Nuklear Fusion, Teknologi Hijau Yang Bakal Digunakan Secara Meluas Di Masa Hadapan

Kesan rumah hijau merupakan isu penting yang menjadi perbincangan kebanyakan negara di dunia.

Dengan teknologi terkini yang lebih terarah kepada sumber tenaga bersih, ianya menjadi keutamaan kepada kuasa besar dunia terutamanya di Amerika Syarikat, China dan Eropah.

Negara-negara ini memberi inisiatif yang besar kepada syarikat-syarikat bagi menjalankan peyelidikan atau menghasilkan produk yang berdasarkan tenaga bersih.

Selain daripada pihak kerajaan, individu yang bertaraf bilionaire turut sama menggalakan orang awam untuk menghasilkan tenaga yang bebas daripada karbon yang boleh mencemarkan dunia.

Di antara bilionaire terkenal yang menawarkan inisiatif yang lumayan adalah Elon Musk yang menawarkan sebanyak USD100 juta kepada sesiapa yang mampu menghasilkan teknologi menyerap karbon di udara.

Antara syarikat start-up yang kini semakin popular dengan menawarkan tekonologi hijau ini adalah Commonwealth Fusion Systems (CFS).

Asal-Usul CFS

This image has an empty alt attribute; its file name is Nuklear-Fusion-Teknologi-Hijau-Yang-Bakal-Digunakan-Secara-Meluas-Pada-Masa-Hadapan2-700x394.jpg
Kredit Gambar: CNBC

Syarikat ini diasaskan oleh Brandon Sorbom pada tahun 2018. Dia yang merupakan seorang graduan dari universiti MIT dan mengasaskan syarikat ini untuk menghasilkan tenaga hijau pada masa hadapan.

Pada tahun 2010, permintaannya untuk menyambung pengajian didalam doktor falsafah didalam bidang nuklear telah ditolak oleh kebanyakan universiti di atas alasan dia mempunyai latar di dalam bidang elektrikal.

Walaupun tidak berjaya pada mulanya untuk meneruskan pengajian, dengan kesunguhan yang dimilikinya, Brandon Sorbom akhirnya berjaya untuk melanjutkan ke peringkat phD dalam bidang teknologi nuklear di MIT.

Teknologi  Yang Digunakan Oleh CFS

Secara asasnya, tenaga nuklear ini merupakan tenaga yang bersih yang mana tidak mencemarkan alam sekitar jika diurus dengan sempurna.

Walaupun tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar, ia memerlukan kos yang sangat tinggi untuk beroperasi kerana memerlukan tenaga yang mahir untuk menjaga operasi reaktor tersebut.

Oleh yang demikian, negara yang menggunakan tenaga nuklear ini hanya terdapat di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jerman serta Rusia.

Negra terbabit yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menguruskan teknologi nuklear. Berbanding dengan teknologi reaktor nuklear yang menggunakan keadah fission, CFS ini menggunakan kaedah fusion yang mana merupakan satu teknologi baru didalam dunia nuklear.

Kredit Gambar: Energy Gov

Kaedah fission ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh mana-mana negara kuasa nuklear untuk menghasilkan tenaga. Kaedah ini sangat berbahaya jika langkah keselamatan yang tinggi tidak diamalkan.

Ianya berfungsi apabila satu atom nuklear (plutonium atau uranium) berpisah dan menghasilkan tenaga. Fission merupakan teknologi yang sangat berbahaya dan memerlukan kemahiran yang sangat tinggi untuk beroperasi.

Antara kes yang paling ngeri akibat teknologi ini adalah kes di Chernobyl yang mana pada tahun 1986, reaktor nuklear di Chernobyl telah meletup yang mengorbankan 31 orang nyawa akibat kecuaian menggunakan teknologi fission ini.

Kredit Gambar: News EU

Berbanding dengan CFS yang menggunakan teknologi fusion, teknologi ini adalah melibatkan pelanggaran dua atom kecil dan bergabung untuk menghasilkan tenaga.

Teknologi ini adalah lebih selamat dan menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding dengan fission. Walaupun lebih selamat, proses menghasilkan tenaga ini amat sukar kerana memerlukan peralatan yang berteknologi tinggi seperti Tokamak untuk beroperasi.

Setakat ini hanya Perancis sahaja yang mempunyai reaktor nuklear yang menggunakan teknologi fusion yang dikenali sebagai ITER yang turut disertai oleh beberapa negara maju yang menyumbang kepada kepakaran mereka kepada reaktor tersebut.

Pelabur Terkenal Di Sebalik CFS

Disebabkan teknologi ini bakal merubah masa depan, syarikat start-up ini tellah banyak menerima pelaburan dari syarikat terkenal seperti, Temasek Holdings, Equinor, dan ENI Group.

Selain menerima pelaburan dari syarikat terkenal dunia, syarikat ini juga mendapat perhatian dari bilionaire terkenal dunia seperti Bill Gates, Jeff Bezos, Ray Dalio, Richard Branson, Jack Ma dan Michael Bloomberg.

Mereka percaya bahawa teknologi hijau merupakan teknologi masa hadapan yang bakal memberi manfaat kepada dunia di masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA