4 Cara Untuk Capai Kesenangan Di Masa Hadapan

Kehidupan ini bukanlah satu perjalanan yang menjanjikan keseronokan dan kesenangan semata-mata. Tanpa matlamat yang jelas, pastinya ramai yang bakal berdepan dengan kesukaran hidup.

Kena berpegang dengan konsep bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jangan pula asyik dengan kesenangan di peringkat awal sehingga merana nanti di kemudian hari.

Berikut merupakan 4 cara untuk capai kesenangan di masa hadapan.

1. Rebut Peluang

Banyak peluang yang terbentang luas di luar sana untuk anda yang pandai menghidu dan merebutnya. Hari ini kita dapat lihat bahawa kita tidak lagi boleh bergantung dengan satu pekerjaan atau sumber pendapatan semata-mata.

Oleh itu, kena pandai rebut peluang sama ada berniaga atau melakukan kerja-kerja freelance untuk meningkatkan pendapatan. Gunakan pendapatan tambahan ini untuk tingkatkan simpanan dan melabur.

2. Buang Sifat Malas

Sampai bila hendak bergelumang dengan sifat malas yang akhirnya memakan diri sendiri? Ada pepatah yang berbunyi “Kita dapat berteduh di bawah pokok yang rimbun hari ini, kerana ada seseorang yang menanam pokok tersebut berpuluh tahun yang lalu”.

Begitulah juga halnya dengan kehidupan kita. Sekiranya kita hendak bersenang-lenang di usia tua, maka ketika kita masih lagi bertenaga di usia muda – buatlah sebanyak mungkin pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan.

3. Jangan Berputus Asa

Tidak anda satu kejayaan yang mampu dicapai tanpa usaha yang gigih dan tidak berputus asa. Jika anda tekad untuk mengubah hidup, maka berusahalah sebaik mungkin dan jangan mudah untuk berputus asa.

Ramai jutawan dan para bilionaire terkenal dunia, mereka ini akan bangkit semula setiap kali mereka menemui kegagalan. Oleh itu, jadikan kegagalan sebagai pembakar semangat yang menunjukkan bahawa kita semakin hampir dengan kejayaan.

4. Fokus Dan Buat Sampai Jadi

Elak daripada melakukan sesuatu pekerjaan sekerat jalan. Jangan sekejap buat itu, sekejap buat ini, kesudahannya satu benda pun tak menjadi.

Jika anda telah memulakan sesuatu, buatlah sehingga ke penghujungnya. Tiada satu masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaiannya.

Boleh juga berguru dengan mereka yang telah pun berjaya, serta duduk dalam circle orang yang telah berjaya. Semoga anda akan terinspirasi dengan kejayaan mereka dan dapat tips-tips berharga untuk anda lebih maju jaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA