Penggunaan Kad Kredit Meningkat, Pengurusan Kewangan Penting Untuk Tempoh Jangka Panjang – Experian


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd mendapati perubahan ketara dalam tabiat perbelanjaan kad kredit, lebih 15 peratus individu kini menggunakan sebanyak 75 peratus atau lebih had kad kredit mereka berbanding 2023.

Syarikat data dan teknologi itu dalam satu kenyataan hari ini berkata trend tersebut adalah konsisten merentas kumpulan umur berbeza, mencerminkan perubahan lebih meluas dalam penggunaan kredit.

“Penggunaan kad kredit lebih tinggi mungkin menunjukkan sama ada kuasa perbelanjaan melonjak atau tekanan kewangan yang semakin meningkat, mengukuhkan keperluan untuk pengguna mengurus kredit mereka dengan lebih baik untuk ‘kesihatan’ (kedudukan) kewangan bagi jangka panjang,” katanya.

Experian Malaysia turut menekankan risiko kredit pengguna yang baharu muncul melalui Skor Amaran Awal (EWS), mendedahkan bahawa 28 peratus individu dalam kajiannya telah beralih daripada kedudukan ‘Sederhana” kepada ‘Berisiko Tinggi,’ manakala 24 peratus telah beralih daripada ‘Risiko Rendah’ kepada sama ada ‘Risiko Sederhana’ atau ‘Risiko Tinggi.’.

Skor EWS yang menurun menunjukkan tekanan kewangan meningkat untuk tempoh jangka pendek dalam pasaran, katanya.

“Selain itu, corak perubahan skor yang lemah menunjukkan bahawa…jika tidak ditangani, risiko ini boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang bagi sesetengah pengguna.

“Data terbaharu ini menunjukkan potensi peningkatan dalam tunggakan pinjaman dan cabaran dalam pembayaran balik, menekankan keperluan untuk institusi kewangan mengambil langkah proaktif dalam mengurus risiko dan menyokong pengguna dalam mengekalkan kestabilan kewangan dan mencegah bebanan kewangan pada masa hadapan,” katanya.

Sebaliknya, trend penarafan i-SCORE Experian Malaysia untuk 2024 menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia terutamanya mereka yang mempunyai skor kredit lebih rendah sebelum ini sedang giat berusaha untuk menambah baik kedudukan kredit mereka.

Sebanyak 75 peratus pengguna yang mempunyai penarafan ‘lemah’ pada 2023 telah meningkatkan penarafan mereka dan 43 peratus daripada mereka yang mempunyai penarafan ‘sederhana’ tahun lepas beralih ke penarafan lebih tinggi pada 2024, bagaimanapun kira-kira 10 peratus daripada mereka mempunyai penarafan ‘baik’ menyaksikan penurunan penarafan i-SCORE mereka.

“Trend ini menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan keupayaan kredit mereka yang boleh membantu mendapat kelulusan pinjaman lebih baik dan kadar faedah lebih rendah,” kata syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Experian Malaysia Dawn Lai berkata trend kredit terkini mendedahkan perubahan positif dalam skor kredit tetapi juga menandakan kemunculan risiko yang memerlukan perhatian.

“Berdasarkan tingkah laku kewangan rakyat Malaysia terus berkembang, pengurusan kredit proaktif dan celik kewangan adalah lebih penting berbanding sebelum ini,” katanya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama