Perodua Pamer Prototaip EV Pertama Di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, 21 Mei (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu yakin model EV pertamanya itu dapat dilancarkan menjelang akhir tahun depan.

“Kita akan cuba lancarkan pada penghujung 2025, kerana pembangunannya mengambil masa mungkin kurang daripada tiga tahun.

“Apa yang boleh saya katakan di sini ialah harganya tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak kurang daripada RM50,000. Kami juga mempunyai pelbagai rancangan menarik yang akan dimaklumkan pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita di Malaysia Autoshow 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata prototaip EV tersebut, yang terdiri daripada bangku pengujian kuasa, rangkaian penggerak kuasa dan rekaan keseluruhan rangkanya, dibuat terutamanya di Malaysia, manakala teknologi penukaran kuasa adalah dengan usaha sama syarikat berpangkalan di Australia.

“Proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia,  bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan,” katanya.

Kerjasama berkenaan, yang bermula sejak September 2022, menyaksikan Perodua dan ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas.

Langkah ini sekali gus membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.

“Ini adalah permulaan bagi kami dan kami mahu menjadikan permulaan ini dekat dengan hati rakyat Malaysia,” kata Zainal Abidin.

Bagi memastikan produk EV pertamanya itu membuahkan hasil, Perodua turut mengutamakan pembangunan bersama vendor tempatan dengan jangkaan penyertaan lebih 60 vendor untuk menyokong pengeluaran secara besar-besaran.

“Diharapkan apabila tiba masanya nanti, mereka bersedia untuk memanfaatkan semua pembangunan produk berkaitan EV, bukan sahaja untuk Perodua tetapi juga dengan pengeluar peralatan asli yang lain,” katanya.

Pengeluar kereta itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan infrastrukturnya bagi menampung pengeluaran model EV yang akan datang, sama ada dengan membina kilang baharu atau mencari rakan kongsi dengan entiti berkebolehan yang lain.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.