Diisyhtihar Muflis? Buat 10 Perkara Ini Untuk Bangkit Semula

Muflis tidak bererti hidup kita telah musnah. Biarpun status kewangan kita menjadikan kita berhutang dan tidak mampu membayarnya, masih ada cara dan prosedur yang boleh kita lakukan walaupun telah diisyhtiharkan muflis.

Jangan gelabah, sedih dan negatif, atasi masalah muflis anda dengan positif, ia akan jadi penyelesaian yang terbaik buat anda.

Jom lihat 10 perkara yang anda boleh buat untuk bangkit semula.

1. Permohonan Pembatalan Ke Mahkamah

Sekiranya anda telah menjelaskan hutang sepenuhnya atau mempunyai aset yang anda rasakan anda tidak sepatutnya diisytiharkan muflis, anda perlu membuat permohonan pembatalan ke mahkamah.

Ia boleh dilakukan atas alasan hutang telah dijelaskan atau tidak sepatutnya diisytiharkan muflis.

2. Permohonan Pelepasan Ke Mahkamah

Cara kedua ini boleh kita lakukan setelah diisytiharkan muflis oleh pihak mahkamah. Kita boleh membuat permohonan pelepasan ke mahkamah pada bila-bila masa sahaja tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah.

Untuk tujuan tersebut, Jabatan Insolvensi Malaysia perlu mengemukakan laporan kes bagi menyatakan kerjasama bankrap kepada pihak jabatan.

3. Permohonan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)

Sekiranya langkah 1 dan 2 tidak boleh anda lakukan, buatlah permohonan pelepasan kepada KPI pula untuk pelepasan melalui Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. 

Terdapat syarat-syarat yang perlu anda ikuti. 

4. Permohonan Pengurangan Hutang

Kita boleh memohon kepada pegawai bank yang berkenaan agar jumlah hutang dikurangkan bagi tujuan membuat pembayaran. Buat surat atau berbincang dengan pegawai bank.

Untuk pengetahuan anda, KPI tiada kuasa untuk mengurangkan hutang yang difailkan.

5. Hadir Ke Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia

Setelah mengetahui status kewangan anda yang muflis, terus hadirkan diri di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam kadar segera.

Pegawai Insolvensi akan membantu anda untuk kes pendapatan dan pengisian borang. Mereka akan bekerjasama dalam membantu urusan status anda.

6. Jujur Dalam Pekerjaan

Sekiranya anda memohon pekerjaan yang baru, jujur dalam status anda apabila ditanya oleh majikan. Itu adalah hak majikan untuk mengetahui sama ada anda muflis atau tidak. 

Sesetengah syarikat mempunyai terma dan syaratnya yang tersendiri berkaitan status kewangan para pekerja.

7. Dapatkan Khidmat Kaunseling Profesional

Banyak khidmat kaunseling profesional dan percuma yang ditawarkan untuk mereka yang telah diisytiharkan muflis.

Anda boleh dapatkan pertolongan dari AKPK, menyertai kaunseling kewangan dan juga mendapatkan khidmat pengurusan hutang.

8. Nilaikan Aset Anda

Sekiranya anda mempunyai aset, nilaikannya semula dan jual untuk menyelesaikan segala hutang pinjaman anda.

Jangan risau untuk jual aset dalam masa yang terdesak sebegini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda membiayai hutang muflis.

9.  Jual Harta Yang Bernilai

Inilah masanya anda mengurangkan beban dengan menjual apa saja yang bernilai. Daripada sebesar-besar rumah atau kereta, kepada sekecil-kecil perabot terpakai yang tidak lagi digunakan.

Kalau ada simpanan dalam bentuk emas atau barang kemas, itu pun boleh dijual apabila keadaan terdesak.

10. Teruskan Bekerja Dan Berniaga

Apabila diisytiharkan muflis, jangan jual barang sedia ada semata-mata sahaja. Anda harus rajin bekerja untuk menampung kehidupan anda sendiri dan juga keluarga.

Selain dapat menyelesaikan hutang sedikit demi sedikit, anda boleh menyimpan wang untuk masa depan anda.

Biarlah diisytiharkan muflis, yang penting kita kuat berusaha dan berfikiran positif untuk bangkit semula. Jangan buang masa setiap hari dengan kecewa dan bersedih.

Muflis bukan alasan untuk hidup anda hancur, tetapi untuk anda meraih rezeki lain dan naik dengan jayanya semula.

Tak kisah berapa banyak kali kita jatuh, kita kena bangkit semula. Kerana percayalah, di sebalik musibah pasti ada hikmahnya.

Sumber Rujukan:

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Pengarah Urusannya, Datuk Kapten Izham Ismail berkata MASwings bukanlah sebuah syarikat yang menjana keuntungan tetapi organisasi kewajipan perkhidmatan awam.

“Bagi kami ia adalah “zero-sum game”. Pada tahap tertentu, pengambilalihan ini menyelesaikan cabaran MAG untuk menguruskan MASwings dan merupakan langkah ke hadapan,” katanya semasa taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2024 hari ini.

Zero sum game bermaksud keuntungan hanya menyebelahi satu pihak.

MAG menandatangani perjanjian jual beli dengan kerajaan Sarawak untuk memuktamdkan pemindahan hak milik MASwings pada 12 Februari, 2025.

Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjenamakan semula MASwings sebagai AirBorneo dan mengendalikannya sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan negeri.

Izham berkata walaupun syarikat penerbangan itu tidak menjana keuntungan, ia menerima insentif tahunan kerajaan.

“Apa yang kami peroleh daripada MASwings hanyalah dalam bentuk insentif sahaja dengan nilai kira-kira RM10 juta setahun. Secara bulanan atau harian, ia adalah bersifat ‘zero-sum game’. Kami tidak mengalami kerugian, pada masa sama tidak meraih keuntungan,” katanya.

Izham berkata MASwings beroperasi untuk memastikan hubungan luar bandar (pengangkutan udara) di bawah kewajipan perkhidmatan awam diberi mandat oleh kerajaan.

“Justeru, tiada kesan kepada P&L. Ia adalah zero-sum game. Anda mungkin bertanya mengapa kami menggunakan MASwings selama ini. Ini kerana kewajipan perkhidmatan awam Perkhidmatan Udara Luar Bandar,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa MASwings telah memainkan peranan penting dalam menyokong pembinaan negara, ia adalah tanggungjawab MAG untuk memastikan bandar dan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kekal terhubung.

— BERNAMA