Manfaatkan Keberkatan Ramadan, HASiL Anjur Majlis Iftar Bersama Pengamal Media

11 Mac 2025 – Kemeriahan Ramadan diteruskan lagi dengan penganjuran Majlis Iftar  YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga  Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan hampir 100 orang pengamal media daripada 50 agensi di The Westin Hotel, Kuala Lumpur. Program yang julung kali diadakan bersama dengan pengamal media ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan serta kerjasama pihak media kepada  HASiL dalam membantu menjayakan setiap program yang dilaksanakan, sekali gus  secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan hasil kutipan cukai tahun 2024. 

Peranan pengamal media adalah sangat signifikan dalam memastikan penyampaian maklumat yang berkesan ke arah membentuk masyarakat yang berinformasi, peka, bertanggungjawab dan mendapat berita yang sahih. Pelaporan berkaitan dengan maklumat-maklumat percukaian secara berterusan adalah penting bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pembayar cukai terhadap tanggungjawab mereka kepada negara terutama sekali untuk menanam rasa bangga membayar cukai dan bukan sebagai satu bebanan. Dengan bantuan pengamal media, HASiL mampu mengubah persepsi ini dengan menyampaikan naratif yang tepat berhubung dengan  kepentingan cukai kepada negara, bangsa dan agama. 

Majlis santai bersama dengan pengamal media ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk  Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBrs. Encik Khairul  Halimin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBrs. Encik  Shaharrudy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBrs.  Puan Norfaidah Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBrs. Encik Ahmad  Khairuddin Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas) serta  pengurusan kanan HASiL. 

Dalam ucapannya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin mengakui peranan penting media dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan, bukan sahaja di peringkat  nasional tetapi juga melalui jaringan media yang merentasi benua. Tambah beliau,  peranan pengamal media amat penting khususnya dalam menyebarkan maklumat  yang tepat dan jelas berkaitan dasar, inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh  HASiL. Melalui liputan berita, artikel dan siaran media sosial yang meluas di saluran  media perdana, diharapkan agar hasrat untuk meningkatkan kesedaran awam  berkaitan kepentingan dan tanggungjawab percukaian dapat dicapai. Keberadaan  rakan-rakan komuniti media akan menyemarakkan lagi semangat HASiL untuk  memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan  negara.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI