Perbezaan Kad Kredit dan Pembiayaan Peribadi

Nak raya ni, mesti nak pakai duit banyak kan? Bila nak duit cepat, kita mungkin serba-salah samada nak ambil kad kredit atau pembiayaan peribadi.

Mana satu yang menjadi pilihan anda ketika sedang dilanda kesusahan ataupun berada dalam situasi kecemasan. Waktu getir sebegini pastinya adalah waktu yang sukar untuk diduga. Jika kita tidak bersedia, pastinya kita semakin sukar untuk berhadapan dengan masalah yang datang.

Apakah yang menjadi perbezaan di antara kad kredit dengan pembiayaan peribadi? Jom kita tengok sendiri perbandingannya di bawah:

1. Jumlah Pembiayaan

Pertama sekali kita perlu tengok kepada jumlah pembiayaan yang diperlukan. Kalau nak pinjam sampai RM30 ribu tu, mungkin kita perlukan kad kredit Platinum, tapi layakkah anda yang bergaji RM3,000 untuk memilikinya?

Sebaliknya ada bank yang menawarkan pembiayaan sehingga 10 kali ganda atau lebih daripada gaji anda. Jadi kalau bergaji RM3,000 boleh memohon pembiayaan sehingga RM30,000.

2. Kadar Keuntungan (Faedah)

Seterusnya, kita semua tahu kadar keuntungan untuk kad kredit adalah di antara yang paling tinggi sekali di Malaysia – setinggi 18% setahun.

Manakala bagi pembiayaan peribadi, ada yang serendah 4% dan ada juga setinggi 10%. Jadi kena pandai shopping yang mana terbaik.

3. Tempoh Bayaran Balik

Kalau diikutkan, apabila kita bayar guna kad kredit, kita kena bayar penuh pada bulan tersebut. Jika kita hanya bayar sebahagian sahaja, outstanding untuk bulan itu akan masuk ke bulan depan dan dikenakan kadar keuntungan (faedah) yang tinggi.

Manakala bagi pembiayaan peribadi pula, kadar bayaran balik dan tempoh bayaran balik dah pun ditentukan dari awal lagi. Maknanya kita bayar pada kadar ‘fixed rate’ setiap bulan. Kita boleh pilih tempoh sesingkat 1-2 tahun, atau sehingga 10 tahun pun ada.

4. Keistimewaan Yang Diperolehi

Kebanyakkan pengguna kad kredit, mereka memilih kad kredit disebabkan penawaran mata ganjaran yang boleh digunakan untuk membut penebusan produk ataupun penerbangan. Menjadi keistimewaan kepada mereka yang gemar melancong dan juga suka shopping. Ada juga kad kredit terkenal yang menawarkan Easy Payment Plan, iaitu pelan ansuran tanpa faedah untuk tempoh satu ke tiga tahun.

Dan kalau kita lihat di pasaraya-pasaraya besar dan kompleks membeli-belah, sudah pasti ada ejen kad kredit yang menawarkan hadiah percuma bagi mereka yang ingin melanggan buat pertama kali. Cuma isi borang dan submit dokumen dah boleh dapat hadiah.

Bagi pembiayaan peribadi pula, kita boleh gunakannya sebagai cara untuk mengumpul semua hutang yang ada – dan menggabungkannya jadi satu. Hutang PTPTN, hutang kereta dan sebagainya; gabungkan semuanya dan hanya bayar satu hutang saja setiap bulan.

Kad Kredit Vs Pembiayaan Peribadi, Perlu Tengok Kepada Tujuan

Kedua-duanya adalah elok sekiranya kita berdisiplin dan tahu akan risikonya.

Kalau nak beli perabot baru sempena musim perayaan, boleh guna Kad Kredit dan gabungkan dengan Skim Ansuran Mudah. Bayar sikit bulan-bulan tanpa faedah,

Sebaliknya kalau rasa banyak sangat hutang sana hutang sini dan nak pakai duit sikit juga untuk beli perabot untuk sambut hari perayaan; boleh gunakan Pembiayaan Peribadi yang menawarkan jumlah yang lebih tinggi.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA