Ini 10 Jenama Terbaik Malaysia Tahun 2018

Sebuah laporan yang dikeluarkan Brand Finance telah menyenaraikan 10 jenama terbaik Malaysia bagi tahun 2018. Rupa-rupanya, nak menilai sesuatu jenama pun ada standard tersendiri – ISO10668.

Berdasarkan standard inilah, 10 jenama terbaik Malaysia bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

Bagaimana Kekuatan Jenama (Brand Strength) Dinilai?

Kekuatan Jenama adalah prestasi jenama tersebut berbanding dengan pesaing-pesaing mereka di dalam industri. Terdapat 3 kriteria yang dilihat, iaitu:

1. Pelaburan Pemasaran

Pemasaran yang dilakukan syarikat bagi membina kesetiaan jenama dan pegangan dalam pasaran

2. Ekuiti Pemegang Saham

Persepsi terhadap jenama daripada pelbagai pihak, dengan pelanggan menjadi keutamaan

3. Prestasi Perniagaan

Pasaran kuantitatif dan langkah-langkah kewangan mewakili kejayaan jenama dalam mencapai harga dan permintaan yang tinggi

Lain-lain Anugerah Pencapaian

1. Jenama Paling Meningkat Naik (Berdasarkan Nilai Mutlak)

Petronas – Meningkat $905 Juta USD

2. Jenama Paling Meningkat Naik (Berdasarkan Kekuatan Jenama)

Takaful Malaysia – Meningkat dari A- (50) ke AA (72)

3. Pertumbuhan Ranking Tertinggi (Dengan Pertumbuhan Positif)

Bank Muamalat – Meningkat 55 Anak Tangga

4. Nilai Tidak Ketara (Intangible) Tertinggi

DRB-Hicom – Nisbah Nilai Jenama / Nilai Syarikat = 152%

Sumber: Brand Finance – fail PDF

Semua Dalam Senarai Ada Di Bursa Malaysia

Syarikat-syarikat gergasi yang tersenarai dalam Top 10 Jenama Terbaik Malaysia bagi tahun 2018 ini, kita boleh beli saham-saham syarikat mereka di pasaran saham. Kesemuanya bernilai berbilion Ringgit, dengan Maybank di tempat pertama.

Suka beli barangan atau guna perkhidmatan jenama-jenama hebat Malaysia ni? Sudah tiba masanya anda beli saham-saham syarikat mereka pula.

Tak tahu macamana nak mula melabur saham? Jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA