Teknik Beli Kereta Secara Tunai Dan Upgrade Kereta Setiap 18 Bulan

Ramai orang yang sanggup berbelanja besar setiap bulan untuk miliki kereta idaman. Biar papa asal bergaya. Makan mi segera pun takpe, asal dapat bawa kereta jenama import.

Sedangkan kita pun tahu bahawa kereta adalah aset yang menyusut nilainya. Hari ini beli kereta, keluar showroom dah turun 10% nilainya.

Bagi mereka yang bijak, mereka ini menganggap kereta sebagai alat untuk bergerak dari A ke B. Kalau boleh, elakkan daripada berhutang. Jom dengarkan perkongsian Tuan Zaidi Ismail mengenai teknik nak beli kereta secara tunai, dan upgrade setiap 18 bulan sekali.

Mula simpan RM800 untuk tempoh 12 bulan. Simpanan ini terbahagi kepada dua bahagian:

  • RM400 sebagai bayaran bulanan.
  • Lebihan RM400 untuk kos minyak, penyelenggaraan, cukai jalan tahunan, insurans, dan sebagainya.

Langkah ini sebagai latihan dan ujian untuk pastikan kita ada kapasiti (keupayaan kewangan) nak tanggung pakai kereta.

Kalau gagal simpan jumlah ini selama 12 bulan, bermakna kita masih belum mampu atau layak nak pakai kereta.

Tindakan ini latih kita untuk berdisiplin pasal duit. Kalau tak boleh simpan jumlah yang sikit ini, tak payah mimpi nak pakai kereta.

Katakan kita dah berjaya kumpul RM800 selama 12 bulan. Kita akan ada simpanan sebanyak RM9,600.

Pada kadar keuntungan 7% (bergantung kepada bank), jumlah simpanan kita berjumlah RM10,272.

Langkah-langkah Nak Beli Kereta Tunai Pertama Anda

Ini langkah-langkah untuk kita beli kereta secara cash: 

1. Mula beli kereta tunai pertama kita dengan simpanan RM10,000 ini. Buat segala perkara yang perlu sebelum beli kereta itu, seperti periksa kondisi kereta, mileage, dan sebagainya).

2. Kumpul duit lagi (guna jumlah yang sama seperti sebelum ini). Kali ini, untuk tempoh 18 bulan. Kita akan ada simpanan berjumlah RM7,704 (ini termasuk kadar keuntungan sebanyak 7%).

Baki selebih RM400 akan kita gunakan untuk bayar kos bulanan seperti sebelum ini (minyak, insurans, penyelenggaraan, dan lain-lain).

3. Jual kereta pertama tadi pada harga RM8,000. Ini dikira pada kadar susut nilai sebanyak *20% untuk tempoh 18 bulan.

*Kadar susut nilai ini adalah andaian semata-mata untuk bagi kita faham idea dan konsep ini.

4. Beli kereta tunai pada harga RM8,000 + RM7,000 yang kita berjaya kumpul itu. Jumlah ini bernilai RM15,000.

5. Teruskan simpan duit (guna kadar yang sama seperti sebelum ini) selama 18 bulan lagi. Ulangi langkah ini untuk beberapa kali lagi. Ini bergantung kepada objektif yang kita nak capai).

Contohnya, kita nak beli kereta berharga RM29,000 secara tunai. Oleh itu:

a) Kumpul duit untuk 12 bulan pertama = Kita boleh beli kereta berharga RM10,000.

b) Kumpul duit untuk 18 bulan berikutnya = Boleh beli kereta berharga RM15,000. 

c) Kumpul duit untuk 18 bulan berikutnya = Boleh beli kereta berharga RM19,000. 

d) Kumpul duit untuk 18 bulan berikutnya = Boleh beli kereta berharga RM23,000.

e) Kumpul duit untuk 18 bulan berikutnya = Boleh beli kereta harga RM25,000. 

f) Kumpul duit untuk 18 bulan berikutnya = Boleh beli kereta harga RM29,000. 

Jumlah ini boleh dinaikkan lagi, ikut harga kereta yang korang nak beli itu.

Dalam masa 102 bulan (atau 8 tahun 6 bulan), kita boleh memiliki kereta dengan harga RM29,000 secara tunai.

Cuba bandingkan ini dengan keadaan biasa (yang ramai orang lain suka buat).

Bayangkan kalau kita bayar ansuran kepada pihak bank sebanyak RM400 setiap bulan.

Daripada bayar mereka, lebih baik bayar kepada diri kita sendiri.

Strategi ini boleh buat nama kita selamat jadi mangsa CCRIS (Credit Checking Reference Information System) Bank Negara Malaysia. Ini boleh beri kelebihan kepada kita di masa hadapan.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA