Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, e-Dompet Bagi Pembelian RON95


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata mekanisme pelaksanaan sedang diperincikan dan dalam proses untuk dimuktamadkan.

“Namun, penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan dengan prinsip yang sama seperti mana penyasaran subsidi elektrik dan diesel iaitu melibatkan harga berperingkat atau ‘tiered pricing’.

“Mereka yang layak, iaitu majoriti rakyat akan terus menikmati harga bersubsidi manakala golongan bukan warganegara, sektor perniagaan serta golongan pendapatan teratas akan membeli pada harga yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata kerajaan berpendirian bahawa penyasaran subsidi RON95 perlu dilaksanakan mengikut perancangan iaitu pada pertengahan 2025 walaupun terdapat cadangan agar perkara itu ditangguhkan.

“Tujuan kita bukan untuk bebankan rakyat, sebaliknya adalah untuk mengekang ketirisan dan penyeludupan subsidi yang selama ini dimanfaat oleh warga asing dan sektor perniagaan.

“Majoriti rakyat kekal dengan harga bersubsidi dan penjimatan yang diraih dipulangkan semula untuk manfaat rakyat terbanyak,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga masih meneliti pendekatan yang akan digunakan bagi menentukan kumpulan T15 bagi penyasaran subsidi RON95 dan tidak akan terikat secara terus dengan definisi Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS).

“Kerajaan akan meneliti perkara ini sebelum ia dimuktamadkan dengan mengambil kira kriteria tambahan selain daripada pendapatan dan komited untuk terus membela nasib majoriti rakyat termasuk golongan pertengahan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup,” katanya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama