Apa 5C Yang Mempengaruhi Permohonan Pembiayaan Kita?

Pembiayaan bank merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan atau memulakan perniagaan. Walaupun untuk memohon pembiayaan kedengaran mudah, tetapi untuk setiap permohonan itu diluluskan, ianya agak sukar.

Ada beberapa kriteria yang akan dilihat oleh pihak bank. Kriteria ini dikenali sebagai 5C.

Apakah yang dimaksudkan dengan 5C ini?

1. Keperibadian (Character)

Kata orang jangan menilai buku melalui kulitnya. Tetapi untuk pegawai bank, tidak ada istilah itu dalam kamus pekerjaaan mereka. Antara perkara pertama yang akan dilihat oleh mereka adalah personaliti anda.

Maksudnya mereka akan melihat sama ada anda memiliki sifat-sifat jujur, boleh dipercayai dan sebagainya melalui interaksi antara anda dengan pegawai tersebut.

Maklumlah jumlah pembiayaan yang bakal diberikan tentunya bukan sedikit. Jadi penting untuk memberikannya kepada orang yang betul-betul layak saja.

2. Keupayaan (Capacity)

Keupayaan yang macam mana tu? Tentulah keupayaan pemohon untuk membayar balik pembiayaan yang telah diberikan. Sebelum meluluskan apa-apa pembiayaan, pihak bank akan menilai terlebih dahulu sama ada anda mampu ataupun tidak untuk melakukan bayaran balik.

Antara perkara utama yang mereka akan perhatikan adalah keteguhan aliran tunai dan juga sejarah pembiayaan sebelumnya. Jika anda mempunyai tunggakan dengan mana-mana institusi kewangan, pastinya agak sukar untuk permohonan anda itu diluluskan.

3. Modal (Capital)

Modal yang dimaksudkan di sini adalah pelaburan yang anda lakukan dalam perniagaan tersebut. Contohnya, mungkin premis perniagaan itu merupakan hartanah anda sendiri, kenderaan yang digunakan dalam urusan perniagaan dan banyak lagi.

Ini menunjukkan komitment anda terhadap perniagaan tersebut Lebih banyak modal yang anda keluarkan, lebih tinggi peluang untuk pembiayaan anda diluluskan.

4. Tujuan (Condition)

Pihak bank tentunya ingin mengetahui tujuan utama anda memohon pembiayaan daripada mereka. Untuk apa duit tersebut akan digunakan.

Jadi anda perlu menjelaskan apa yang bakal anda lakukan dengan pembiayaan tersebut di dalam proposal yang anda sediakan. Jangan lupa untuk sertakan dengan fakta sebenar.

Ini akan membantu mereka mendapatkan gambaran tentang hala tuju perniagaan anda.

5. Cagaran (Collateral)

Apa itu cagaran? Cagaran adalah aset yang disandarkan kepada bank sekiranya pembiayaan tidak dapat dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya peminjam tidak dapat membayar pembiayaan tersebut, aset ini akan disita kemudian dilelong.

Selalunya peminjam akan mencagarkan hartanah yang mereka miliki untuk memohon pembiayaan. Sebab itulah anda perlu habis fikir sebelum membuat pembiayaan.

Dalam situasi ekonomi yang kadang kala tak menentu, pihak bank pastinya lebih strict sebelum meluluskan apa jua pembiayaan. Jadi anda harus bersedia andai kata pembiayaan anda ditolak.

Sebaiknya hantar proposal pembiayaan anda itu kepada beberapa institusi kewangan yang berlainan. Bila permohonan sudah diluluskan, gunakan ianya dengan sebaik mungkin.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Manfaat Cashback Kad Kredit Dan Cara Kumpul Cashback

Kad kredit sering dikatakan membawa beban tetapi tanpa sedar, ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Manfaat yang diperolehi daripada kad kredit adalah cashback kad kredit yang memberi nilai dan lebih menjimatkan di mana kita bayar kurang dari yang kita gunakan. Menarik sungguh!

Cashback atau pulangan tunai adalah satu keadaan di mana kita menerima pulangan tunai apabila melakukan apa jua jenis transaksi yang ditawarkan cashback. Maka, kita akan mendapat cashback tersebut. Biasanya cashback akan diperoleh ketika membeli belah, membayar bil dan sebagainya.

Bagi anda yang belum mengetahui manfaat cashback kad kredit dan cara kumpul cashback, kami akan kongsikan dalam entri kali ini.

Manfaat Cashback Kad Kredit

Seperti yang dikatakan tadi, cashback adalah insentif yang dapat memberikan anda peluang untuk menerima pulangan daripada setiap perbelanjaan anda. Wang yang dibelanjakan akan dikembalikan mengikut peratusan tertentu oleh pihak peniaga atau syarikat jualan. Oleh itu, cashback ini amat menarik bukan?

Anda boleh lihat terdapat banyak platform jual beli di internet dan kad kredit yang menawarkan pulangan menarik untuk pelanggan membeli. Jumlah cashback biasanya tidaklah banyak jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan tetapi ia sangat bermanfaat kepada kita. Berikut adalah manfaat cashback kad kredit yang anda perlu tahu.

1. Tanpa Menggunakan Wang Tunai

Program cashback ini wujud untuk menggalakkan pengguna membuat pembelian tanpa menggunakan wang tunai di semua tempat yang terpilih. Untuk pengetahuan anda, lebih banyak transaksi tanpa tunai dibuat, maka anda akan mendapat lebih banyak pulangan cashback.

2. Peroleh Penjimatan Ketika Berbelanja

Selain itu, manfaat cashback kad kredit juga dapat memberi sedikit penjimatan ketika berbelanja kerana membeli-belah sememangnya disukai ramai. Pada masa kini, kebanyakan syarikat e-dagang juga turut memberikan rebate cashback dengan penggunaan kad kredit pada masa kini. Oleh itu, makin banyak anda berbelanja, makin banyaklah penjimatan yang diperolehi.

3. Memudahkan Masa Dan Proses Yang Pantas

Kebanyakan syarikat yang menawarkan cashback ini tidak meletakkan banyak syarat untuk melayakkan anda menerima reward cashback tersebut. Cukuplah anda hanya perlu membuat pembelian melalui syarikat mereka. Dari segi pendaftaran pula, ia sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Cara Kumpul Cashback

Cara mendapatkan cashback biasanya bergantung kepada jenis kad kredit yang anda miliki dan program yang ditawarkan oleh syarikat jualan tersebut. Jom lihat antara beberapa cara untuk kumpul cashback kad kredit dengan lebih banyak.

1. Melalui Penyata Kad Kredit

Tahukah anda, cashback juga boleh didapati melalui penyata kad kredit. Dari penyata kad kredit ini, anda boleh mengumpul dan menebusnya sekiranya sudah mencapai pengeluaran minimum.

2. Melalui Resit / Cek Pembelian

Dengan resit atau cek pembelian juga, anda boleh mendapatkan cashback kad kredit. Biasanya pengeluar akan memberi anda resit atau cek pembelian anda untuk mendapatkan ganjaran cashback selepas membuat pembelian.

3. Melalui Mata Ganjaran

Cashback melalui mata ganjaran sering terkenal dalam kalangan para kaki shopping. Biasanya mata ganjaran ini akan dipindahkan secara elektronik ke dalam akaun bank yang didaftarkan pada kad kredit anda.

Bagi mendapatkan mata ganjaran cashback ini, anda mungkin memerlukan akaun bank yang mendaftarkan kad kredit tersebut untuk menggunakan pilihan ini.

Kesimpulannya, setiap pakej tawaran daripada kad kredit menawarkan peratusan cashback yang berbeza. Jadi, anda perlu berfikir secara bijak dalam memilih pakej kad kredit yang ditawarkan kerana terdapat beberapa pengeluar kad kredit akan mengenakan cas tambahan yang tersembunyi.

Semoga entri ini bermanfaat buat anda, selamat mendapatkan pulangan tunai kad kredit.

Baca juga: