangan dibuka pada Khamis.

“Walaupun ini menyebabkan peningkatan awal di peringkat global, sentimen di Asia dijangka menyusut apabila pasaran menilai tarif lebih tinggi yang tertumpu kepada negara tertentu termasuk China, yang berdepan 34 peratus tarif ke atas import dan 24 peratus duti Jepun.

“Vietnam dan Kemboja mengalami tarif yang lebih tinggi, masing-masing pada 46 peratus dan 49 peratus,” kata pelabur dan penganalisis makro global ActivTrades Anderson Alves dalam komentar pasaran.

Alves berkata persekitaran enggan mengambil risiko yang meluas dijangka berlaku di pasaran Asia pada Khamis, dengan dolar AS diunjur mengatasi mata wang serantau.

Sektor teknologi dan semikonduktor dijangka mencerminkan penurunan yang berlaku di pasaran AS, dengan indeks Nasdaq berteknologi tinggi mengakhiri peningkatan awal apabila ditutup tiga peratus lebih rendah.

“Operator pasaran akan memantau dengan teliti reaksi China terhadap tarif AS yang diumumkan. Sebahagiannya menjangkakan China akan mengurangkan pelaburan di AS untuk memperkukuh kedudukan rundingannya dalam rundingan perdagangan AS,” katanya.

Menurut Rumah Putih,  AS akan memberikan respons terhadap sebarang cubaan untuk mengambil tindak balas terhadap duti yang dikenakan.

Katanya pergelutan perdagangan mungkin menjadi pemacu utama bagi pasaran hari ini dan sepanjang minggu ini.

— BERNAMA