Di Kala Pandemik, Syarikat Pengeluar Vaksin Covid-19 Yang Untung?

Kehadiran vaksin COVID-19 telah membawa harapan baru kepada penduduk di seluruh dunia yang teruk dilanda pandemik sehingga mengakibatkan kegawatan ekonomi. Di sebalik musibah, ada juga syarikat yang memperolehi keuntungan.

Dalam penghasilan vaksin COVID-19, maka terciptalah pasaran global bernilai puluhan bilion dolar dalam jualan tahunan untuk beberapa syarikat farmaseutikal. Boleh dikatakan ekonomi perubatan yang mengeluarkan vaksin akan meraih keuntungan akibat virus COVID-19 ini.

Antara pengeluar vaksin yang memperolehi keuntungan penjualan vaksin adalah seperti berikut:

1. CureVac

Kredit Gambar: Medical Xpress

Firma bioteknologi yang disenaraikan di Nasdaq ini berharap dapat menghasilkan lebih daripada 300 juta dos tahun ini dan sekitar 600 juta hingga satu bilion dos pada tahun 2022.

Jangkaan penjualan tahun ini belum dijelaskan dan harga vaksin belum dinyatakan namun ia tidak dapat ditetapkan harga di bawah kos kerana pelabur mengharapkan pulangan keuntungan.

2. Novavax

Berdasarkan tempahan yang dibuat, Novavax melihat potensi menjana pendapatan beberapa bilion dolar dalam masa 12 bulan akan datang melalui kolaborasi dengan Indian Serum Institute.

Harganya juga adalah paling murah iaitu RM12.27 bagi setiap suntikan di Afrika.

3. Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology

Lebih daripada 50 negara termasuk Iran, Algeria dan Mexico telah memesan vaksin Sputnik V daripada Institut Gamaleya ini. Jangkaan penjualannya tidak dinyatakan secara terperinci, namun pasti mencecah berbilion dolar tahun ini.

Boleh dikatakan mereka telah menandatangani kontrak dengan 15 pengeluar di 10 negara untuk menghasilkan 1.4 bilion dos suntikan.

4. Sinovac

Kredit Gambar: Global Times

Jangkaan penjualan vaksin di Sinovac pada tahun ini boleh mencecah berbilion-bilion dolar namun jumlah sebenarnya tidak dinyatakan.

Harga yang ditetapkan untuk vaksin ini adalah RM245 untuk dua dos suntikan di kebanyakan bandar di China.

5. AstraZeneca

Jumlah penjualan vaksin keluarannya untuk tahun ini mungkin meningkat lebih jauh jika AstraZeneca mencapai sasaran tiga bilion dos.

Mereka juga berjanji akan memberikan vaksin dengan bayaran RM17.58 hingga RM41 untuk dua dos suntikan.

6. Johnson & Johnson

Pesanan untuk vaksin ini melibatkan beberapa negara besar. Syarikat ini berharap dapat mengagihkan sekurang-kurangnya 1 bilion dos tahun ini yang akan menjana keuntungan sebanyak RM40.9 bilion.

Syarikat Johnson & Johnson merupakan syarikat yang menjana keuntungan dengan banyak sekali ketika Covid-19.

7. Moderna

Kredit Gambar: The Conversation

Moderna menjangkakan penjualan sebanyak RM75.27 bilion tahun ini. Ramai penganalisis yang mengatakan bahawa keuntungannya akan bertambah bagi tahun-tahun yang akan datang.

8. Pfizer-BioNTech

Vaksin keluaran Pfizer menjangkakan penjualan sebanyak RM61 bilion tahun ini berdasarkan pesanan semasa. Ia berharga lebih kurang RM159 untuk dua dos.

Akhir kata, walaupun vaksin tersebut sudah digunakan namun keberkesanannya masih belum terbukti 100% lagi bagi sesetengah pihak.

Ada juga yang mengatakan bahawa untuk mendapatkan vaksin yang betul-betul berkesan memerlukan tempoh yang panjang. Apa pun, kita berdoa dengan suntikan vaksin COVID-19 ini, ekonomi dan kehidupan kita semua akan kembali seperti sediakala.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa beberapa syarikat di atas tersenarai di pasaran saham, dan kita telah menyaksikan peningkatan harga saham yang mendadak sejak pandemik bermula?

Sumber: Trading View

Harga saham Moderna telah naik 288% dalam masa setahun.

Sumber: Trading View

Harga saham Novavax pun dah naik banyak sekitar 52%.

Sumber: Trading View

Harga saham Pfizer pula naik sebanyak 18% dalam masa setahun.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA